Sambutan Aidilfitri Platform Kukuh Perpaduan Selaras Konsep Keluarga Malaysia – Bung

KOTA KINABALU, 8 Mei – Rakyat Malaysia khususnya di Sabah diseru mengambil kesempatan dalam perayaan Hari Raya Aidilfitri agar bersama-sama mempupuk nilai kasih sayang dan perpaduan di antara satu sama lain selaras dengan konsep Keluarga Malaysia.

Ketua UMNO Sabah yang juga Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, rakyat di negara ini khususnya di Sabah perlu bersama-sama bersatu untuk membangunkan negeri bagi mencapai gagasan Sabah Maju Jaya.

“Sambutan Aidilfitri bukan sahaja perayaan agama khususnya bagi masyarakat Islam tetapi juga kesempatan bagi semua masyarakat tanpa mengira kaum dan agama di negeri ini untuk meraikan bersama,” katanya ketika ditemui di majlis rumah terbuka hari raya aidilfitri di kediaman beliau di Luyang.

Menurut Bung yang juga Menteri Kerja Raya sambutan hari raya tahun ini menampakan keceriaan setelah dua tahun masyarakat di negara ini tidak dapat meraikan dalam susana yang lebih meriah ekoran penularan pandemik COVID-19.

“Alhamdulillah tahun ini apabila negara beralih ke era endemik dan penurunan kes-kes COVID-19, kita ada kelonggaran sedikit untuk mengadakan majlis rumah terbuka dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan ini memberikan ruang kita berkumpul beramah mesra dan mengeratkan hubungan silatulrahim walau diadakan dalam skala kecil,” katanya.

Sambil berharap kes kes penularan COVID-19 akan terus berkurangan dan hilang, Bung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Lamag berharap keadaan akan terus pulih dan ini membolehkan kerajaan negeri untuk memberikan fokas sepenuhnya bagi membangunkan negeri ini.

“Dalam masa dua tahun kita memberikan tumpuan untuk menjaga kebajikan rakyat yang terjejas kesihatan dan ekonomi mereka ekoran penularan pandemik COVID-19, justeru dengan penurunan kes-kes harian COVID-19 kerajaan akan lebih memberikan tumpuan untuk merangka dan melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk membangun ekonomi negeri dan kesjehetaraan rakyat” tambah Bung.

Terdahulu dari itu Bung turut menghadiri Majlis Ramah Mesra sempana hariraya aidilfitri anjuran Kerajaan negeri di Sabah International Convention Centre (SICC) yang turut dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Dr.Haji Juhar Datuk Mahiruddin ,Toh Puan Datuk Seri Panglima Dr.Hajah Norlidah R.M. Jasni, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Mohd Noor, serta ahli jemaah kabinet negeri Sabah. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.