Datuk Saarani Mohamad Dilantik Pengarah PRK DUN Slim

KUALA LUMPUR, 24 Julai – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam ini memutuskan Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil DUN Slim.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Hj Ahmad Maslan berkata Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Mohd Zaidi Aziz pula dilantik untuk menjadi Pengarah Operasi pilihan raya kecil tersebut.

Beliau dan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa akan membantu sepanjang kempen yang akan berlangsung mulai 15 Ogos hingga 29 Ogos

Semalam SPR mengumumkan hari penamaan calon pada 15 Ogos, manakala tarikh mengundi awal pada 25 Ogos.

Kerusi DUN Slim kosong selepas penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, meninggal dunia di Hospital Bentong, Pahang pada 15 Julai lepas akibat serangan jantung ketika bermain golf di Awana Genting Highlands Golf & Country Resort.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018, Mohd Khusairi yang mewakili Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi berkenaan dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal.

PRK DUN Slim merupakan PRK ke-12 diadakan selepas PRU14. –UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.