Kajian Separuh Penggal RMK12 Dibentang Di Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 11 Sept – Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bakal dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini. Menurut takwim menerusi laman rasmi Parlimen, pembentangan KSP RMK12 yang dijadual bermula 10 pagi akan diteruskan dengan sesi perbahasan oleh Ahli Parlimen selama tiga hari bermula esok (Selasa), diikuti jawapan oleh kementerian […]

» Read more

Mitra Disaran Kerjasama Dengan RISDA Bantu Wanita India Ikuti TVET

BAGAN DATUK, 10 Sept – Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra), Jabatan Perdana Menteri disaran bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bagi membantu masyarakat India khususnya wanita mengikuti kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebelum ini beliau telah menaik taraf Kolej Universiti Agrosains Malaysia […]

» Read more

Presiden UMNO Pertama Ke Konvensyen DAP: “Orang Berbudi, Kita Berbahasa” – Ahmad Zahid

BAGAN DATUK, 10 Sept – “Orang berbudi, kita berbahasa,” itu kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai kehadirannya buat pertama kali ke Konvensyen DAP 2023, pagi tadi. Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata beliau menyantuni pelawaan DAP yang kini sebahagian daripada gagasan Kerajaan Perpaduan dan mengakui terkejut dengan sambutan dan sorakan yang diberikan ketika […]

» Read more

Pertama Kali Ke Kongres Wanita DAP, Pemerkasaan Wanita Jadi Agenda Bersama – Rosni

KLANG, 10 Sept – Buat pertama kali dalam sejarah, Wanita UMNO menjejakkan kaki ke Kongres Wanita DAP, demikian kata Setiausaha Wanita UMNO Malaysia Datuk Rosni Sohar. Pada Sabtu, Rosni bersama tiga Exco Wanita UMNO Malaysia mewakili Ketua Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad yang juga Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN) ke Kongres Wanita DAP yang berlangsung di Grand Centro Ballroom, Centro […]

» Read more

Senarai Nama Ahli Jawatankuasa RCI Siasat Buku Bekas Peguam Negara Dikemuka Kepada Agong

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Kerajaan akan mengemukakan senarai nama Ahli Jawatankuasa Pasukan Khas Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat buku tulisan Tan Sri Tommy Thomas, ‘My Story: Justice in the Wilderness’, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata senarai nama itu akan dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk […]

» Read more

Kejayaan Di Pulai, Simpang Jeram Bukti Kerjasama PH-BN Diterima, Momentum Positif Untuk PRK Pelangai

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Kejayaan parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan yang diraih melalui kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram semalam membuktikan kerjasama antara PH dan Barisan Nasional (BN) diterima rakyat. Sambil mengucapkan tahniah kepada Suhaizan Kaiat dan Nazri Abdul Rahman atas kemenangan masing-masing di kerusi Parlimen Pulai […]

» Read more

UMNO/BN Perlukan Kesetiaan Rakan Kongsi Politik… Wujud Rasa Kebersamaan Semua Kaum

KUALA LUMPUR, 10 Sept – UMNO/Barisan Nasional (BN) memerlukan kesetiaan rakan kongsi politik iaitu MCA, MIC dan Friends of BN bagi mewujudkan rasa kebersamaan semua kaum di Malaysia. Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ahli Parti Makkal Sakti Malaysia semestinya beruntung kerana telah mempunyai seorang presiden yang mesra dan setia kepada perjuangan BN. “Tentunya yang paling penting […]

» Read more

BN Akan Terus Pertahan Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata gabungan itu akan terus mempertahankan Kerajaan Perpaduan yang mencerminkan wajah Malaysia. Timbalan Perdana Menteri itu berkata pada masa sama beliau berharap hubungan antara BN dan Pakatan Harapan (PH) yang baharu terjalin dapat diperkukuhkan sehingga ke peringkat akar umbi. “Ia bagi memangkin semangat perpaduan sekali […]

» Read more

Agong Mahu Rakyat Hidup Secara Harmoni, Bersatu Hati

MIRI, 10 Sept – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini meminta rakyat supaya menjalani kehidupan secara harmoni dan bersatu hati antara satu sama lain. Al-Sultan Abdullah bertitah demikian sebelum berkenan berangkat meninggalkan Pesta Keramaian Bersama Rakyat di Pantai Bungai, Bekenu, di sini, sempena Kembara Kenali Borneo. “Duduk baik-baik, aman damai dan harmoni semuanya. Kena sokong […]

» Read more

Negeri Sembilan Perlu Ada Kilang Pengeluaran Beras Sendiri – Exco

SEREMBAN, 10 Sept – Terdapat keperluan mewujudkan kilang pengeluaran beras sendiri di Negeri Sembilan bagi menangani isu kekurangan bekalan beras tempatan, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup negeri Datuk Seri Jalaluddin Alias. Beliau berkata pada masa sama, usaha terhadap penanaman padi di Kuala Pilah, Jelebu, Jempol dan Gemas juga perlu digiatkan. “Saya sudah minta supaya […]

» Read more
1 552 553 554 555 556 1,908