Kerajaan Perkenal Perkhidmatan Pengkomputeran Awan MyGovCloud

PUTRAJAYA, 9 Mei – Kerajaan mengambil langkah menaik taraf perkhidmatan Pusat Data Sektor Awam (PDSA) kepada perkhidmatan Pengkomputeran Awan (Cloud) yang dikenali sebagai MyGovCloud. Perkhidmatan MyGovCloud berfungsi secara hibrid dengan menggabungkan perkhidmatan Private Cloud di PDSA dan Public Cloud oleh Cloud Service Provider atau penyedia perkhidmatan awan (CSP) yang dilantik kerajaan. Bagi memperkasa MyGovCloud khususnya dalam penyediaan perkhidmatan Public Cloud, […]

» Read more

Lebih 26 Peratus Kanak-Kanak Di Malaysia Lengkap Vaksinasi COVID-19

KUALA LUMPUR, 9 Mei – Sejumlah 929,427 atau 26.2 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di Malaysia lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam. Menurut laman web COVIDNOW, sebanyak 1,553,175 atau 43.8 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,897,493 atau […]

» Read more

9 Mei Ubah Landskap Politik Negara… Pilih BN Untuk Jadi Kerajaan, Stabilkan Negara – Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 9 Mei – Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata pasti ramai yang ingat tarikh hari ini iaitu 9 Mei. Ini kerana katanya, 9 Mei 2018 mengubah landskap politik negara. “Saya menang di kawasan Parlimen Lenggong. Beberapa lagi rakan UMNO BN juga menang. Namun ramai kalah yang akhirnya menyebabkan BN hilang kuasa selepas […]

» Read more

Sukan SEA: Hari Yang Membanggakan Buat Kem Terjun Malaysia – Ketua Kontinjen

HANOI, 8 Mei – Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA ke-31 Datuk Nur Azmi Ahmad menyifatkan hari ini adalah hari yang membanggakan susulan kejayaan kem terjun negara menyumbangkan dua pingat emas dan satu perak di Pusat Akuatik My Dinh di sini hari ini. Beliau optimis skuad terjun kebangsaan mampu meneruskan momentum cemerlang dalam baki enam acara selepas ini sekali gus […]

» Read more

Hari Ibu: Beri Perhatian Dan Kasih Sayang Pada Ibu – PM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 8 Mei – Bersempena Hari Ibu yang disambut hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan anak-anak agar memberi kasih sayang sepenuhnya kepada ibu semasa mereka masih ada. Dalam catatan di laman Facebooknya, beliau yang mengucapkan Selamat Hari Ibu berkata jasa ibu tidak terbalas, dan wang ringgit bukan segala-galanya, tetapi kasih sayang dan perhatian memadai menjadi […]

» Read more

Lebih 100,000 Hadir Rumah Terbuka Di Seri Perdana

PUTRAJAYA, 8 Mei – Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri 2022 di Seri Perdana di sini mencatatkan sambutan luar biasa apabila lebih 100,000 pengunjung direkodkan telah hadir setakat 4 petang hari ini. Berikutan sambutan luar biasa itu, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri mengambil keputusan melanjutkan majlis itu sehingga selesai […]

» Read more

Ketua Menteri: Dakwaan Sulaiman Dipaksa Tandatangan Surat Letak Jawatan Tidak Berasas

MELAKA, 8 Mei – Khabar angin yang mendakwa Datuk Seri Sulaiman Md Ali dipaksa menandatangani surat peletakan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka, adalah fitnah dan tidak berasas. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, akan terus memegang jawatan sebagai Ketua Menteri sehingga tamat penggal seperti mana […]

» Read more

Sambutan Aidilfitri Platform Kukuh Perpaduan Selaras Konsep Keluarga Malaysia – Bung

KOTA KINABALU, 8 Mei – Rakyat Malaysia khususnya di Sabah diseru mengambil kesempatan dalam perayaan Hari Raya Aidilfitri agar bersama-sama mempupuk nilai kasih sayang dan perpaduan di antara satu sama lain selaras dengan konsep Keluarga Malaysia. Ketua UMNO Sabah yang juga Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, rakyat di negara ini khususnya di Sabah perlu bersama-sama […]

» Read more

KKM Pertingkat Survelan Hepatitis Akut Di Klinik, Hospital – Khairy

KUALA LUMPUR, 6 Mei – Pengamal perubatan di klinik kesihatan kerajaan dan swasta diminta untuk merujuk kanak-kanak berumur satu bulan hingga kurang dari 18 tahun yang menunjukkan gejala jaundis dan gejala lain hepatitis akut ke hospital untuk pengurusan kes selanjutnya. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata gejala lain hepatitis akut ialah hilang selera makan, loya, muntah, kelesuan atau air kencing berwarna […]

» Read more

881,602 Kanak-Kanak Di Malaysia Lengkap Vaksinasi COVID-19

KUALA LUMPUR, 6 Mei – Sejumlah 881,602 atau 24.8 peratus kanak-kanak berumur lima dan 11 tahun di Malaysia lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids) setakat semalam. Menurut laman web COVIDNOW, sebanyak 1,538,685 kanak-kanak atau 43.3 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin tersebut. Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak […]

» Read more
1 933 934 935 936 937 1,905