PRK Sungai Bakap: UMNO Gerak Jentera Parti Bantu Kemenangan Calon Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR, 21 Jun – UMNO akan menggerakkan seluruh jentera parti untuk membantu kemenangan calon parti Kerajaan Perpaduan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap. Setiausaha Agung UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, yang dipengerusikan Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Menara Dato Onn, malam tadi. […]

» Read more

Pertarungan Rebut Kerusi DUN Sungai Bakap Bermula Esok

NIBONG TEBAL, 21 Jun – Pertarungan merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap bakal bermula usai proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN itu di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi, di sini, esok. Setiap bakal calon diberi tempoh sejam bermula 9 hingga 10 pagi untuk menyerahkan borang pencalonan sebelum senarai mereka yang layak bertanding diumumkan oleh Pegawai […]

» Read more

Kenyataan Annuar Musa Bersifat Asabiyah, Muncul Menjelang PRK Sg Bakap – Gulam Muszaffar

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Kenyataan Tan Sri Annuar Musa berhubung perpaduan sebenar akan bertaut dan menjadi kuat sekiranya parti-parti Melayu UMNO, Pas dan Bersatu bergabung untuk agenda Melayu dan Islam dilihat ‘asabiyah’. Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim berpandangan kenyataan itu seakan terdesak dengan menjual ‘Melayu’ demi kelangsungan politik beliau dan dibuat ketika Pilihan Raya Kecil […]

» Read more

PRK Sungai Bakap: Pastikan Kemenangan Dr Joohari – Tok Mat

REMBAU, 19 Jun – Menjadi tugas utama parti-parti yang bersama dalam Kerajaan Perpaduan untuk memastikan kemenangan calon daripada PKR yang akan bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, pada Pilihan Raya Kecil (PRK), bulan depan. Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata setiap parti dalam Kerajaan Perpaduan mesti berusaha kuat untuk memastikan calon, Dr Joohari […]

» Read more

PRK Sungai Bakap: Pilih Pemimpin Yang Boleh Bawa Kestabilan Politik – Zaidi

TANJONG KARANG, 18 Jun – Kestabilan politik penting bagi meneruskan usaha untuk meningkatkan tahap ekonomi negara dan juga menaik taraf kehidupan rakyat, kata Ketua Penerangan UMNO Negeri Selangor, Datuk Dr Mohd Zaidi Md Zin. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Bangi menggesa rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap memilih pemimpin yang boleh menjaga keamanan, kestabilan dan kemajuan bagi […]

» Read more

PRK Sungai Bakap: Wakil Kerajaan Perpaduan Calon Terbaik Untuk Rakyat – Rashidi

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Calon wakil Kerajaan Perpaduan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap adalah yang terbaik dan mempunyai hubungan baik dengan masyarakat. Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal, Rashidi Zinol berkata, para jentera UMNO/Barisan Nasional (BN) sudah mula digerakkan untuk memastikan DUN Sungai Bakap kembali ke dakapan Kerajaan Perpaduan. “Calon yang terpilih ini […]

» Read more

PRK Sungai Bakap: Peluang Rakyat Bersama Kerajaan Perpaduan – Sulaiman

TANJONG KARANG, 13 Jun – Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang, Datuk Sulaiman Abdul Razak menasihati rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap agar memilih calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti supaya dapat selari dengan kerajaan. Menurutnya, sejumlah besar pemimpin parti pembangkang yang telah menang dan dipilih pada pilihan raya mempunyai kewajipan dan tanggungjawab membantu rakyat tetapi mereka […]

» Read more

Kerajaan Perpaduan Umum Calon PRK DUN Sungai Bakap Hari Ini

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) akan mengumumkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap hari ini. Ketua Sekretariat, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata demikian selepas Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia BN-PH yang melibatkan pimpinan tertinggi kedua-dua parti gabungan tersebut yang berlangsung semalam di […]

» Read more

PRK Sungai Bakap: Reezal Merican Teruja Dengan Semangat Jentera Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican teruja dengan semangat yang dipamerkan oleh jentera Kerajaan Perpaduan untuk menempuhi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada Julai ini. Beliau yang juga ADUN Bertam memaklumkan bahawa telah turun ke pusat daerah mengundi (PDM) Sungai Duri, Nibong Tebal […]

» Read more

PRK DUN Sungai Bakap 6 Julai, Penamaan Calon 22 Jun – SPR

PUTRAJAYA, 6 Jun – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada 6 Julai ini. Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom, berkata tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 22 Jun dan 2 Julai. Katanya, tempoh berkempen akan ditetapkan selama 14 hari bermula pengisytiharan calon yang […]

» Read more
1 2 3 4 5