COVID-19 : Patuh SOP, Elak Negara Berdepan Sekali Lagi PKP – Najmil

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Najmil Mohamed Aris mengajak seluruh rakyat negara agar terus mematuhi SOP yang telah digariskan oleh kerajaan dalam usaha membendung penularan gelombang baru COVID-19.

Menurut beliau langkah berkenaan amat penting supaya negara tidak akan sekali lagi dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akhirnya memberi kesan kepada semua pihak.

“Saya mohon agar rakyat Malaysia terus memberi kerjasama dan patuh kepada SOP supaya kita tidak perlu lagi mengalami PKP.

“Jika PKP dilaksanakan kembali, negara akan rugi hampir RM2.4 bilion setiap hari kerana aktiviti ekonomi terhenti. Sudah pasti bertambah ramai akan hilang pekerjaan,” katanya menerusi catatan di facebook.

Tambah Najmil Pandemik COVID-19 telah berjaya dikekang sebelum ini dan negara telah membuktikan ianya mampu diatasi.

“Kita sudah berjaya membuktikan Malaysia mampu mengatasi pandemik COVID-19 ini. Kita tidak mahu angkara sikap segelintir rakyat yang tidak patuh kepada SOP, usaha kerajaan mengatasi COVID-19 selama ini sebagai sia-sia jika kes positif semakin meningkat. Semoga Allah melindungi kita,” ujarnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.