PRK Slim: Lapan Borang Pencalonan Sudah Dibeli

IPOH, 10 Ogos – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak mengesahkan lapan set borang pencalonan telah dibeli setakat pagi ini, menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Sabtu ini. Pengarah SPR Perak Mohd Nazri Ismail berkata, terdapat dua parti berdaftar dan tiga wakil Bebas membeli borang tersebut. Tanpa menyatakan parti berkenaan, Mohd Nazri berkata terdapat […]

» Read more

Tiga Adun Perlis Diarah Jalani Ujian Saringan COVID-19

KANGAR, 10 Ogos – Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis yang kawasan mereka wakili berhampiran dengan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (TEMCO) telah diarahkan menjalani ujian saringan COVID-19, sebelum boleh menghadiri persidangan DUN esok. Arahan kepada ADUN Sanglang, ADUN Guar Sanji dan ADUN Simpang Empat itu dikeluarkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis Datuk Hamdan Bahari. Hamdan berkata […]

» Read more

Kluster Sivagangga: Dua Kawasan Di Perlis Dikenakan TEMCO Mulai Hari Ini Hingga 31 Ogos – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Dua kawasan di Perlis iaitu Kampung Sanglang dan Kampung Tanah Timbul dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bersasar Secara Pentadbiran (TEMCO) bermula dari hari ini hingga 31 Ogos. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penguatkuasaan TEMCO itu melibatkan 191 buah rumah dengan 872 orang penduduk. “Pelaksanaan TEMCO akan mengguna pakai prosedur […]

» Read more

COVID-19: Ahli Parlimen Bergejala, Dari Kawasan TEMCO Perlu Disaring – Speaker

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun hari ini menyarankan Ahli Parlimen yang bergejala atau pulang dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (TEMCO) untuk membuat saringan COVID-19. Azhar berkata ia sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang wabak itu berikutan kluster baharu yang melanda utara Semenanjung, iaitu Kluster Sivagangga di Kedah. “Sebagai langkah berjaga-jaga untuk […]

» Read more

Isu Tuntutan Hak Minyak Dan Gas Di Sarawak Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Penyelesaian komersial dalam tuntutan hak minyak dan gas di Sarawak adalah antara perkara yang bakal dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, isu tersebut terkandung dalam sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan, Datuk Seri Rohani Abdul Karim (GPS-Batang Lupar) bertanya Perdana Menteri mengenai usaha kerajaan mewujudkan jawatankuasa khas […]

» Read more

Penutupan Masjid, Surau Bergantung Nasihat MKN, KKM – Menteri Agama

BUTTERWORTH, 9 Ogos – Penutupan masjid dan surau dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (TEMCO) bergantung pada nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Beliau berkata prosedur operasi standard (SOP) berkaitan solat jemaah amat tegas dan jelas bahawa sekiranya berlaku wabak dan […]

» Read more

PKPP: Bekalan Barangan Keperluan Mudah Diperoleh, Mencukupi – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Bekalan barangan keperluan mencukupi, mudah diperoleh dan mampu menampung keperluan dalam negara secara berterusan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata ini berdasarkan pemantauan harian penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan semalam sahaja, pemantauan dibuat ke atas 12 jenis bekalan barangan di 543 premis […]

» Read more

COVID-19: Hanya Tiga Negeri Ada Individu Dari Kluster Sivagangga

MELAKA, 9 Ogos – Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan hanya tiga negeri iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, merekodkan individu positif COVID-19 dari Kluster Sivagangga, kata Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba. Beliau berkata satu kes positif COVID-19 yang dilaporkan dari kluster sama di Selangor semalam, masih dalam siasatan, manakala dua kes di Perak merupakan kes Influenza-Like Illness (ILI). “Sehingga […]

» Read more

COVID-19: Tiada Kes Baharu Kluster Sivagangga, Hanya Tujuh Kes Baharu Direkodkan

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Tiada kes baharu Kluster Sivagangga di Kedah dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang lalu dan hanya tujuh kes baharu COVID-19 direkodkan dengan enam daripadanya merupakan kes import sementara satu lagi kes penularan tempatan. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 170 kes manakala jumlah kumulatif […]

» Read more

Masyarakat Perlu Amalkan Kawalan Kendiri Perangi COVID-19- Ismail Sabri

MUAR, 8 Ogos – Kawalan kendiri masyarakat dalam memerangani pandemik COVID-19 adalah penting, kerana kerajaan tidak selamanya akan menggunakan undang-undang dalam menanganinya, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Perkara ini katanya, telah beliau tekankan pada setiap sidang medianya, iaitu anggota masyarakat sendirilah yang akhirnya akan menjaga kepentingan diri, keluarga dan masyarakat. “Amalkan kawalan kendiri, maknanya satu […]

» Read more
1 … 1,913 1,914 1,915 1,916 1,917 … 2,375