Keluarga, Ahli Politik, Rakyat Beri Penghormatan Akhir Kepada Pak Lah

KUALA LUMPUR, 15 April — Suasana suram menyelubungi Masjid Negara di sini hari ini dengan orang ramai mula hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada bekas Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal dunia petang semalam. Ahli keluarga, ahli politik dan kenalan rapat yang hadir dibenarkan memasuki ruang masjid secara berperingkat untuk memberikan penghormatan terakhir bermula 10 pagi hingga […]

» Read more

Ketenangan Pak Lah Adalah Kekuatannya – Azalina

KUALA LUMPUR, 15 April – Ketenangan Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah kekuatannya, demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, ketika mengimbau kembali mengenai Perdana Menteri kelima itu. Azalina berkata, sifat tenang dan aman yang dimiliki Allahyarham Abdullah memberikan keyakinan kepada ramai pihak, terutamanya generasi muda yang berkecimpung dalam politik. “Karakter […]

» Read more

Tun Abdullah Diberi Istiadat Pengebumian Negara

KUALA LUMPUR, 15 ARIL – Jenazah Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi akan dikebumikan mengikut Istiadat Pengebumian Negara. Menurut Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam kenyataan jenazah akan dibawa ke Masjid Negara pada 8 pagi dan orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir di Dewan Solat Utama, Masjid Negara bermula 11 pagi hingga 1 tengah hari. “Jenazah akan disembahyangkan selepas solat […]

» Read more

Pemergian Tun Abdullah Kehilangan Besar Buat Negara, Negarawan Berjiwa Luhur – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 14 April – Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, malam ini merakamkan ucapan takziah dan rasa dukacita atas pemergian bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang telah meninggal dunia pada jam 7.10 malam tadi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. Menurut Ahmad Zahid, pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan […]

» Read more

UMNO Ucap Takziah, Pak Lah Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 14 April – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama kepimpinan serta ahli-ahli UMNO mengucapkan takziah kepada keluarga mantan Presiden UMNO merangkap mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal dunia hari ini. Dilaporkan, Allahyarham meninggal di Institut Jantung Negara (IJN), di sini, hari ini pada usia 86 tahun. Allahyarham yang juga dikenali dengan […]

» Read more

PRK DUN Ayer Kuning: Majlis Ulama UMNO Seru Kempen Berakhlak Mulia

KUALA LUMPUR, 14 April – Majlis Ulama UMNO (MUU) menyeru semua petugas dan penyokong parti agar meneruskan legasi kempen Barisan Nasional (BN) dengan pendekatan yang berakhlak mulia, sejajar dengan tuntutan Islam dan nilai-nilai murni sebagai warganegara Malaysia. Timbalan Pengerusinya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menegaskan bahawa kempen harus dijalankan dengan menggunakan kata-kata yang baik, tanpa sebarang cercaan, nista atau […]

» Read more

Bekas Pelajar Jumpa Dr Ustaz Yusri, Imbau Kenangan Zaman Sekolah

TAPAH, 14 April – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN), Ustaz Dr Mohamad Yusri Bakir berkongsi keterujaan rata-rata bekas pelajarnya bertemu ketika sesi kempennya. Meskipun kini sudah tidak lagi menjadi guru, beliau menyifatkan bekas pelajar yang ditemuinya kekal mesra sebagai tanda ingatan kepada kenangan di zaman persekolahan suatu ketika dahulu. “Anda nampak tadi […]

» Read more

Kerjasama PRN Sabah: UMNO Beaufort Terus Komited Laksana Gerak Kerja

BEAUFORT, 14 April – Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat menegaskan bahawa jentera parti di peringkat bahagian akan terus bekerja keras tanpa mengira kedudukan UMNO dalam landskap politik semasa demi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang. Beliau berkata, sebagai sebuah parti yang berteraskan perjuangan membela rakyat, UMNO sentiasa bersedia untuk turun padang dan melaksanakan tanggungjawab […]

» Read more

Pastikan Legasi Ishsam Diteruskan… Undi, Sokong Calon BN

TAPAH, 14 April – Rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning diseru untuk memberikan sokongan dan mengundi calon Barisan Nasional (BN), Dr Ustaz Yusri Bakir bagi memastikan legasi perjuangan allahyarham Ishsam Shahruddin dapat diteruskan. Tinjauan UMNO Online mendapati bahawa penduduk di pusat daerah mengundi (PDM) Kampung Coldstream amat menghargai keprihatinan Ishsam sepanjang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) […]

» Read more

MARA Tubuh Dua Pasukan Khas Laksana Pelan Transformasi Menyeluruh – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 14 April – Majlis Amanah Rakyat (MARA) di bawah kepimpinan Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, telah menubuhkan dua pasukan khas (Task Force) bagi melaksanakan Pelan Transformasi MARA secara menyeluruh. Ujar Dr Asyraf Wajdi yang juga Setiausaha Agung UMNO, pasukan pertama diketuai oleh bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Muhammad Ibrahim, yang juga merupakan Ahli Majlis MARA […]

» Read more
1 468 469 470 471 472 2,255