Bukan Setakat PBM, Malah Sekurang-Kurangnya Tujuh Parti Nyatakan Hasrat Sertai BN

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Suhu politik negara hari ini bukan sahaja hangat dengan pelbagai isu semasa malah terkini difahamkan beberapa parti politik telah menyatakan hasrat untuk menyertai Barisan Nasional (BN). Menerusi perkongsian di Facebook Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menimbulkan persoalan apakah yang menyebabkan parti-parti berkenaan mahu bersama-sama dengan parti BN. Fenomena tersebut jelas beliau lagi […]

» Read more

Kerajaan Dap P. Pinang Abai Kebajikan, Masa Depan Rakyat – Shah Headan

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah berpandangan kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan Dap tidak cakna dengan kebajikan dan masa depan rakyat. Katanya ini kerana mereka hanya fokus dalam agenda berorientasikan perniagaan semata-mata tanpa merangka agenda kemajuan bagi jangka masa panjang yang berpeluang memberi manfaat kepada rakyat negeri ini. […]

» Read more

Tun Mahathir Lupa Selama Ini Beliaulah Pecahkan Perpaduan Orang Melayu

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Isham Jalil berkata Pengerusi Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad lupa bahawa selama ini bekas Perdana Menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH) itulah yang sebenarnya yang memecahkan perpaduan orang-orang Melayu di negara ini. Isham memberi respon demikian berhubung semalam, Tun Dr Mahathir memberi bayangan bahawa beliau akan menubuhkan gagasan parti politik Melayu […]

» Read more

Skop Kelayakan Perantisiswa Diperluas, Agihan Fasa Pertama Bermula Bulan Ini

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) memperluaskan skop kelayakan pemberian tablet program PerantiSiswa kepada empat lagi kategori pelajar B40, tambahan kepada kategori sebelum ini. Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKomm) Tan Sri Annuar Musa berkata empat kategori itu ialah pelajar program asasi di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), pelajar program matrikulasi […]

» Read more

Takut Dengan Undi Rakyat Nak Gelar Apa Pula… Sebab Sudah Tiada Gigi?

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Datuk Zahida Zarik Khan membidas kenyataan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang menyindir UMNO risau hanya tinggal gigi depan sahaja jika dilambatkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). “Kalau kita yang nak PRU segera disebut risau tinggal gigi depan, mereka yang takut berhadapan dengan undi rakyat pula macam mana? “Adakah takut […]

» Read more

Rakyat Berhak Tahu Status Kewangan Negeri Dengan Jelas – Shaiful Hazizy

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Rakyat mempunyai hak untuk mengetahui semua maklumat awam berkaitan negeri seperti unjuran tunai serta mempersoalkan sumber pendapatan dan cara ianya dibelanjakan. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin membidas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor yang menyangkal dakwaan rizab negeri tersebut melonjak hasil daripada aktiviti pembalakan. “Unjuran tunai, […]

» Read more

Tangani Segera Isu Pekerjaan Di Bawah Kelayakan Pendidikan – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata selain isu pengangguran, isu yang perlu juga diberikan perhatian serius ialah isu pekerjaan di bawah kelayakan pendidikan atau ‘underemployment’. Dr Asyraf berkata demikian merujuk kepada perangkaan terbaru yang dikeluarkan Jabatan Statistik Negara setakat Mei 2022, kadar pengangguran dalam negara adalah 3.9% bersamaan 637.7 ribu […]

» Read more

Pembangkang Sering Guna Sentimen, Emosi Tarik Sokongan Rakyat – Azlan

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis, Datuk Seri Azlan Man berpandangan pembangkang sering memainkan sentimen dan emosi untuk menarik sokongan rakyat kepada mereka. Katanya, disebabkan itu UMNO/Barisan Nasional (BN) perlu memainkan peranan yang lebih ofensif dalam menangkis serangan atau helah politik dengan mendedahkan kembali kelemahan dan kesilapan yang dilakukan mereka. “Kecaman memang sedap sebab rakyat […]

» Read more

Realiti Baharu UMNO, Fokus Gerak Kerja Hadapi PRU15 – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpandangan parti kini berhadapan dengan realiti baharu iaitu untuk fokus dengan gerak kerja bagi berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Katanya ini selepas Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) sudah memberikan kelulusan untuk parti ini mengadakan pemilihan tidak lebih dari enam bulan selepas PRU-15 berlangsung. “Saya secara rasminya […]

» Read more

Kajian Elaun Sara Hidup Pelajar Tajaan Mara Dibentang Ke Kabinet Hujung Bulan – Mahdzir

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Kertas kerja mengenai kajian kadar elaun sara hidup pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan dibentangkan kepada Kabinet hujung bulan ini, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid. Beliau berkata kajian berkenaan bukan sahaja melibatkan kadar elaun sara hidup pelajar di United Kingdom, Eropah, Amerika Syarikat, Australia dan Jepun, bahkan turut membabitkan pelajar […]

» Read more
1 870 871 872 873 874 1,903