Perancangan UMNO/BN Untuk Orang Asli Terbaik, Terus Berikan Sokongan

KUALA LUMPUR, 6 Sept – Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ramli Mohd Nor mengajak rakyat khususnya masyarakat Orang Asli untuk terus menyokong UMNO/Barisan Nasional (BN) kerana perancangan yang dirangka oleh parti untuk mereka adalah begitu baik sekali. Jelasnya, cadangan pembentukan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Orang Asli serta beberapa perancangan lain yang merangkumi kebajikan, pentadbiran dan kepentingan kaum tersebut memerlukan sokongan dan […]

» Read more

Pusat SDG Negara Untuk Perkasa Program, Pantau Kemajuan SDG Negara – PM

KUALA LUMPUR, 6 Sept – Pusat Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Negara akan ditubuhkan bagi memperkasa dan mempergiat program serta memantau kemajuan SDG negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata penubuhan Pusat SDG Negara di bawah Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri itu telah dipersetujui dalam mesyuarat Majlis SDG Negara yang beliau pengerusikan semalam. “Agenda pembangunan mampan ini memerlukan penglibatan dan […]

» Read more

Floria Diraja 2022 Dilanjut Hingga 11 Sept, Masuk Percuma Mulai Esok

PUTRAJAYA, 6 Sept – Festival yang mempamerkan pelbagai spesies dan bunga-bungaan serta tanaman hiasan, Floria Diraja Putrajaya 2022 yang dijadualkan berakhir hari ini dilanjutkan sekali lagi sehingga Ahad (11 Sept), demikian umum Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim. Shahidan berkata bersempena cuti penggal persekolahan hingga Ahad ini, tiket masuk ke festival itu adalah percuma mulai esok bagi memberi […]

» Read more

Kajian Pembinaan LPT3 Selesai, KKR Tunggu EPU – Fadillah

KUALA LUMPUR, 6 Sept – Kajian pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) selesai dijalankan dan telah dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri, kata Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof. Beliau berkata Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang menunggu tindakan selanjutnya daripada agensi berkenaan dan EPU akan membuat keputusan sama ada perbelanjaan LPT3 akan diperuntukkan dalam Rolling Plan […]

» Read more

Agong Terima Kunjungan Hormat Timbalan Perdana Menteri Singapura

KUALA LUMPUR, 6 Sept – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Singapura Lawrence Wong dan isteri Loo Tze Lui di Istana Negara, di sini hari ini. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad […]

» Read more

Program SULUNG Bantu Keluarga B40 Bagi Generasi Pertama Masuk IPT – Noraini

KUALA LUMPUR, 6 Sept – Dalam usaha kerajaan untuk membantu rakyat meningkatkan taraf sosio-ekonomi keluarga, Kementerian Pengajian Tinggi telah memperkenalkan satu program khusus dipanggil Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG). Kata Menterinya merangkap Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, program SULUNG ini akan memberi peluang kepada generasi pertama dalam keluarga B40 yang belum ada ahli keluarga […]

» Read more

PRN Johor ‘Latihan’ Terbaik Berdepan PRU – Pemuda BN Segamat

KUALA LUMPUR, 6 Sept – Pemuda Barisan Nasional (BN) Segamat percaya ‘latihan’ yang dilalui pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum ini akan menjadi ‘template’ kepada mereka untuk melicinkan lagi persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang khususnya dalam membantu kemenangan parti di parlimen berkenaan. Ketuanya Bastien Onn berkata PRN Johor adalah satu penilaian yang cukup baik bagi […]

» Read more

Presiden UMNO Terima Kunjungan Hormat Delegasi PCOM

KAJANG, 6 Sept – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan Pertubuhan Palestinian Culture Organisation Malaysia (PCOM) yang diketuai Timbalan Ketua Perhubungan Luar Hamas merangkap pegawai kanan Hamas, Osama Hamdan malam tadi. Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mengadakan pertemuan lebih satu jam yang bermula pada pukul 8 malam. Pertemuan tersebut diadakan di Yayasan Al […]

» Read more

KPLB Bincang Dengan JPA Untuk Naikkan Gred Pengurus PKD

ALOR SETAR, 5 Sept – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkenaan cadangan untuk menaikkan gred perkhidmatan bagi jawatan pengurus Pusat Komuniti Desa (PKD) di bawah kementerian itu. Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pada masa ini pengurus PKD diberikan Gred N19 secara kontrak selama setahun dan kementerian melihat gred […]

» Read more

Semangat Ahli Akar Umbi Kekal Positif, Terus Mara Berdepan PRU- Rizalman

KUALA LUMPUR, 5 Sept – Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar melihat akar umbi bukan sahaja bersemangat malah kekal positif dengan perkembangan politik semasa. Kata beliau ketika merasmikan persidangan tahunan UMNO Cawangan Sri Sabah 3A, Kampung Malaysia Tambahan serta Desa Semarak, Alhamdulillah masing-masing terus komited untuk melangkah ke depan melaksanakan amanah perjuangan parti. “Semalam Tok Man berpeluang […]

» Read more
1 466 467 468 469 470 1,526