UMNO Sipitang Teguh Pertahan Maruah, Tekad Raih Kemenangan Di PRN Sabah

SIPITANG, 18 Okt – Ketua UMNO Bahagian Sipitang, Abdul Rahman Noh, menegaskan bahawa UMNO Sipitang akan terus teguh mempertahankan maruah perjuangan serta kemenangan Barisan Nasional (BN) di kawasan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang. “Selagi darah perjuangan mengalir, maruah tidak akan dijual walau dunia datang menawarkan emas,” katanya dengan penuh semangat ketika mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa UMNO […]

» Read more

PRN Sabah: UMNO Papar Siap Siaga, Rakyat Bijak Menilai – Jamal Nerubi

PAPAR, 17 Okt – Ketua UMNO Bahagian Papar, Datuk Jamal Nerubi menegaskan bahawa jentera UMNO kini berada dalam mode siap siaga sepenuhnya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang akan diadakan November depan. Beliau berkata, seluruh kekuatan akar umbi UMNO Papar kini tersusun kemas dengan semangat perpaduan yang tinggi bagi memastikan Barisan Nasional (BN) kembali menjadi pilihan rakyat […]

» Read more

UMNO/BN Beaufort Terus Jadi Jambatan Rakyat, Usaha Realisasikan Projek Baik Pulih Rumah Nelayan

KUALA PENYU, 17 Okt – Peranan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai jambatan antara rakyat dan kerajaan terus dizahirkan apabila Ketua UMNO Bahagian Beaufort merangkap Pengerusi BN Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat, turun padang bersama masyarakat nelayan dalam Majlis Penyerahan Projek Baik Pulih Rumah Nelayan di bawah Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) anjuran Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), baru-baru ini. […]

» Read more

100 Ahli GRS Umum Keluar Parti, Sokong BN Di Membakut

MEMBAKUT, 17 Okt – Kira-kira 100 ahli Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dari Kampung Bawan, Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bandau di sini telah mengumumkan keluar parti dan menyatakan sokongan penuh kepada Barisan Nasional (BN) pimpinan Ketua UMNO Bahagian Kimanis yang juga Pengerusi BN Kimanis, Datuk Mohamad Alamin. Dilaporkan, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk prestasi semasa serta momentum […]

» Read more

PRN Sabah: Dari Pulau Ke Darat, Pemuda BN Sabah Sudah Bersedia – Aby Zeehad

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah kini berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) ke- 17. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Semporna, Aby Zeehad Abdullah Sani berkata, kekuatan sebenar jentara Pemuda BN Sabah terletak pada semangat kesetiaan, perpaduan, dan keberanian anak muda yang sentiasa ke hadapan memperjuangkan aspirasi rakyat. “Dari pulau hingga […]

» Read more

PRN Sabah: BN Umum Calon Seminggu Sebelum Hari Penamaan Calon – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Barisan Nasional (BN) dijangka mengumumkan nama calon dan kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 seminggu sebelum hari penamaan calon, kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. “BN tidak akan bertanding di seluruh 73 kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) dan kita akan teliti kawasan fokus,” kata Ahmad Zahid yang juga […]

» Read more

PRN Sabah: Rakyat Menilai… Setia Kepada Perjuangan Atau Keselesaan Politik?

KENINGAU, 16 Okt – Rakyat Sabah kini memerhati dengan penuh tanda tanya terhadap langkah lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang dilaporkan meninggalkan kepimpinan Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan. Persoalan besar timbul iaitu adakah tindakan tersebut mencerminkan perjuangan yang berpaksikan mandat rakyat, atau sekadar langkah mencari keselesaan politik baharu? Ketua Penerangan Pemuda Barisan Nasional (BN) […]

» Read more

PRN Sabah: Hormati Suara Akar Umbi, Tolak Pengkhianatan Politik – Sharif Musa

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul menegaskan bahawa kekuatan dan kejayaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara lebih enam dekad berpunca daripada tradisi parti yang menghormati keputusan serta kehendak akar umbi dalam menentukan pemimpinnya. Menurutnya, sejarah telah membuktikan kestabilan dan keutuhan parti bergantung kepada pucuk pimpinan mendengar suara akar umbi, khususnya […]

» Read more

PRN Sabah Ditetapkan Pada 29 Nov, Penamaan Calon 15 Nov – SPR

KOTA KINABALU, 16 Okt – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 Nov ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17. Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun berkata tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 15 Nov dan tarikh pengundian awal pada 25 Nov. “Sebanyak 1,784,843 juta pengundi yang layak akan menjalankan tanggungjawab masing-masing (poda PRN Sabah ke-17),” katanya […]

» Read more

UMNO/BN Sabah Berani Lakukan Pembaharuan – Rushamizan

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Pergerakan Pemuda UMNO Tawau menzahirkan sokongan penuh terhadap kepimpinan Ketua UMNO Sabah merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin, dalam usaha membawa pembaharuan serta memastikan Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 menjadi titik kebangkitan semula suara rakyat Sabah. Ketuanya, Rushamizan Rustam berkata, barisan Pemuda UMNO Tawau akan terus menjadi barisan hadapan dalam […]

» Read more
1 34 35 36 37