Ibnu Rasyeed Teruskan Khidmat Bakti, Hargai Jasa Pejuang UMNO Terdahulu

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gantang, Ibnu Rasyeed Mat Isa meneruskan khidmat bakti kepada masyarakat menerusi pendekatan turun padang. Beliau menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan kunjungannya menziarahi mantan Ketua UMNO Cawangan Kampung Salak Baru, Basharuddin yang pernah bersama-sama mencurahkan khidmat dan berjuang dalam UMNO Bahagian Bukit Gantang. “Saya singgah Kampung Salak Baru, ziarah Abang […]

» Read more

RCI: Jangan Jadikan Tabung Haji Mangsa Polemik Politik – Siti Aminah

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Jangan biarkan kemelut dan polemik berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji mencalarkan keyakinan rakyat terhadap institusi amanah umat Islam itu, tegas Ahli Parlimen Beaufort Datuk Siti Aminah Aching. Beliau berkata, Tabung Haji bukan sekadar sebuah institusi kewangan, sebaliknya merupakan institusi amanah yang telah dibangunkan lebih enam dekad bagi membantu umat Islam membuat simpanan […]

» Read more

UMNO Labuan Perkasa Anak Muda, Peluang Serlah Potensi Masa Depan

LABUAN, 11 Ogos – Anak-anak muda di Labuan perlu terus diberikan ruang, peluang dan kepercayaan untuk mengembangkan minat serta bakat mereka sebagai persediaan membina masa depan yang lebih baik. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan, berkata pendekatan mendekati golongan muda secara santai dan berterus terang penting bagi memahami suara, pandangan, cabaran serta impian mereka. Menurut […]

» Read more

Tabung Haji Bukan Tempat Bermain Kuasa, BN Tuntut Akauntabiliti Tegas – Ir Hasni

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Ir Hasni Mohammad menegaskan bahawa Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO, tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dalam pecah amanah, salah guna kuasa atau salah tadbir yang menjejaskan Tabung Haji. Jelasnya, keadilan bukan sahaja mesti dilaksanakan. Ia juga mesti dilihat sedang dilaksanakan. “Ia perlu menjadi permulaan kepada pengawasan […]

» Read more

‘Tak Banyak Alasan’, Teruskan Khidmat Bersama Rakyat – Tengku Adnan

PUTRAJAYA, 11 Ogos – Semangat kebersamaan, kesukarelawanan dan keprihatinan terhadap nasib masyarakat perlu terus diperkasa bagi memastikan setiap permasalahan rakyat mendapat perhatian serta tindakan sewajarnya. Bendahari UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Dr Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata usaha membantu masyarakat tidak seharusnya terikat kepada alasan atau batasan, sebaliknya perlu diterjemahkan melalui tindakan dan kesediaan untuk turun padang. […]

» Read more

Mandat Rakyat Bukan Barang Dagangan, Jangan Dipermainkan – Mohd Razlan

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Mandat yang diberikan rakyat kepada wakil rakyat bukanlah sesuatu yang boleh dipermainkan, apatah lagi ditinggalkan sesuka hati tanpa alasan munasabah serta penjelasan kepada pengundi. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii, menegaskan bahawa setiap individu yang dipilih ke Parlimen memikul amanah besar daripada rakyat dan seharusnya mempunyai komitmen untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut sehingga […]

» Read more

Kerajaan Tempatan Johor Fokus Permudah Urusan, Tingkat Kualiti Hidup Rakyat

ISKANDAR PUTERI, 11 Ogos – Kerajaan Tempatan Negeri Johor akan terus memberi tumpuan kepada usaha mempercepatkan penyampaian perkhidmatan, mempermudah urusan rakyat serta memastikan setiap pembangunan yang dilaksanakan memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat. Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, berkata perkara itu menjadi antara penekanan utama dalam Amanat Kerajaan Tempatan Negeri Johor bersama kepimpinan dan warga kerja […]

» Read more

Hari ASEAN Ke-59: Manifestasi Iltizam Negara Anggota Perkukuh Perpaduan, Solidariti

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Sambutan Hari ASEAN ke-59 menjadi manifestasi iltizam negara anggota memperkukuh perpaduan, solidariti dan kerjasama demi keamanan, kestabilan serta kemakmuran rantau Asia Tenggara. Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sambutan Hari ASEAN pada tahun ini mengetengahkan perjalanan hampir enam dekad termasuk sumbangan dan komitmen berterusan negara dalam membangunkan Komuniti ASEAN. “Alhamdulillah, hari ini Wisma […]

» Read more

Pembangunan Sabah Mesti Diterjemah Kepada Tindakan, Kemajuan Dan Hasil – Jafry

KOTA KINABALU, 11 Ogos – Pembangunan di Sabah mesti diterjemahkan kepada tindakan yang jelas, kemajuan yang nyata serta hasil yang benar-benar dapat dirasai oleh rakyat, kata Ketua UMNO Negeri Sabah, Datuk Jafry Ariffin. Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau berkata, setiap perancangan pembangunan tidak seharusnya terhenti pada peringkat dasar […]

» Read more

Kemenangan Bukan Lesen Mendabik Dada, UMNO Kembali Kepada Akar Perjuangan

SIMPANG RENGGAM, 11 Ogos – Kemenangan yang diraih UMNO dan Barisan Nasional (BN) Johor bukan tiket untuk berasa selesa, sebaliknya satu amanah besar untuk parti kembali menghayati akar perjuangan serta terus meletakkan kepentingan rakyat di hadapan. Menteri Besar Johor merangkap Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam berkata, seluruh kepimpinan dan anggota parti tidak boleh sesekali melupakan sebab UMNO ditubuhkan serta matlamat […]

» Read more
1 … 112 113 114 115 116 … 2,516