Terapkan Perpaduan Dalam Islam Walau Berbeza Pandangan – Siti Aminah

LAHAD DATU, 10 Sept – Ketua Wanita Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Datuk Siti Aminah Aching mengingatkan umat Islam untuk kekal bersatu walaupun berbeza pandangan kerana inilah sifat yang boleh memajukan diri, negeri dan negara. Beliau berkata, umat Islam tidak boleh terlalu taksub dengan pandangan masing-masing dan mengamalkan sikap berpuak-puak dalam sesebuah organisasi apatah lagi yang berteraskan Islam sebagai perjuangan. […]

» Read more

PRK Mahkota: Annuar Musa Perlu Yakinkan PN Untuk Tidak Bertanding

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Timbalan Pengarah Operasi Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Annuar Musa perlu meyakinkan parti tersebut untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota. Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor, Iszuwan Ismail berkata, langkah tersebut wajar dilakukan memandangkan beliau meramalkan Barisan Nasional (BN) yang bersama Kerajaan Perpaduan akan […]

» Read more

Malaysia Dijangka Bawa Masuk Pelaburan Baharu Dalam Sektor Halal Dari China

SHANGHAI, 10 Sept – Malaysia dijangka berpotensi untuk membawa masuk pelaburan baharu dari China dalam industri halal melalui Forum Perniagaan Halal Malaysia-China yang diadakan di bandar raya ini. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata China disenaraikan antara dua destinasi teratas untuk eksport halal Malaysia berdasarkan eksport bernilai RM6.25 bilion (US$1.4 bilion) dalam sektor perdagangan halal setakat […]

» Read more

Semua Pihak Perlu Faham Sensitiviti Agama, Tangani Dengan Bijaksana

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Semua pihak dalam Kerajaan Perpaduan perlu memahami bahawa sensitiviti agama adalah perkara yang harus dihormati dan menangani segala permasalahan dengan bijak. Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Afzan Manaf berkata, tindakan segelintir pihak yang mengambil pendekatan ‘play victim’ dalam isu halal ini tidak sewajarnya berlaku. “Saya tertarik dengan tindakan segelintir pihak yang secara sengaja mengambil pendekatan […]

» Read more

Aplikasi Pembangunan Modal Insan, Ambil Peluang Tingkatkan Kemahiran – Raime

TENOM, 10 Sept – Masyarakat pelbagai peringkat usia diseru untuk mengambil peluang yang disediakan oleh kerajaan melalui pelbagai bidang bagi meningkatkan kemahiran diri yang bermula dari pendidikan awal sehinggalah kepada usia dewasa. Demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUN dilantik), Datuk Raime Unggi yang mahukan rakyat dapat meningkatkan pembangunan modal insan dalam semua peringkat. Katanya yang juga Ketua UMNO […]

» Read more

Semua Pihak Perlu Hormat Isu Berkaitan Agama – Tengku Muhammed Hafiz

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Ketua Penerangan UMNO Bahagian Putrajaya, Tengku Muhammed Hafiz Tengku Adnan menggesa supaya semua pihak menunjukkan rasa hormat terhadap isu-isu berkaitan agama, terutamanya yang melibatkan keperluan masyarakat Islam seperti sijil halal. Katanya yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, sikap saling memahami dan toleransi amat penting bagi memastikan perpaduan negara terus kukuh dan perbezaan pendapat perlu […]

» Read more

Komitmen Malaysia, China Banteras Jenayah Rentas Sempadan – Ahmad Zahid

SHANGHAI, 9 Sept – Komitmen China terhadap Malaysia untuk kerjasama serta kolaborasi dua hala dalam usaha pembanterasan jenayah rentas sempadan adalah pada tahap tertinggi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata perkara itu antara inti pati pertemuan dua hala bersama Penasihat Negara merangkap Menteri Keselamatan Awam China Wang Xiaohong, selepas menyertai Persidangan Forum Kerjasama Keselamatan Awam […]

» Read more

Kekalkan Kestabilan Demi Kemakmuran, Tolak Main Isu 3R – Mohd Zaidy

JEMPOL, 9 Sept – Semua pihak perlu memainkan peranan dan melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat dengan sama-sama mengembleng usaha memastikan kestabilan demi kemakmuran yang diaplikasi sentiasa dilaksana. Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir menegaskan bahawa mana-mana pihak perlu menolak memainkan isu kaum, agama dan institusi diraja (3R) dalam apa-apa juga keadaan. Katanya, semua […]

» Read more

Calon BN PRK Mahkota Ada Karisma Untuk Berkhidmat – Pemuda UMNO Johor

KUALA LUMPUR, 9 Sept – Pemuda UMNO Johor yakin calon Barisan Nasional (BN) yang diketengahkan oleh parti pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota adalah calon yang ada karisma untuk berkhidmat kepada rakyat. Ketuanya, Noor Azleen Ambrose berkata pemilihan Syed Hussien Syed Abdullah yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Kluang merupakan seorang calon yang mempunyai latar belakang cukup […]

» Read more

Pemuda UMNO Perlis Bidas Tuan Ibrahim, Nasihat Dulu Parti Sendiri – Saiful Fariddil

KUALA LUMPUR, 9 Sept – Pemuda UMNO Perlis menegaskan bahawa Tuan Ibrahim Tuan Man tidak berhak dan tidak perlu mencampuri urusan parti lain, sebaliknya beliau perlu menasihatkan pemimpin-pemimpin di dalam partinya dan Perikatan Nasional (PN) kerana ramai dikalangan mereka yang mempunyai kes mahkamah belum selesai. Ketuanya, Saiful Fariddil Jasmi menyatakan bahawa masih terdapat beberapa pemimpin dalam PN yang berdepan dengan […]

» Read more
1 319 320 321 322 323 1,959