Ahmad Zahid Lepas Pertuduhan, Wanita UMNO Anggap Lonjakan Semangat Untuk Kembalikan Sokongan Rakyat

KUALA LUMPUR, 4 Sept – Wanita UMNO Malaysia mengganggap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada semua 47 hari ini sebagai satu lonjakan semangat kepada ahli-ahli untuk terus berusaha mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN). Ketuanya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata keputusan ini sudah pastinya perkhabaran […]

» Read more

Presiden UMNO Dilepas 47 Pertuduhan, UMNO Kelantan Ajak Akar Umbi Terus Teguh Lawan Kebatilan

KUALA LUMPUR, 4 Sept – Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas keputusan Mahkamah Tinggi yang melepaskan kesemua 47 pertuduhan terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebentar tadi. Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub mengajak akar umbi UMNO agar terus teguh dan mempertahankan kebenaran serta melawan fitnah musuh. “Sesungguhnya keputusan ini menginsafkan […]

» Read more

Peraturan Kukuh Akan Pacu Ekonomi Digital Asean Raih Nilai Sehingga US$2 Trilion Pada 2030 – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 4 Sept – Rejim kawal selia yang kukuh dan disatukan boleh membantu Asean meraih potensi nilai ekonomi digital yang dijangka mencecah US$1 trilion hingga US$2 trilion menjelang 2030, melonjak daripada US$300 juta pada masa ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Beliau berkata pertumbuhan pesat e-dagang dan ketersediaan platform digital seperti rangkaian […]

» Read more

Poliklinik, Parkir Kenderaan Bertingkat Di HSA Beri Keselesaan, Kemudahan Kepada Pengguna

JOHOR BAHRU, 4 Sept – Projek pembinaan poliklinik dan tempat letak kenderaan bertingkat baharu yang akan dilaksanakan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, dijangka akan memberi keselesaan dan kemudahan kepada pengguna hospital tersebut. Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata hospital awam itu, merupakan antara yang tersibuk dalam negara dengan mengendalikan 2,134 orang pesakit luar dan 460 orang […]

» Read more

PRK Pulai: 927 Anggota, Pegawai Polis Mengundi Awal Esok – SPR

JOHOR BAHRU, 4 Sept – Seramai 927 pemilih terdiri daripada pegawai polis dan anggota akan menunaikan tanggungjawab mereka pada hari pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, esok. Mengikut data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 46 orang akan mengundi di pusat mengundi awal Bilik Gerakan, Balai Polis Kempas, manakala 881 orang akan mengundi di Dewan Nusantara, Markas Pasukan Polis […]

» Read more

PRK Pulai: Hentikan Kempen Sentuh Sentimen Agama, Perkauman – Mohd Na’im

PUTRAJAYA, 4 Sept – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menasihatkan pihak yang terlibat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai untuk menghentikan segala jenis kempen yang menyentuh sentimen keagamaan dan perkauman. Selaku badan yang diberi amanah dalam menjaga dan memelihara kesucian agama Islam di negara ini, katanya Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal […]

» Read more

Puad Sindir Muhyiddin, Undi Suhaizan Haram… Menantu Lari Halal Pula?

KUALA LUMPUR, 4 Sept – “Cuba Muhyiddin jawab. Menantu dia lari atau berhijrah? SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) suruh dia serah diri. Maknanya dia lari. Kalau lari, hukumnya haram atau halal? Demikian sindiran diberikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin ekoran kenyataan diberikan bekas Perdana Menteri itu berkenaan haram mengundi calon […]

» Read more

Ahmad Zahid Dilepas Tanpa Dibebaskan Daripada 47 Pertuduhan

KUALA LUMPUR, 4 Sept – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan untuk melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi. Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd […]

» Read more

Lawan Idea Dan Hujah Untuk Bantu Rakyat, Bukan Fatwa Haram Sana Sini – Dr Akmal

KUALA LUMPUR, 4 Sept – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhamad Akmal Saleh menempelak kenyataan pemimpin utama pembangkang yang berkata haram mengundi calon Pakatan Harapan (PH). Katanya, perkara tersebut adalah suatu tindakan tidak wajar dilakukan sebaliknya mereka perlu memanfaatkan masa berkempen ini berlawan dengan idea dan hujah yang bernas. “Berlawanlah dengan idea dan hujah yang boleh membantu rakyat, bukan […]

» Read more

Mahasiswa Main Peranan Penting Dalam “Menggelorakan” Masyarakat

GEORGE TOWN, 4 Sept – Para mahasiswa mesti menggunakan ruang dan peluang berada di universiti untuk mengurus kedewasaan dan membangunkan kematangan diri dengan cara terbaik. Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata terdapat banyak catatan sejarah di seluruh dunia yang menunjukkan betapa aspirasi dan pemikiran besar mahasiswa telah berjaya membawa perubahan dalam sesebuah negara. “Hal ini adalah kerana […]

» Read more
1 567 568 569 570 571 1,911