KKM Jangka Umum Kelonggaran SOP Rabu Ini

PORT DICKSON, 25 April – Kementerian Kesihatan (KKM) dijangka mengumumkan kelonggaran beberapa prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 pada Rabu ini, kata Menterinya Khairy Jamaluddin. Beliau berkata perancangan KKM itu telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. “Saya sudah maklumkan kepada Perdana Menteri tentang perancangan KKM, nanti hari Rabu saya akan umumkan,” katanya kepada pemberita semalam. Terdahulu, Khairy […]

» Read more

Noraini Junjung Kasih Kepada TMJ, Bincang Pembangunan Pengajian Tinggi

KUALA LUMPUR, 25 April – Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menjunjung kasih kepada Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang berkenan menerima menghadap barisan pengurusan Kementerian Pengajian Tinggi semalam. Menerusi catatan di laman Facebook, beliau berkata beberapa agenda dibincangkan pada istiadat menghadap itu yang menjurus kepada pembangunan sektor pengajian tinggi di negara ini khususnya di Johor. […]

» Read more

Seramai 709 Bekas Pekerja Perwaja Terima Pampasan – PM

CHUKAI, 24 April – Seramai 709 bekas pekerja Perwaja Steel Sdn Bhd (Perwaja) yang ditamatkan perkhidmatan pada November 2014, menerima pampasan keseluruhan bernilai RM8.645 juta hari ini. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan pampasan berkenaan kepada penerima dalam bentuk cek tunai, masing-masing berjumlah antara RM3,000 hingga RM21,000. Menurut perdana menteri isu itu akhirnya dapat diselesaikan setelah tujuh tahun […]

» Read more

MOSTI Cadang Perkenal Industri, Teknologi Dron Dalam Silibus STEM

KOTA TINGGI, 24 April – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bercadang untuk memperkenalkan industri dan teknologi dron dalam silibus pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi melahirkan lebih ramai pelapis dan penggiat industri itu pada masa hadapan. Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba berkata pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan berhubung perkara itu dalam usaha kerajaan dalam memperkemaskan […]

» Read more

KPLB Akan Laksana Program SKoD Di 182 Kawasan Parlimen

PADANG TERAP, 24 April – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan melaksanakan program Sahabat Komuniti Desa (SKoD) di 182 kawasan Parlimen yang berada di luar bandar bermula tahun ini. Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata program di bawah penyelarasan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) itu juga bagi menggerakkan lebih banyak aktiviti sukarelawan dengan lebih berkesan. “SKoD ini merupakan Kumpulan Tindakan Komuniti […]

» Read more

SEMy2030 Garis Hala Tuju Pembangunan Keusahawanan Sosial Negara – PM

KUALA LUMPUR, 23 April – Rangka Tindakan Keusahawanan Sosial 2030 atau SEMy2030 yang dilancar hari ini menyediakan hala tuju nasional yang baharu kepada pembangunan keusahawanan sosial di Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata rangka berkenaan memberi tumpuan kepada pembangunan kerangka kawal selia dan tadbir urus yang efektif untuk memastikan perusahaan sosial mempunyai tanggungjawab dan akauntabiliti […]

» Read more

Seramai 1,700 Warga Lipis Disantuni Menerusi Program Ziarah Kasih

LIPIS, 23 April – Seramai 1,700 penduduk dari 72 kampung di Parlimen Lipis menerima bantuan bakul makanan menerusi Program Ziarah Kasih yang dijalankan sepanjang Ramadan ini, membabitkan peruntukan RM170,000. Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata program yang diadakan setiap tahun itu dengan kerjasama agensi-agensi Kementerian Pembangunan Luar Bandar, penghulu mukim, ketua kampung dan Jawatankuasa […]

» Read more

KEDA Peruntuk RM6.4 Juta Bantuan Ekonomi Peserta Tahun Ini – Mahdzir

KUALA NERANG, 23 April – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) memperuntukkan RM6.4 juta bagi membantu 10,350 pesertanya menerusi pelbagai aktiviti ekonomi pada tahun ini. Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata peruntukan itu antaranya membabitkan bantuan peralatan, infrastruktur dan program pembangunan keusahawanan untuk projek pertanian, ternakan dan perniagaan. “Antara jenis bantuan yang diberikan adalah input pertanian seperti benih […]

» Read more

Pan Borneo Zon Timur Selesaikan Isu Kerosakan Laluan Kinabatangan-Telupid

SANDAKAN, 22 April – Pelaksanaan empat pakej Lebuh Raya Pan Borneo Zon Timur bagi laluan Kinabatangan-Telupid bakal menyelesaikan isu kerosakan jalan raya sedia ada yang menimbulkan rungutan pengguna selama ini termasuk yang ditularkan di media sosial. Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata projek itu akan menyelesaikan kerosakan yang kerap berlaku di jalan raya utama, terutama dari […]

» Read more

PM Berbuka Bersama Ketua, Timbalan Dan Setiausaha UMNO Bahagian

PUTRAJAYA, 22 April – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam berbuka puasa bersama ketua, timbalan dan setiausaha UMNO bahagian di kediaman rasminya di Seri Perdana, di sini. Majlis yang dihadiri kira-kira 1,500 tetamu itu, turut disertai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri antaranya Datuk Seri Wan Rosdy (Pahang), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Kelantan) dan Tan Sri Noh Omar (Selangor). […]

» Read more
1 938 939 940 941 942 1,904