Kenaikan Tarif AS: Kerajaan Ambil Langkah Proaktif, Eratkan Hubungan Perdagangan – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 6 Feb – Kerajaan mengambil langkah proaktif dalam mengekalkan dan mengeratkan hubungan perdagangan dua hala dengan Amerika Syarikat supaya tidak dikenakan kenaikan tarif seperti yang berlaku kepada China, Kanada dan Mexico. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Amerika Syarikat merupakan rakan dagang Malaysia yang ketiga terbesar untuk tahun 2024. “Malaysia dan […]

» Read more

ADUN Kota Lakukan Ziarah Kasih Warga Emas Diuji Masalah Kesihatan

KUALA LUMPUR, 6 Feb – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota, Suhaimi Aini terus melaksanakan politik khidmat bakti dengan menyantuni rakyat melalui program kemasyarakatan dan ziarah kasih. Terbaharu ziarah beliau kali ini menfokuskan kepada golongan yang tidak bernasib baik khususnya mereka yang berhadapan ujian kesihatan. Kunjungan Suhaimi tersebut bagi bertanya khabar di samping menyampaikan bantuan bagi meringankan beban kewangan waris. […]

» Read more

Malaysia Beri Tumpuan Usaha Tingkat Perdagangan, Pelaburan Intra-ASEAN – Mohamad

KUALA LUMPUR, 6 Feb – Malaysia akan memberikan tumpuan kepada usaha untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan intra-ASEAN yang dilihat masih berada di peringkat yang rendah sepanjang tempoh kepengerusian ASEAN. Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Malaysia bersiap-siaga sepenuhnya untuk menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN bagi tahun 2025. “Sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun 2025, Malaysia bersiap-siaga sepenuhnya untuk menggalas […]

» Read more

BN Sabah: Komited, Berwawasan Dan Pilihan Terbaik Rakyat – Ir Aziz Julkarnain

KUALA LUMPUR, 6 Feb – Komitmen Barisan Nasional (BN) Sabah adalah memperjuangkan pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat, tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan ikutan politik, kata bekas Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah, Datuk Ir Abdul Aziz Julkarnain. Jelasnya, hubungan erat BN Sabah dengan Kerajaan Persekutuan turut memastikan pembangunan negeri dapat dilaksanakan secara berterusan. “BN Sabah telah membuktikan keupayaannya dalam […]

» Read more

Seluruh UMNO Bahagian Perlu Persiap Strategi Hadapi Cabaran 25 Bulan Mendatang – Azalina

MARAN, 6 Feb – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said menyeru seluruh UMNO Bahagian termasuk Pergerakan sayap-sayap mempersiapkan strategi parti 25 bulan akan datang untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16. Persiapan tersebut jelas beliau lagi termasuklah menguasai teknologi dan platform semua media sosial untuk berhadapan dengan gerakan kempen digital dan AI (kecerdasan pembuatan) nanti. Untuk itu, […]

» Read more

‘Bila Gerakan Buat Perangai, PPBM/Pas Jadi Bisu’ – Abdul Halim

KUALA LUMPUR, 5 Feb – Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Abdul Halim Suleiman menempelak PPBM/Pas yang membisu apabila Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong yang mengkritik Dap kerana tidak menentang dasar Islam negara. Beliau yang juga Ahli Dewan Negera berkata ini kerana ketika kerjasama UMNO dan Dap dalam Kerajaan Perpaduan, PPBM/Pas membawa naratif UMNO menjual maruah Melayu. “Habis riuh satu […]

» Read more

Rakyat Sabah Perlu Kembalikan BN Demi Kestabilan Dan Kemajuan – Suhaimi Nasir

KOTA KINABALU, 5 Feb – Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir menyeru rakyat Sabah untuk mengembalikan Barisan Nasional (BN) sebagai tampuk pemerintahan di negeri terbabit demi kestabilan politik dan kemajuan ekonomi yang lebih mapan. Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Libaran, BN telah terbukti berjaya membangunkan Negeri Sabah serta memastikan kestabilan politik yang kukuh. “Apabila kestabilan politik berjaya maka, […]

» Read more

MARA Gerakkan Agenda Transformasi Pendidikan dan Keusahawanan

KUALA LUMPUR, 5 Feb – Majlis Amanah Rakyat (MARA) terus komited dalam memperkasakan pendidikan dan keusahawanan melalui agenda transformasi yang melibatkan 344 institusi pendidikan di bawah MARA, dikenali sebagai Institusi Pendidikan MARA (IPMA). Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, berkata keputusan tersebut dicapai dalam Mesyuarat Majlis MARA yang dipengerusikannya baru-baru ini. Jelasnya, antara institusi terlibat ialah GiatMARA, Maktab Rendah Sains […]

» Read more

Kerajaan Komited Tegakkan Kedaulatan Undang-Undang Dan Lindungi Pemberi Maklumat – Azalina

KUALA LUMPUR, 5 Feb – Kerajaan menegaskan komitmennya dalam menegakkan kedaulatan undang-undang serta memastikan kebebasan institusi perundangan negara terus terpelihara. Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata pemberi maklumat berhak mendapat perlindungan di bawah Akta 711, selagi mereka mematuhi prosedur yang ditetapkan dengan melaporkan sebarang salah laku kepada mana-mana agensi penguatkuasaan, tanpa mengira individu yang terlibat. […]

» Read more

Sekolah Patriotik UMNO Bukti Keprihatinan Kepada Kepimpinan Muda – Mohamad Fadil

KUALA LUMPUR, 5 Feb – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Mohamad Fadil Md Zin menzahirkan penghargaan pada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail atas sokongan dalam merealisasikan penubuhan Sekolah Patriotik UMNO, baru-baru ini. Menurut beliau, penubuhan ini membuktikan keprihatinan pemimpin UMNO terhadap pembangunan pemimpin muda parti. “Jutaan terima […]

» Read more
1 623 624 625 626 627 2,359