UMNO 80 Tahun: Dari Istana Kembali Ke Istana, Mengangkat Sejarah Perjuangan Bangsa

JOHOR BAHRU, 11 Mei – Sambutan Ulang Tahun Ke-80 Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) hari ini diadakan dalam suasana penuh simbolik dan bersejarah apabila Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke sesi fotografi di Tangga Selat, Istana Besar, Johor Bahru. Detik bersejarah itu membawa makna mendalam kepada perjalanan panjang UMNO yang lahir di Istana Besar pada 11 Mei 1946 ketika pemerintahan Almarhum […]

» Read more

UMNO Ke-80: Memperbaharui Iltizam Perjuangan Demi Masa Depan Malaysia

KUALA LUMPUT, 11 Mei – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said menyifatkan perjalanan UMNO sepanjang 80 tahun sebagai bukti keteguhan menjadi wadah perjuangan bangsa, agama dan negara sejak penubuhannya. Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) berkata menempuhi tempoh itu UMNO terus memainkan peranan penting dalam meneruskan legasi perjuangan yang diwariskan generasi […]

» Read more

Sesi Fotografi: Ahmad Zahid Sifatkan Peristiwa Signifikan, Kenang Sejarah Penubuhan UMNO

JOHOR BAHRU, 11 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan sesi fotografi bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda (SPB) Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail ibni Sultan Ibrahim sebagai peristiwa amat signifikan kerana UMNO telah ditubuhkan 80 tahun […]

» Read more

‘UMNO Bukan Lahir Kerana Musim, Tetapi Atas Dasar Tanggungjawab’ – Dr Akmal

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyifatkan bahawa penubuhan UMNO bukan berlandaskan kepentingan sementara, sebaliknya lahir daripada amanah besar untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanah air. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Jasin berkata, meskipun UMNO telah melalui pelbagai fasa perjuangan sepanjang usia penubuhannya namun parti keramat ini kekal utuh berpaksikan […]

» Read more

Ulang Tahun Ke-80: UMNO Junjung Kasih Keberangkatan Agong, Perkukuh Perjuangan

JOHOR BAHRU, 11 Mei – UMNO merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih atas limpah perkenan Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim serta Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat mencemar duli sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-80 UMNO di Istana Besar Johor di sini hari ini. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keberangkatan Seri Paduka […]

» Read more

Johari Bangga Menjadi Ahli UMNO, Tidak Terhitung Jasa Parti Kepada Negara

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Johari Abdul Ghani berasa berbangga menjadi seorang ahli UMNO, sebuah parti yang telah menjangkau usia 80 tahun pada hari ini. Ujar Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu, UMNO merupakan sebuah parti yang telah banyak berjasa dan sudah tentu, jasa UMNO kepada negara ini tidak terhitung. “Malah, kejayaan kita mengekalkan UMNO […]

» Read more

Kerajaan Negeri Johor Terus Komited Laksana Solusi Terbaik Demi Rakyat – Fazli Salleh

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor Mohamad Fazli bin Mohamad Salleh berkata kerajaan negeri akan terus komited melaksanakan solusi terbaik demi kesejahteraan Bangsa Johor. Menurutnya, sepanjang Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, pelbagai isu rakyat telah dibangkitkan dan dijawab secara menyeluruh demi memastikan kebajikan, kesejahteraan serta pembangunan […]

» Read more

Imbau Sejarah… YDPA Serikan Sesi Fotografi Sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-80

JOHOR BAHRU, 11 Mei – Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah berkenan berangkat ke sesi fotografi sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-80, sebentar tadi. Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi, baginda memaklumkan bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi telah menyambut keberangkatan tiba YDPA.   “Ke Bawah […]

» Read more

80 Tahun Bukan Sekadar Angka, Ia Perjalanan Sebuah Perjuangan Membina Kekuatan Bangsa

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata UMNO yang memasuki usia 80 tahun pada hari ini bukan sekadar angka. Menurut Menteri Pertahanan itu, ia adalah perjalanan panjang sebuah perjuangan yang membina kekuatan bangsa, menyatukan orang Melayu dan mempertahankan tanah air merentasi pelbagai generasi. “Ada kejayaan. Ada cabaran. Ada juga saat getir yang mengajar […]

» Read more

Selamat Ulang Tahun Ke-80, Terima Kasih UMNO

JUJUR kata, saya sertai UMNO pada usia 19 tahun sebab arwah ayah yang suruh isi borang keahlian. Dalam kepala masa itu tertanya-tanya, “apa sebenarnya UMNO ini?” Tapi lepas disahkan sebagai ahli, arwah ayah sering bercerita tentang sejarah perjuangan bangsa, susah senang orang Melayu dan bagaimana UMNO menjadi tempat rakyat meletakkan harapan. Dari situlah rasa sayang terhadap parti ini mula terwujud […]

» Read more
1 113 114 115 116 117 2,460