UMNO Terengganu Tak Ada Masalah Gabung Dengan PH Rampas Terengganu

DUNGUN, 8 Mei – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata pihaknya tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk merampas semula pentadbiran negeri itu daripada pimpinan PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. Ahmad, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, berkata kerjasama (UMNO dan PH) dah terjalin di peringkat pusat, maka […]

» Read more

PRN: Mohd Isam Umum Tidak Pertahan Kerusi DUN Gemencheh

SEREMBAN, 8 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh Datuk Mohd Isam Mohd Isa hari ini mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi DUN berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Mohd isam yang juga Ahli Parlimen Tampin berkata keputusan dibuat berikutan mahu memberi tumpuan penuh terhadap perkhidmatan di kawasan Parlimennya. “Saya doakan rakan-rakan supaya menang pada PRN nanti, saya tidak […]

» Read more

Kilang Proses Mineral Dengan Kos RM40 Juta Dibina Di SVTP, Perak – Saarani

IPOH, 8 Mei – Silver Valley Technology Park (SVTP) yang menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi negeri Perak, akan turut menempatkan kilang pemprosesan mineral ‘Zero Waste Facility’ (kemudahan buangan sifar) dengan kos pembinaan bernilai RM40 juta dan dijangka beroperasi pada 2024. Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pembukaan kilang pemprosesan syarikat Jinjing Silicon Technology Sdn Bhd yang menawarkan kira-kira 500 peluang […]

» Read more

RUU Ombudsman Malaysia Di Peringkat Akhir

PUTRAJAYA, 8 Mei – Rang Undang-Undang (RUU) Ombudsman Malaysia kini di peringkat akhir untuk dimuktamadkan dan dijangka dibentangkan di Parlimen pada Oktober ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said. Dalam sidang media selepas Mesyuarat Sesi Libat Urus Penubuhan Ombudsman Malaysia di sini hari ini, Azalina berkata Ombudsman Malaysia berpandukan kepada model […]

» Read more

Melaka Jangka Raih Pendapatan RM30 Juta Menerusi Pasaran Pelancong Timur Tengah

MELAKA, 8 Mei – Melaka dijangka meraih pendapatan RM30 juta dengan kedatangan 6,000 pelancong dari Timur Tengah menjelang akhir tahun hadapan sempena Tahun Melawat Melaka 2024, menurut Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman. Beliau berkata sasaran itu sejajar dengan pelbagai inisiatif memorandum persefahaman (MoU) kerajaan negeri menerusi Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Melaka […]

» Read more

Kerajaan Perpaduan Laksanakan Agenda Rakyat, Beri Sokongan Kesepaduan Dan Kerjasama Dalam PRN

KUALA LUMPUR, 7 Mei – Majlis Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang bermesyuarat malam ini telah bersetuju untuk mengadakan Konvensyen Perpaduan pada 14 Mei ini. Pengerusi Majlis Pimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tujuan utama mengadakan Konvensyen Perpaduan ini adalah untuk terus melaksanakan agenda-agenda rakyat yang lebih berkesan kepada semua kaum dan negeri. “Tumpuan mengadakan […]

» Read more

Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru, 27 Mei Ini – Khaled

KOTA TINGGI, 7 Mei – Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru yang ditangguh sejak 18 Mac lepas akan diteruskan pada 27 Mei ini di Berjaya Waterfront Hotel, di sini. Naib Presiden UMNO yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata setakat ini tiada pindaan tarikh dan lokasi pemilihan yang telah ditetapkan. “Saya percaya semua menantikan (pemilihan) […]

» Read more

Kerajaan Perpaduan Ada Beberapa Formula Untuk Pembahagian Kerusi – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 7 Mei – Kerajaan Perpaduan mempunyai beberapa formula yang lebih sesuai dengan situasi semasa bagi tujuan pembahagian kerusi dan perkara itu akan diselesaikan secara dalaman, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata ini kerana asas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sahaja tidak boleh […]

» Read more

Hampir 2,000 Jemaah Haji Pahang Terima ‘Duit Poket’ RM500 Seorang – MB

KUANTAN, 7 Mei – Hampir 2,000 jemaah haji Pahang menerima ‘duit poket’ sebanyak RM500 seorang sebagai bantuan untuk melaksanakan rukun Islam kelima itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Beliau berkata sumbangan julung kali diberikan itu berikutan prestasi kewangan kerajaan negeri yang baik dan kukuh sekali gus membolehkan hasil berkenaan dikembalikan semula kepada rakyat. “Bantuan ini sekurang-kurangnya […]

» Read more

Pergerakan Puteri UMNO Seru Rakyat Salur Sumbangan Kepada Adik Naail

KUALA LUMPUR, 7 Mei – Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Shamellya Norazizi menyeru semua rakyat Malaysia terutamanya rakan seperjuangan parti untuk menyalurkan sumbangan bagi membantu kos perubatan adik Wan Muhammad Naail yang menghidap penyakit Spinal Muscular Altrophy (SMA) Type 1. Menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, beliau memaklumkan bahawa sebanyak RM2 juta lagi […]

» Read more
1 700 701 702 703 704 1,935