Kerajaan Mesti Tegas Laksana Larangan Eksport Ayam, Rakyat Harus Diutamakan – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 26 Mei – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa kerajaan khususnya Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mesti tegas melaksanakan larangan mengeksport ayam bermula 1 Jun ini.

Katanya, larangan mengeksport 3.6 juta ayam sebulan ke luar negara sudah tentu mampu menstabilkan kembali harga ayam semasa dan menampung kekurangan bekalan ayam yang kritikal ketika ini.

“Jangan sesekali akur dengan desakan dan tekanan para pengeksport ayam demi kepentingan dan maslahah rakyat tempatan yang harus diutamakan.

“Pemain industri ayam hakikatnya masih mendapat manfaat daripada pasaran tempatan, yang menghadapi masalah kekurangan yang berterusan,” katanya menerusi kenyataan dalam laman facebooknya berkaitan hal terbabit

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan keputusan Kabinet untuk melarang eksport ayam berikutan aduan pengguna mengenai kekurangan dan harga ayam yang tinggi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.