Soal Bendera Pun Tak Sepakat… Bukti PH Tiada Kestabilan

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata Pakatan Harapan (PH) jelas tidak ada kesepakatan di dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Bidas Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) itu, jika hal berkaitan penggunaan bendera pun tidak sepakat, sudah pasti perkara yang lebih besar terutama melibatkan kepentingan rakyat tidak dapat dilaksanakan […]

» Read more

UMNO Terus Diuji, Dinamika Politik Benteng Kejayaan Atau Kejatuhan Parti – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad  Zahid Hamidi berkata dinamika politik akan memperlihatkan kejayaan sesebuah parti dan ianya dapat dilihat hari ini apabila UMNO Sabah terus mengorak langkah. Mengimbau kembali bagaimana kepimpinan UMNO Sabah yang pada satu ketika bergolak setelah 22 daripada 25 kepimpinan bahagian bertindak meninggalkan parti, suasana pada ketika itu cukup sukar. “Dinamika […]

» Read more

PRN: UMNO Johor Harap SPR Tentu Keupayaan, Nasihat Pengundi Elak COVID – Dr Adham

SHAH ALAM, 11 Feb – UMNO Johor berharap agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dapat menasihati dan menentukan keupayaan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi melindungi pengundi daripada jangkitan COVID-19 khususnya semasa kempen dijalankan. Ketua Penerangan UMNO Johor Datuk Seri Dr Adham Baba berkata terdapat perkara yang perlu dipertimbangkan terutamanya melibatkan nyawa dan kehidupan walaupun gelombong Omicron hanya membawa jangkitan […]

» Read more

SOP PRN Johor Umum Sebelum Penamaan Calon – SPR

JOHOR BAHRU, 11 Feb – Prosedur operasi standard (SOP) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kini dalam peringkat akhir untuk dimuktamadkan dan akan diumumkan sebelum hari penamaan calon, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Ketua Komunikasi Korporat SPR Mohammad Azlan Charles Abdullah berkata SPR akan mengumumkan SOP berkenaan melalui kenyataan media selepas mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan (KKM)dan Majlis Keselamatan Negara […]

» Read more

Mahkamah Tolak Bantahan Awal SPR Terhadap Petisyen Pilihan Raya Sungai Udang

MELAKA, 11 Feb – Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak bantahan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan dua lagi terhadap petisyen pilihan raya yang difailkan calon Barisan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad yang tewas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 Nov tahun lepas. Hakim Datuk Azman Abdullah […]

» Read more

Tiada Guna Bergabung, Jika Tiada Kesefahaman Dan Kestabilan – Sharkar

TEMERLOH, 11 Feb – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berpandangan kerjasama politik pelbagai parti sukar diramal sehingga menyebabkan ketidakstabilan dalam sistem politik serta tampuk pemerintahan negara. Katanya, rakyat tentunya dapat melihat sendiri kesannya di mana pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu Pakatan Harapan (PH) memenanginya yang dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), PKR, […]

» Read more

PRN Johor: Muda Dikatakan Pencabar Utama? UMNO/BN Tak Gentar – Azhari

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berpandangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempunyai kekuatan yang tersendiri dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal diadakan kelak. Katanya, berbekalkan pengalaman yang dimiliki UMNO tidak gentar untuk berhadapan dengan mana-mana parti termasuk Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang pertama kali akan menyertai pilihan raya. […]

» Read more

Rakyat Muak Drama Politik, PRN Terbaik Stabilkan Negeri – Norshida

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Rakyat di negeri Johor sudah muak dengan drama politik yang terjadi dan memahami keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN), kata Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim. Jelas beliau lagi, ini kerana rakyat sudah merasai pengalaman berada di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang disifatkan sebagai gagal meneruskan agenda pembangunan negeri. “Sekarang Dewan Undangan […]

» Read more

BN Umum Calon Dua, Tiga Hari Sebelum Hari Penamaan Calon

ISKANDAR PUTERI, 11 Feb – Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan senarai calon-calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dalam tempoh dua atau tiga hari sebelum hari penamaan calon. Pengerusi BN Johor Datuk Hasni Mohammad berkata calon-calon yang akan ditampilkan termasuk muka-muka baharu, yang terdiri daripada golongan profesional dan orang muda. “Saya rasa BN mendengar apa yang disuarakan di […]

» Read more

Bank Negara Perlu Lihat Kembali Model Pembiayaan Untuk Mudahkan Pemilikan Rumah – PM

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Bank Negara perlu melihat kembali model pembiayaan perumahan untuk memudahkan pemilikan rumah dalam kalangan golongan B40 dan M40 selaras dengan matlamat Satu Keluarga Satu Rumah, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Perdana Menteri berkata perkara itu antara yang dicapai pada mesyuarat Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN) yang dipengerusikannya bagi membincangkan dan menyelaras hala tuju […]

» Read more
1 597 598 599 600 601 1,501