Agensi Kerajaan Disaran Bahagi Projek, Bantu Kontraktor

ISKANDAR PUTERI, 12 Jan – Agensi kerajaan disaran membahagi-bahagikan projek yang hendak dilaksanakan kepada kontraktor kelas G1 yang sedang berdepan isu kekurangan projek. Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, langkah itu susulan peningkatan jumlah kontraktor kelas sama di seluruh negara ketika ini. “Saya mencadangkan agensi kerajaan memperbanyakkan kerja-kerja untuk kontraktor G1, kerja itu boleh dipecahkan kepada skop […]

» Read more

UMNO Telah Berjuang Bersungguh-Sungguh Demi Keadilan Najib – Penganalisis

KUALA LUMPUR, 12 Jan – UMNO telah berjuang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keadilan terhadap bekas Perdana Menteri dan Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak. Penganalisis politik dari Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Profesor Dr Azmi Hassan berkata, afidavit yang telah difailkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail turut memperlihatkan […]

» Read more

Kerajaan Sasar 500,000 Pengambilan Pelajar TVET Tahun Ini

BAGAN DATUK, 11 Jan – Kerajaan menyasarkan seramai 500,000 pelajar akan mengikuti program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di kesemua 1,398 institusi TVET di seluruh negara tahun ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara berkata, permohonan untuk mengikuti program berkenaan telah dibuka mengikut fasa ditetapkan. “Dengan kerjasama 1,398 […]

» Read more

Asna Amin Tekad Gerakkan Agenda Ekonomi Demi Kemakmuran Negeri Sembilan

SEREMBAN, 11 Jan – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin, menerima pelantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan (BPUNS) serta Pengerusi Biro Ekonomi UMNO Negeri Sembilan dalam mesyuarat pertama BPUNS baru-baru ini. Menurut beliau, pelantikan ini adalah satu langkah penting dalam memperkukuh organisasi parti dan mempergiatkan usaha untuk memperkasakan ekonomi negeri. Dalam hal ini, […]

» Read more

Jangan Timbulkan Spekulasi Elak Subjudis, Serahkan Kepada Mahkamah – Azalina

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said berharap rakyat terutama ahli parti untuk tidak membuat sebarang spekulasi membabitkan Titah Adendum Datuk Seri Najib Razak. Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), berkata ini kerana ia dibimbangi menimbulkan subjudis. “Kalau Mahkamah Rayuan sudah buat keputusan bahawa perlulah Mahkamah Tinggi […]

» Read more

UMNO Akan Terus Mohon Ihsan Pengampunan Penuh Najib – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 10 Jan – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata parti itu akan terus memohon ihsan dan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan pengampunan penuh kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, selaras dengan kuasa prerogatif di bawah Perkara 42 (1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan. Pada masa […]

» Read more

Hasut Rakyat Isu Titah Adendum: Satu Laporan Polis Dibuat Ke Atas Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR, 10 Jan – Satu laporan polis telah dibuat ke atas Khairy Jamaluddin yang bertindak mengeluarkan kenyataan kononnya pihak kerajaan bersekongkol menyembunyikan Titah Adendum mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Setiausaha Politik Kepada Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Suraya Yaakob berkata, kenyataan tersebut adalah tidak benar dan memburukkan imej Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi. “Kenyataan yang dilakukan […]

» Read more

Jangan Mudah Terpesona Helah Politik Pas, Suka Potong ‘Tang Kona’ – Dr Azhar

KUALA LUMPUR, 10 Jan – Ketua UMNO Bahagian Beruas, Datuk Dr Azhar Ahmad berharap ahli UMNO dan rakyat untuk tidak mudah terpedaya dan terpesona dengan tindak-tanduk Pas yang seakan menyokong perjuangan untuk memberikan keadilan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Beliau berkata ini kerana Pas sengaja mahu menunggang isu adendum Najib demi kepentingan politik mereka, sedangkan ketika Najib […]

» Read more

Program Kerohanian Mampu Memperkasa Wanita Dan Puteri UMNO – Dr Masliha

MERBOK, 10 Jan – Program Kerohanian dalam Memperkasa Wanita dan Puteri UMNO Parlimen Merbok berjaya dilaksanakan dengan kehadiran dan penuh semangat pesertanya. Pengerusi Sekretariat Wanita Profesional, Dr Masliha Harun berkata program ini bertujuan memperkukuh nilai kerohanian serta memperkasakan peranan wanita dan puteri dalam masyarakat. “Kepentingan peranan wanita adalah sebagai tunjang keluarga dan komuniti. Program seperti ini dapat terus dianjurkan bagi memperkukuhkan peranan […]

» Read more

‘Kita Perlu Gembleng Tenaga, Pastikan Malaysia Kekal Teraju Industri Halal Global’ – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 10 Jan – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru semua pihak untuk menggembleng tenaga bagi memastikan Malaysia kekal sebagai peneraju industri halal global. Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC) bagi penyelarasan agenda halal negara pada Jumaat. “Di pagi ‘sayiddul ayyam’ ini, saya telah mempengerusikan Mesyuarat […]

» Read more
1 193 194 195 196 197 1,937