Keputusan PRK Kemaman Tidak Akan Rencat Perjuangan UMNO Khususnya Di Sabah – Suhaimi Nasir

KOTA KINABALU, 8 Dis – Kekalahan calon Barisan Nasionl (BN) yang di wakili oleh Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor di tangan calon Pas dalam Piliha Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada 2 Disember lepas tidak akan merencatkan kekuatan serta semangat perjuangan UMNO. Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir berkata UMNO akan terus istiqamah dalam […]

» Read more

Isu Pelancongan: Jadi Kerajaan Kena Ada Kreativiti, Inovatif – Bekas MB Kedah

ALOR SETAR, 8 Dis – Tular baru-baru ini sebuah pulau peranginan di negeri Kedah tidak lagi menjadi tumpuan utama pelancong untuk makan angin dikhabarkan akibat kos makanan dan minuman, penginapan dan kereta sewa yang semakin meningkat di kawasan itu berbanding di negara jiran yang menawarkan harga lebih berbaloi untuk dilawati. Mengulas perkara berkenaan, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahdzir […]

» Read more

Isham Terima Surat Status Keahlian Dalam Masa Terdekat – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Ahli Majlis Tertinggi UMNO Isham Jalil akan menerima surat berkaitan status keahliannya dalam parti itu pada masa terdekat, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. “Dia (Isham) akan terima surat dalam masa terdekat,” kata Ahmad Zahid secara ringkas sebagi menjawab kenyataan Isham yang mengesahkan belum menerima sebarang surat daripada UMNO mengenai status keahliannya […]

» Read more

Kerajaan Madani Tampil Langkah Strategik Tingkatkan Kesejahteraan Rakyat – UMNO Siswa

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Presiden UMNO Siswa, Wan Muhammad Zuhir Ghazali berkata sepanjang setahun pentadbiran Kerajaan Madani, langkah strategik telah diambil untuk menyusun kembali pentadbiran dalam usaha meningkatkan kesejahteraan penduduk terutamanya individu yang terjejas dari segi ekonomi ekoran kesan pandemik. Jelasnya, ia kelihatan dari arah demokrasi sosial terutama sekali dalam mengukuhkan pelaburan, perniagaan, perusahaan kecil mahupun yang sederhana. “Kerajaan […]

» Read more

Bantuan Kemanusiaan Op Ihsan Sudah Sampai Kepada Penerima Sasaran Di Gaza

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Dua penghantaran bantuan kemanusiaan menerusi Op Ihsan sebelum ini telah pun selamat sampai kepada penerima di lokasi sasaran di Gaza, sebagaimana yang dirancang. Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, beliau sendiri telah mendapat laporan berhubung perkembangan penghantaran itu. “Telah sampai dan masuk (bantuan ke Gaza) kita sudah dapat laporan, hantaran itu telah […]

» Read more

Kerajaan Pertimbang Rayuan Individu Gagal Mohon Kredit eMADANI

PONTIAN, 8 Dis – Kementerian Kewangan sedang menimbang rayuan individu yang ditolak permohonan bantuan kredit eMADANI, kata Timbalan Menterinya Datuk Seri Ahmad Maslan. Beliau berkata rayuan itu akan diberi keutamaan kepada pemohon yang layak termasuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR). “Melalui senarai STR, terdapat sebanyak 8.7 juta penerima dan sebahagiannya tidak menerima eMADANI, oleh itu kelompok berkenaan akan dipertimbangkan dan […]

» Read more

TVET Usaha Kerajaan Perpaduan Untuk Peluang Pendidikan Secara Holistik – Rizan Hassan

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Ketua Belia Mahir, Mohammad Rizan Hassan berpandangan Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang diusahakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah usaha kerajaan untuk semua dan ini tidak pernah berlaku selama ini. Jelasnya, ianya memberikan gambaran bahawa anak muda dan seluruh rakyat Malaysia mempunyai peluang pendidikan yang sama agar […]

» Read more

DUN Perak Lulus Rang Undang-Undang Wasiat Orang Islam (Perak) 2023

IPOH, 8 Dis – Dewan Undangan Negeri Perak hari ini sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Wasiat Orang Islam (Perak) 2023, yang bertujuan memberi panduan, mengurus tadbir dan mengawasi pembuatan serta pelaksanaan wasiat orang Islam di negeri Perak, secara berkesan. Seramai enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengambil bahagian membahaskan RUU itu selepas dibentang Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad, […]

» Read more

Usaha Penstrukturan Semula Perkhidmatan Bekalan Air Pahang Mula Sejak 2018

KUANTAN, 8 Dis – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini berkata usaha penghapusan hutang kerajaan negeri terhadap kerajaan Persekutuan, berjumlah RM2.074 bilion menerusi Penstrukturan Semula Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Pahang, bermula sejak 2018 lagi. Sehubungan itu, Wan Rosdy berkata usaha penstrukturan semula bekalan air itu bermula sebelum Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka Datuk Seri […]

» Read more

Peningkatan Bilangan Pelabur Domestik Bukti Keyakinan Pelabur Semakin Tinggi – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Peningkatan bilangan pelabur domestik terutama melibatkan syarikat tempatan di Malaysia menunjukkan keyakinan dalam kalangan pelabur semakin tinggi berbanding sebelum ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Beliau berkata ini terbukti apabila 45 peratus daripada RM225 bilion jumlah pelaburan yang diluluskan dalam tempoh Januari hingga September bagi tahun ini adalah […]

» Read more
1 473 474 475 476 477 1,901