UMNO Beaufort Bidas Kenyataan Pas, Tegaskan Jasa BN Di Sabah Tidak Boleh Dinafi

BEAUFORT, 4 Mac – Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat, membidas kenyataan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah, Sahar Abdul Majid, yang seakan menidakkan jasa dan kepimpinan UMNO/Barisan Nasional (BN) dalam membangunkan Sabah. Terdahulu, Sahar dipetik mengeluarkan kenyataan bahawa janji-janji yang dikemukakan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, untuk menyelesaikan masalah air, elektrik dan jalan […]

» Read more

Malaysia Mohon Longgar Syarat Bagi Timor-Leste Jadi Anggota Penuh ASEAN

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Malaysia telah memohon untuk melonggarkan prasyarat yang ditetapkan ke atas Timor-Leste bagi mempercepatkan proses negara itu menjadi anggota penuh ASEAN menjelang hujung tahun ini, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau berkata berdasarkan peraturan sedia ada, terdapat 88 prasyarat ditetapkan yang perlu dipenuhi oleh Timor-Leste sebelum boleh menjadi ahli penuh rantau itu. “Daripada 88 […]

» Read more

Usaha Baik Pulih Jalan Kota Marudu, JKR Sabah Pastikan Keselesaan Pengguna – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 3 Mac – Kementerian Kerja Raya sentiasa memberi perhatian terhadap kerosakan jalan raya yang berlaku di Sabah khususnya di Daerah Kota Marudu. Timbalan menterinya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata Kementerian ini melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah sedia maklum dan telah menerima laporan kerosakan jalan yang agak kritikal di Kota Marudu yang berlaku sejak akhir tahun 2024. Katanya, […]

» Read more

Program Ramadan Harus Diisi Dengan Kesederhanaan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 3 Mac – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan bahawa program Ramadan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak haruslah diisi dengan kesederhanaan. Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berpesan kepada semua agensi dan jabatan kerajaan supaya mengelakkan pembaziran sepanjang bulan Ramadan. “Dalam Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan […]

» Read more

KESUMA Perkukuh Akses Pekerjaan Untuk Golongan OKU – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 3 Mac – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) amat prihatin berkenaan penyertaan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam pasaran pekerjaan negara. Timbalannya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata KESUMA telah dipertanggungjawabkan mengetuai jawatankuasa pekerjaan di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MKBOKU) di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Jelasnya, jawatankuasa ini bertujuan untuk membincangkan dan […]

» Read more

UMNO Bahagian Putrajaya Kekal Komited Membantu Rakyat di Bulan Ramadan

PUTRAJAYA, 3 Mac – Sempena keberkatan bulan Ramadan, Bendahari UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meneruskan tradisi kebajikan dengan menyumbangkan pek makanan berbuka puasa kepada masyarakat di setempat. Ujarnya, usaha ini merupakan sebahagian daripada inisiatif tahunan yang telah sebati dengan UMNO Bahagian Putrajaya, dalam hasrat mendekati dan membantu rakyat sepanjang bulan penuh keberkatan ini. […]

» Read more

TVET: Kementerian Ambil Langkah Proaktif, Libatkan Anak Muda Setiap Parlimen

KUALA LUMPUR, 3 Mac – Kerajaan dilihat mengambil langkah proaktif dengan melibatkan anak muda setiap parlimen sebagai penyelaras agar ia boleh dicapai oleh semua lapisan masyarakat tanpa keciciran. Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Shamellya Norazizi menerusi hantaran di laman Facebooknya mengucapkan tahniah kepada para penyelaras TVET yang telah dilantik untuk kawasan Parlimen masing-masing. “Tahniah diucapkan kepada semua sahabat yang […]

» Read more

200 Lokasi Bazar Ramadan, 25 Bazar Aidilfitri Dilulus Di Johor – Mohd Jafni

JOHOR BAHRU, 3 Mac – Kerajaan Negeri Johor di bawah kepimpinan Menteri Besarnya, Datuk Onn Hafiz Ghazi, telah meluluskan sebanyak 200 lokasi Bazar Ramadan dengan 11,202 petak niaga dan 25 lokasi Bazar Aidilfitri yang melibatkan 1,555 petak niaga bagi Ramadan dan Syawal tahun ini. Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, dan Alam Sekitar Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, berkata bahawa […]

» Read more

Depani PRN Sabah: Ulang Tahun Ke-34 Lonjak Semangat UMNO Tawau – Ghazalie

KUALA LUMPUR, 3 Mac – Ketua UMNO Tawau, Ghazalie Ansing melihat UMNO negeri berkenaan hari ini berada pada kedudukan yang tersendiri dan dalam keadaan yang cukup bersedia menempuh segala cabaran mendatang. Apatah lagi kata beliau dengan ulang tahun UMNO negeri tersebut ke-34 baru-baru ini sudah pasti ianya bukan sahaja memberi suntikan semangat malah menjadikan seluruh jentera dan ahli serta pimpinan […]

» Read more

Strategi Bantu OKU Dapat Akses Pekerjaan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 3 Mac – Strategi untuk membantu orang kurang upaya (OKU) mendapatkan akses kepada pekerjaan yang sewajarnya dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, soalan itu diajukan Datuk Adnan Abu Hassan (BN-Kuala Pilah) kepada Menteri Sumber Manusia pada sesi soal jawab memandangkan masih kurang kesedaran, kesediaan dan keyakinan majikan untuk […]

» Read more
1 603 604 605 606 607 2,360