UMNO Berterusan Komited Bawa Agenda Perjuangan Rakyat – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 26 Mei – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan bahawa UMNO berterusan dan komited dalam membawa agenda perjuangan rakyat. Katanya, perkara itu dapat dilihat melalui pentadbiran Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memartabat penggunaan Bahasa Melayu di samping seiring fokus ke arah pengukuhan ekonomi negara. “Saya tegaskan UMNO akan terus […]

» Read more

Kerajaan Mesti Tegas Laksana Larangan Eksport Ayam, Rakyat Harus Diutamakan – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 26 Mei – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa kerajaan khususnya Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mesti tegas melaksanakan larangan mengeksport ayam bermula 1 Jun ini. Katanya, larangan mengeksport 3.6 juta ayam sebulan ke luar negara sudah tentu mampu menstabilkan kembali harga ayam semasa dan menampung kekurangan […]

» Read more

ASIA Boleh Main Peranan Terajui Dunia Yang Berbelah Pendirian – Ismail Sabri

TOKYO, 26 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengusulkan kepada Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan Asia di sini, tiga perkara utama untuk membolehkan Asia memainkan peranan dalam menerajui dunia yang berbelah pendirian. Berkongsi pandangannya pada persidangan yang juga dikenali sebagai Persidangan Nikkei itu, Ismail Sabri berkara perkara itu adalah Memperkasakan Integrasi Ekonomi Serantau, Mengukuhkan Kerjasama […]

» Read more

PM Ismail Sabri Raikan Aidilfitri Bersama Keluarga Malaysia Di Tokyo

TOKYO, 26 Mei – Sempena kehadirannya di ibu negara Jepun, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu meraikan kira-kira 200 tetamu termasuk rakyat Malaysia yang menetap di Jepun pada sambutan hari raya bersama Keluarga Malaysia. Pada majlis itu, perdana menteri dan isterinya Datin Seri Muhaini Zainal Abidin menyantuni para tetamu serta bergambar dengan mereka. Ismail Sabri berada di […]

» Read more

RM13 Juta Sumbangan Bina Masjid, Sekolah Tahfiz, Bukan Rasuah Beri Projek MyEG – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 26 Mei – Wang RM13 juta yang disumbangkan seorang ahli perniagaan kepada Yayasan Akalbudi (YAB) bukan rasuah, sebaliknya bagi membangunkan masjid dan sekolah tahfiz di Bagan Datuk, Perak, kata bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid, 69, memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau juga tidak pernah menjanjikan apa-apa projek MyEG kepada ahli […]

» Read more

UMNO Terus Relevan, Kukuhkan Parti Demi Menangi PRU-15 – Arshad

KOTA KINABALU, 26 Mei – Usia UMNO yang melewati 76 tahun adalah bukti relevannya parti dalam memperjuangkan agama, bangsa dan negara sekalipun sejak empat tahun ini kehilangan tampuk kuasa sebagai kerajaan Pusat.  Sehubungan itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kota Marudu, Arshad Mohd Yusof menggesa agar semua pihak akan dapat mengembalikan kejayaan UMNO dengan mengelakkan sebarang kekeruhan atau pertelagahan pendapat malah diselesaikan […]

» Read more

PM Malaysia, Singapura Bertemu Di Tokyo Bincang Pemukiman

TOKYO, 25 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong di Tokyo pada Rabu, ketika kedua pemimpin berkenaan berada di ibu negara Jepun itu bagi menghadiri Persidangan ke-27 Nikkei Future of Asia. Kedua pemimpin berkenaan berbincang dalam suasana santai di hotel penginapan mereka dengan antara perkara disentuh adalah mengenai sesi […]

» Read more

DR Adham Sedia Beri Kerjasama Kepada SPRM Siasat Isu Perolehan COVID-19

SERDANG, 25 Mei – Bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba sedia memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan dakwaan berlaku isu rasuah dan penyelewengan berhubung perolehan berkaitan COVID-19. Beliau yang memegang portfolio itu semasa negara sedang berhadapan dengan wabak itu mula melanda negara mengakui pernah menerima sendiri aduan mengenai perkara itu sekali gus menjelaskan perkara itu […]

» Read more

UMNO Selangor Serah Pada Parti, Pas Tentukan Keputusan Muafakat Nasional

KUALA LUMPUR, 25 Mei – UMNO Selangor menyerahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi parti itu dan juga Pas, untuk membuat keputusan terbaik berhubung kerjasama Muafakat Nasional (MN). Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar berkata langkah itu dilihat sebagai tindakan terbaik, kerana kedua-dua pihak mempunyai jawatankuasa kepimpinan masing-masing. “UMNO Selangor kalau boleh MN hidup seperti dahulu, itu amat dialu-alukan, […]

» Read more

UMNO Sabah Sahkan Terima Borang Permohonan ADUN Sindumin Dan Rakan-rakan

SIPITANG, 25 Mei – UMNO Sabah mengesahkan telah menerima borang permohonan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sindumin, Datuk Dr. Yusof Yacob bersama rakan-rakan yang lain untuk menyertai parti berkenaan. Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, permohonan tersebut telah dikemukakan pada bulan lepas dan UMNO Sabah akan membawa perkara tersebut ke mesyuarat perhubungan UMNO negeri akan […]

» Read more
1 924 925 926 927 928 1,907