PPBM Harus Ada Sifat Ikhlas Dalam Membentuk Kerjasama Dengan UMNO

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Rafii berkata, sejak awal Barisan Nasional (BN) telah menegaskan hanya menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan bukannya Perikatan Nasional (PN) sebagai parti. Maka jelas beliau, apabila UMNO mahu mengkaji semula kerjasama dengan PN, tidak timbul soal UMNO menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana UMNO sudah membuat ketetapan “No […]

» Read more

Wanita UMNO Tegas ‘No Dap’, Perkukuh Muafakat Nasional

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Wanita UMNO Malaysia sebagai tulang belakang parti akan sentiasa komited dan teguh dengan keputusan parti iaitu tegas senada bersama keputusan mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang telah mempersetujui agar ‘no Dap’, tidak ada kerjasama dengan sesiapa yang ada hubungan dengan Dap dan terus memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN). Ujar ketuanya Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, […]

» Read more

UMNO Tidak Pernah Keluar Surat Sokong Anwar Jadi PM – SUK UMNO

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Setiausaha Kerja UMNO Malaysia Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, Pejabat Presiden UMNO tidak pernah mengeluarkan surat yang tular di media sosial berkenaan sokongan Presiden UMNO kepada salah seorang pemimpin parti pembangkang sebagai Perdana Menteri ke-9. Ujar beliau, penyebaran surat rasmi berkenaan sangat melampau dan mungkin disebarkan oleh segelintir pihak yang berkepentingan dan berniat jahat bertujuan […]

» Read more

UMNO Nafi Surat Tular Sokong Anwar Jadi PM

KUALA LUMPUR, 17 Okt – UMNO menafikan sekeras-kerasnya surat yang tular kononnya menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke-9. Surat tersebut yang didakwa diserahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong menyebut Presiden bersama Ahli Parlimen UMNO memberi kepercayaan yang tidak berbelah bagi kepada Anwar bagi menggantikan Perdana Menteri sedia ada. Justeru UMNO berharap agar ahli […]

» Read more

Tindakan UMNO Letak Syarat Baru Kerjasama Dengan PN Tepat Dan Wajar – Johan

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Johan Abd Aziz berkata, tindakan UMNO untuk mengkaji semula kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) adalah wajar dan tepat pada masanya. Jelas beliau yang juga merupakan Ketua UMNO Hulu Langat, sebelum UMNO ditenggelamkan, adalah lebih baik UMNO mengambil tindakan awal bagi memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan di atas sikap […]

» Read more

UMNO Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Tan Sri Abdul Aziz

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama seluruh kepimpinan UMNO merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Menteri Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin yang telah pulang ke rahmahtullah pada pukul 11.52 malam tadi. Jenazah dikhabarkan akan dikebumikan di kampung halaman beliau di Gopeng, Perak. Semoga roh Allahyarham ditempatkan […]

» Read more

Biarpun Suhu Politik Negara Panas, UMNO Terus Fokus Bantu Rakyat Berdepan COVID-19

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Biarpun suhu politik negara agak tidak menentu ketika ini, fokus UMNO Johor sentiasa terarah kepada usaha untuk membantu kerajaan negeri mendepani pandemik COVID-19, demikian menurut Ketua Pemuda UMNO Sri Gading, Datuk Mohamad Najib Samuri. Menurut beliau semua pihak perlu bersama mencari jalan untuk menyelesaikan segala masalah dan meringankan kesusahan yang ditanggung rakyat ketika ini dan […]

» Read more

Syarat Baharu UMNO Untuk Tambah Baik Kerjasama Politik – Ahmad Maslan

PONTIAN, 16 Okt – Syarat baharu diusulkan UMNO bagi meneruskan kerjasama politik dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dilakukan bagi tujuan penambahbaikan hubungan dan persefahaman politik dalam gabungan berkenaan, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan. Menyifatkan pandangan yang menyatakan syarat baharu itu bersifat ugutan adalah pandangan individu, beliau menegaskan syarat itu hanya bagi menjelaskan pendirian UMNO. Ahmad berkata usul […]

» Read more

Pemuda UMNO Sokong Penuh Titah YDP Agong, Fokus Agenda Bantu Rakyat

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menjunjung kasih dan mendokong penuh Titah dan saranan Tuanku Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menasihati semua rakyat khususnya ahli politik untuk bermuhasabah agar negara tidak sekali lagi diheret ke kancah politik tidak menentu. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, titah DYMM SPB YDP Agong supaya […]

» Read more

Agong Mahu Ahli Politik Bermuhasabah, Tidak Ulangi Kancah Politik Tidak Menentu

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati semua rakyat khususnya ahli politik untuk bermuhasabah agar negara tidak sekali lagi diheret ke kancah politik tidak menentu. Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, Seri Paduka memberi ingatan itu kerana negara masih lagi berhadapan dengan pelbagai masalah dan masa depan […]

» Read more
1 1,461 1,462 1,463 1,464 1,465 2,085