Sambutan Aidilfitri Platform Kukuh Perpaduan Selaras Konsep Keluarga Malaysia – Bung

KOTA KINABALU, 8 Mei – Rakyat Malaysia khususnya di Sabah diseru mengambil kesempatan dalam perayaan Hari Raya Aidilfitri agar bersama-sama mempupuk nilai kasih sayang dan perpaduan di antara satu sama lain selaras dengan konsep Keluarga Malaysia. Ketua UMNO Sabah yang juga Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, rakyat di negara ini khususnya di Sabah perlu bersama-sama […]

» Read more

KKM Pertingkat Survelan Hepatitis Akut Di Klinik, Hospital – Khairy

KUALA LUMPUR, 6 Mei – Pengamal perubatan di klinik kesihatan kerajaan dan swasta diminta untuk merujuk kanak-kanak berumur satu bulan hingga kurang dari 18 tahun yang menunjukkan gejala jaundis dan gejala lain hepatitis akut ke hospital untuk pengurusan kes selanjutnya. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata gejala lain hepatitis akut ialah hilang selera makan, loya, muntah, kelesuan atau air kencing berwarna […]

» Read more

881,602 Kanak-Kanak Di Malaysia Lengkap Vaksinasi COVID-19

KUALA LUMPUR, 6 Mei – Sejumlah 881,602 atau 24.8 peratus kanak-kanak berumur lima dan 11 tahun di Malaysia lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids) setakat semalam. Menurut laman web COVIDNOW, sebanyak 1,538,685 kanak-kanak atau 43.3 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin tersebut. Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak […]

» Read more

KPT Arahkan Universiti Awam Nilai Semula Aspek Keselamatan Fasiliti Mahasiswa

KOTA BHARU, 5 Mei – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengarahkan semua universiti awam di negara ini supaya menilai semula aspek keselamatan fasiliti masing-masing. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata kajian menyeluruh termasuk menambah baik struktur bangunan perlu dilakukan bagi mengelak kejadian tidak diingini berulang seperti yang menimpa seorang mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM). “Melalui kajian ini, USM […]

» Read more

Kesesakan Lalu Lintas: ECRL Boleh Jadi Pilihan … Tukar Kerajaan, Tukar Balik Jajaran

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) boleh jadi pilihan orang Pantai Timur. Beliau berkata demikian berikutan kenyataan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong yang memaklumkan bahawa masalah kesesakan jalan raya setiap kali musim perayaan khususnya ke pantai timur dijangka dapat diselesaikan selepas […]

» Read more

Zahid Rakam Selamat Hari Bomba Sedunia, Disambut Semasa Perayaan Aidilfitri

KUALA LUMPUR, 4 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan ucapan Selamat Hari Bomba Sedunia 2022 yang disambut semasa musim perayaan Aidilfitri kepada seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Katanya, hari bomba tentunya mengingatkan tentang kisah kecekalan para pegawai dan anggotanya bertugas 24 jam sehari, tujuh hari seminggu tanpa kenal penat lelah. “Melaksanakan misi memberi […]

» Read more

Pasukan Bomba Wira Kebanggaan Negara – PM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 4 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan rasa bangga dengan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang sentiasa komited dalam menggalas tanggungjawab demi keselamatan Keluarga Malaysia. Beliau menyifatkan pasukan tersebut sebagai wira kebanggaan negara dan barisan hadapan yang sentiasa bersedia tanpa mengira waktu untuk membantu Keluarga Malaysia yang memerlukan pertolongan. “Siap siaga pada […]

» Read more

Raikan Syawal Dengan Kesyukuran Bersama Keluarga Tercinta

KUALA LUMPUR, 4 Mei – Ketua UMNO Bahagian Gombak Datuk Megat Zulkarnain Omardin meluahkan kesyukuran dengan kesempatan diberikan pada sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini. Jelas beliau, selepas dua tahun umat Islam beraya secara sederhana namun pada kali ini ianya berbeza apabila masing-masing dapat menyambutnya bersama keluarga tercinta di kampung masing-masing. “Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya […]

» Read more

Kesyukuran Bersama Keluarga, Aidilfitri Bawa Manifestasi Tersendiri – Najib

PETALING JAYA, 4 Mei – Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak berpandangan Hari Raya Aidilfitri pada kali ini memberikan suatu manifestasinya tersendiri. Katanya ini kerana, umat Islam di negara ini diberi kesempatan untuk pulang ke kampung selepas dua tahun tidak dapat melakukannya kerana kekangan penularan COVID-19. “Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin sudah […]

» Read more

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri PM Ismail Sabri Pada Ahad Ini

KUALA LUMPUR, 4 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjemput seluruh Keluarga Malaysia untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri pada Ahad ini. Menerusi hantaran di laman Facebook beliau semalam, Ismail Sabri berkata majlis itu akan diadakan di Laman Sari, Kompleks Seri Perdana, Putrajaya bermula 10 pagi hingga 4 petang. “Kita berkumpul dan bersama-sama meraikan Aidilfitri […]

» Read more
1 564 565 566 567 568 1,537