Kemenangan Gambarkan Keikhlasan Kerjasama UMNO-Pas – Noraini

KUALA LUMPUR 3 Mac – Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad menganggap kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih jelas menggambarkan keikhlasan kerjasama UMNO dan Pas. Baginya, kerjasama kedua-dua parti ternyata mendapat sokongan besar majoriti umat Islam. Jelasnya, kemenangan BN di Semenyih juga boleh dianggap sebagai referendum protes rakyat kepada kerajaan Pakatan Harapan […]

» Read more

Terima Kasih Semua, Kemenangan BN Referendum Penolakan Kerajaan PH

KUALA LUMPUR, 3 Mac – “Benar, kemenangan ini tidak akan membawa sebarang makna kepada Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tetapi kemenangan ini akan menjadi referendum penolakan terhadap Kerajaan PH, kata Zakaria Hanafi yang menang dalam PRK DUN Semenyih, semalam. Katanya, kemenangan Barisan Nasional (BN) adalah penolakan terhadap keangkuhan dan kerakusan mereka untuk ‘memperbaharui’ sesuatu yang tidak patut ‘diperbaharui’. “’Berjanji’ sesuatu yang […]

» Read more

Semua Parti Di Dalam BN Dan Pas Menyumbang Kepada Kemenangan Di Semenyih – Dr Shamsul

SEMENYIH, 3 Mac – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah melihat kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih  membuktikan kerjasama UMNO, PAS, MCA, MIC dan parti komponen BN lain adalah gabungan terbaik untuk rakyat Malaysia. Semua parti jelas beliau berperanan dan menyumbang kepada kemenangan yang bermakna ini. Tambahnya keupayaan BN merampas […]

» Read more

Kemenangan BN Referendum Rakyat Terhadap Kerajaan PH – Tok Mat

SEMENYIH, 3 Mac – Timbalan Pengerusi  Barisan Nasional(BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kemenangan BN pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih  boleh digambarkan sebagai referendum rakyat terhadap Pakatan Harapan. Menurut beliau mereka menyatakan rasa tidak puas hati dan berasa kesal atas prestasi kerajaan PH setakat ini terutama yang yang ditaburkan yang melenakan pengundi pada Pilihan Raya Umum […]

» Read more

‘Terima Kasih Mengundi Saya’ – Zakaria

HULU LANGAT 2 Mac – Calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi yang berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih menghargai sokongan yang diberikan pengundi. Jelas Zakaria, kebijaksaan pengundi telah membuatkan BN kembali merampas kerusi DUN Semenyih daripada Pakatan Harapan (PH). Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi […]

» Read more

BN Menang Di Semenyih Dengan Majoriti 1,914 Undi

SEMENYIH, 2 Mac – Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan berkenaan dengan majoriti 1,914 undi. Calonnya Zakaria Hanafi mendapat 19,780 undi sekaligus mengenepikan tiga lagi calon lain yang bertanding iaitu Muhammad Aiman Zainali daripada Pakatan Harapan (PH) 17,866 undi, Nik Aziz Afiq Abdul (Parti Sosialis Malaysia) 847 undi dan […]

» Read more

Pengundian PRK Semenyih Berakhir

SEMENYIH, 2 Mac – Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih bagi memilih wakil rakyat baharu berakhir pukul 5.30 petang ini. Pengundian di 24 pusat mengundi berlangsung sejak 8.00 pagi. Setakat 4.00 petang, peratusan pemilih yang pergi mengundi ialah 68 peratus, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Seramai 53,411 pengundi biasa layak mengundi hari ini dalam […]

» Read more

Muafakat Politik BN Dan Pas Terserlah Di Pusat Mengundi

SEMENYIH,2 Mac – Hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih bukan sahaja diwarnai dengan sedikit provokasi di pusat mengundi Sesapan Batu Rembau pagi tadi, malah memperlihatkan kebersamaan jentera Barisan Nasional (BN) dan Pas di pusat-pusat mengundi yang dibuka awal pagi. Tinjauan UMNO-Online di beberapa pusat mengundi termasuk di Sekolah Menengah Bandar Seri Putra serta beberapa pusat […]

» Read more

Kurangkan Kos Sara Hidup Hanya Mainan Perasaan Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR 2 Mac – Tindakan kerajaan Pakatan Harapan menaikkan tarif elektrik kepada peniaga dan dalam masa sama melaungkan kononnya akan mengurangkan kos sara hidup dianggap hanya satu mainan perasaan kepada rakyat. Aktivis rakyat, Mohd. Razlan Rafii berkata, kenaikan tersebut akan menyebabkan peniaga menaikkan harga barang sekali gus meningkatkan kos sara hidup yang akhirnya akan membebankan rakyat. “Kerajaan telah meluluskan […]

» Read more

Percaya Pas Diserang Bagi Menutup Isu Siasatan Projek Terowong Sasar Laut Di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR 2 Mac – Pemimpin Pas percaya serangan bertali arus yang dihadapi parti itu ketika ini adalah cubaan untuk menutup isu siasatan terhadap projek terowong dasar laut di Pulau Pinang. Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan membangkitkan perkara itu memandangkan wujud dakwaan beberapa pemimpin DAP kononnya dinamakan dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek terowong dasar laut […]

» Read more
1 … 2,283 2,284 2,285 2,286 2,287 … 2,385