Banjir Pahang: MB Nasihatkan Orang Ramai Elakkan Aktiviti Berhampiran Sungai, Laut

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menasihatkan orang ramai untuk mengelakkan sebarang aktiviti berhampiran kawasan sungai dan laut pada musim banjir ini. Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berharap agar mangsa yang kini terlibat dalam bencana banjir dapat bersabar dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa. “Saya berharap semua […]

» Read more

Jalaluddin Mohon Segerakan Naik Taraf Hospital Baharu Jelebu, Atasi Kesesakan Pesakit

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias meluahkan harapan beliau dengan pembinaan hospital baharu Jelebu bagi memberikan perkhidmatan lebih baik kepada rakyat di kawasan ini. Menurut beliau ini kerana hospital tersebut kini tidak dapat memberikan perkhidmatan utama iaitu pembedahan ekoran dewan bedah asal hospital ini terletak dalam bangunan yang berusia 128 tahun. “Ia disebabkan infrastrukturnya […]

» Read more

Turun Padang: Suraya Rasmikan ‘Fun Run’, Santuni Warga Pendang

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Ketua UMNO Bahagian Pendang, Datuk Suraya Yaacob telah merasmikan Program ‘Fun Run’ dan Sukaneka Kampung di samping menyantuni warga Pendang pada Ahad. Beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi menyeru agar aktiviti sukan diteruskan dan tidak dijalankan hanya ketika sambutan Hari Sukan Negara. “Saya ingin menyeru agar sukan dan segala aktiviti […]

» Read more

Jangan Sembunyikan Kes Buli Di IPMA – Dr Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Pengendalian Institusi Pendidikan MARA (IPMA) diingatkan supaya tidak menyembunyikan sebarang kes buli yang berlaku dalam kalangan pelajar atau akan berdepan tindakan tegas. Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata tindakan akan dikenakan terhadap pengetua institusi pengajian terbabit sekiranya didapati menyembunyikan kes berkenaan, selaras dengan arahan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr […]

» Read more

Kebimbangan Terhadap Bencana Alam … Mohd Shahar Dapatkan Penjelasan Dalam Parlimen

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah hari ini bertanya sejauh mana langkah yang dilakukan kerajaan menerusi Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam dalam menangani bencana alam yang berlaku di negara ini. Menerusi ruang yang ada beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Paya Besar turut sama memberikan pandangan agar kerajaan menanganinya melalui penyelesaian berasaskan […]

» Read more

Lawatan Kerja: Delegasi Malaysia Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Presiden Mesir

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Delegasi Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Republik Mesir, TYT Abdel Fattah El-Sisi sempena rangka lawatan kerja ke republik berkenaan. Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan bahawa pertemuan tersebut telah membincangkan pelbagai topik untuk kepentingan kedua-dua negara. “Saya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Seri Anwar bin Ibrahim dan delegasi Malaysia kini […]

» Read more

PRN Sabah Ke-17: ‘Makmal’ Kerjasama BN-PH… Jangan Kelirukan Dengan ‘Tikus Makmal’ – Sharif Musa

LAHAD DATU, 11 Nov – Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul membidas pihak yang cuba mengelirukan Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17) sebagai eksperimen atau ‘tikus makmal’. Tegasnya yang juga Setiausaha Sekretariat NGO dan Profesional Muda UMNO Negeri kenyataan bahawa kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang bakal berlangsung akan menjadi ‘makmal’ telah disalahertikan. […]

» Read more

Akar Umbi Sambut Baik Usul Had Umur 40 Tahun Puteri UMNO

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Akar umbi Pergerakan Puteri UMNO menyambut baik usul had umur 40 tahun sayap tersebut yang dibentangkan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Ogos lalu. Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Kuala Langat, Nursyahira Habeb berkata, usul tersebut mengambil kira masa wanita muda untuk mencapai kestabilan dalam hidup sambil berpegang teguh kepada perjuangan parti. “Selaku wanita muda saya […]

» Read more

Salleh Diumum Sebagai Calon UMNO/BN DUN Usukan PRN Sabah Akan Datang

KOTA BELUD, 11 Nov – Penyandang Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.10 Usukan, Datuk Seri Salleh Said telah diumumkan sebagai calon UMNO/Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang akan datang. Perkara ini diumumkan oleh Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, ketika merasmikan Program Gerak17 UMNO Sabah bagi kawasan DUN Usukan kelmarin. Salleh, yang juga […]

» Read more

Karnival Kerjaya MYFutureJobs Di Kelantan Buka Peluang Pekerjaan Rakyat Tempatan – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Timbalan Menteri Sumber Manusia (Kesuma), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, Karnival Kerjaya MYFutureJobs PERKESO Oghe Kelate 2024 yang diadakan di Gua Musang bertujuan untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan melalui pelbagai tawaran kerja daripada majikan yang terlibat. Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO menegaskan bahawa kerajaan sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat […]

» Read more
1 253 254 255 256 257 1,948