Ahmad Zahid Nafi Pecah Amanah Dana YAB, Pindah RM17 Juta Kerana Pegawai Cuai

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan melakukan pecah amanah dana Yayasan Akalbudi (YAB) berjumlah RM 17,953,185.21, sebaliknya menyatakan wang itu dipindahkannya kepada sebuah firma guaman kerana bekas setiausaha eksekutifnya kerap melakukan kecuaian. Jumlah dana yayasan itu melibatkan pertuduhan keenam daripada 12 kesalahan pecah amanah, yang dihadapi bekas timbalan perdana menteri. Ahmad Zahid, […]

» Read more

Hishammuddin Rai Atlet ATM, UPNM Raih Pingat Sukan SEA Hanoi

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini meraikan 10 atlet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang berjaya meraih pingat pada temasya Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam baru-baru ini. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada atlet berkenaan atas kejayaan mengharumkan nama negara. “Semoga kejayaan memenangi pingat ini akan […]

» Read more

UMNO Johor Tidak Pernah Tolak Onn Hafiz Sebagai MB – Khaled Nordin

PASIR GUDANG, 24 Mei – UMNO Johor tidak pernah menolak pelantikan Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Menteri Besar Johor yang ke-19 untuk menggantikan Datuk Hasni Mohammad selepas kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Beliau berkata sokongan penuh diberikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap […]

» Read more

Jihad Perangi Kartel Ayam Mesti Segera Dilaksanakan, Pemuda UMNO Tampil Beberapa Cadangan

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyambut baik tindakan tegas kerajaan untuk segera menangani isu peningkatan harga dan bekalan ayam semasa yang benar-benar menghimpit dan meresahkan rakyat ketika ini. Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tindakan tegas dan pengisytiharan ‘perang’ terhadap kartel di kalangan syarikat-syarikat tertentu yang menghentikan bekalan ayam sehingga menyebabkan berlakunya peningkatan harga dan […]

» Read more

Johor Akan Rangka Enam Teras Utama Menuju Ke Arah Negeri Maju

PASIR GUDANG, 24 Mei – Kerajaan Johor akan menggariskan enam teras utama termasuk ekonomi yang bersifat holistik sebagai hala tuju dalam misi ke arah negeri maju. Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata selain melihat kepada aspek ekonomi fasa endemik, teras lain termasuk jaringan keselamatan sosial, pentadbiran kerajaan yang baik, keperluan dan kemudahan asas serta kebersihan dan keselamatan. Beliau […]

» Read more

Ismail Sabri Terima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Perubatan Dari Universiti Nihon

TOKYO, 24 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Perubatan dari Universiti Nihon, yang merupakan antara universiti swasta terkemuka dan tertua di Jepun. Anugerah itu adalah sebagai mengiktiraf usaha dan sumbangan Ismail Sabri dalam memerangi pandemik COVID-19. Ismail Sabri menerima anugerah berkenaan daripada Presiden Universiti Nihon Dr Naoto Kato di universiti […]

» Read more

Dasar Pengantarabangsaan Bahasa Melayu Amat Baik, Banyak Negara Maju Martabat Bahasa Ibunda

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan menyokong penuh usaha pengantarabangsaan Bahasa Melayu yang dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan pusat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ciapnya di twitter, usaha tersebut memerlukan kerjasama semua pihak termasuk menterjemahkan buku dan karya ilmu dari pelbagai bahasa. “Pengantarabangsaan Bahasa #Melayu & (dan) peningkatan penggunaannya adalah suatu dasar amat […]

» Read more

Permit Import Gandum Dibatalkan – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan permit import (AP) gandum dibatalkan. Beliau berkata perkara berkenaan dipersetujui Ahli Jemaah Menteri pada Mesyuarat Kabinet hari ini yang diawalkan sehari bagi membincangkan isu peningkatan kos sara hidup dan penawaran bahan makanan. “Semua kementerian juga diminta menyenaraikan AP bagi barangan lain yang boleh dimansuhkan untuk […]

» Read more

Eksport Ayam 3.6 Juta Ekor Sebulan Dihentikan Mulai 1 Jun – PM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Eksport ayam sebanyak 3.6 juta ekor sebulan dihentikan bermula 1 Jun ini sehingga harga dan pengeluaran ayam kembali stabil, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ketetapan itu diputuskan pada mesyuarat Kabinet hari ini sebagai langkah jangka pendek kerajaan terhadap isu bekalan serta harga ayam. Ismail Sabri berkata selain itu kerajaan turut memutuskan untuk mewujudkan stok penimbal ayam dan […]

» Read more

Orang Lain Cuai, Saya Yang Kena, Adakah Ini Satu Keadilan? – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 23 Mei- Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa bekas setiausaha eksekutifnya telah melakukan pelbagai kecuaian dalam mengendalikan pengurusan kewangan peribadinya dan Yayasan Akalbudi (YAB). Ahmad Zahid, 69, berkata Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly telah melakukan kecuaian antaranya gagal memahami dan membaca penyata kad kredit miliknya sehingga menyebabkan pembayaran […]

» Read more
1 925 926 927 928 929 1,907