PKPB Di Empat Negeri Tamat Esok – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 20 Nov – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri Kedah, Melaka, Johor dan Terengganu ditamatkan esok, ekoran penilaian risiko jangkitan COVID-19 yang berkurangan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata sebagaimana yang diumumkan sebelum ini mengenai penamatan PKPB di kebanyakan negeri, keputusan dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berdasarkan kepada trend […]

» Read more

258,951.88 Hektar Kawasan Tadahan Air Diwartakan – MB Pahang

KUANTAN, 20 Nov – Jumlah kawasan yang diwartakan sebagai kawasan tadahan air di Pahang setakat ini ialah seluas 258,951.88 hektar, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Beliau berkata aspek pemuliharaan hutan dan kawasan tadahan air menjadi keutamaan kerajaan negeri, khususnya dalam memastikan jumlah hutan di Pahang yang setakat ini, 57 peratus melebihi keluasan tanah di negeri terus […]

» Read more

Kerajaan Perak Dipohon Batalkan Pembangunan Hutan Yang Dilulus Zaman PH

IPOH, 20 Nov – Kerajaan Perak dipohon batalkan pembangunan hutan di kawasan seluas 400 hektar berhampiran Mukim Temelong di Kota Tampan Lenggong dan menukarkannya ke kawasan luar daripada Lenggong. Demikian tegas Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berhubung isu terbabit. Katanya, beliau memahami keperluan pembangunan, namun kepentingan memelihara dan menjaga hutan sebagai khazanah bernilai tinggi perlu diberikan keutamaan […]

» Read more

Sudah-sudahlah Tegakkan Teori Cetak Wang Kertas… Baik Perjuangkan Suara Rakyat

KUALA LUMPUR, 20 Nov – Semalam, Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mempertahankan cadangannya bagi membantu rakyat dengan cara ‘pengampunan hutang’ dan mencetak lebih banyak wang kertas untuk diagihkan kepada orang untuk dibelanjakan yang menganggap pengkritiknya ‘salah faham’ dan membuat andaian palsu. Sehubungan itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki […]

» Read more

Dewan Rakyat: COVID-19 Tumpuan Perbahasan Ahli Parlimen Pada Minggu Ketiga

KUALA LUMPUR, 20 Nov – Pandemik COVID-19 yang masih melanda negara mengubah tema dan tumpuan Ahli Parlimen dalam mengutarakan pandangan masing-masing ketika menyambung sesi perbahasan Belanjawan 2021 pada sepanjang minggu ketiga. Simpati dan empati terhadap kebajikan dan kepentingan rakyat dalam mengharungi pendemik itu disentuh hampir dalam setiap topik perbahasan Ahli Parlimen sama ada aspek keselamatan negara, peluang pekerjaan, pendidikan, kos […]

» Read more

Johor Pertimbang Wajibkan Penyediaan Kemudahan Telekomunikasi Dalam Pelan Bangunan

JOHOR BAHRU, 20 Nov – Kerajaan negeri sedang mempertimbang untuk menjadikan penyediaan kemudahan telekomunikasi adalah syarat mandatori yang perlu dipatuhi pemaju dalam merangka setiap pelan bangunan mereka di Johor pada masa depan. Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata perbincangan awal ke arah usaha itu telah pun dimulakan hari ini menerusi mesyuarat Majlis Digital Johor yang membolehkan kerajaan negeri turut […]

» Read more

Ingkar PKP: Tidak Pakai Pelitup Muka Rekod Kesalahan Tertinggi

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Seramai 108 individu dikenakan tindakan kerana tidak memakai pelitup muka sekali gus mencatat jenis kesalahan tertinggi direkodkan berkaitan kesalahan mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semalam. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jumlah itu sebahagian daripada keseluruhan 289 individu yang dikenakan tindakan semalam, dengan 277 daripada mereka dikenakan kompaun diikuti 11 direman dan […]

» Read more

LHDN Diharap Capai Sasaran Kutipan Cukai RM127 Bilion Tahun Ini

PUTRAJAYA, 19 Nov – Kerajaan menaruh harapan tinggi agar Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dapat mengutip cukai berjumlah RM127 bilion yang ditetapkan pada tahun ini selain kutipan cukai langsung sebanyak RM143.9 bilion bagi 2021. Ketika berkongsi harapan itu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata LHDN berperanan penting untuk memastikan kutipan cukai sentiasa di tahap optimum walaupun usaha […]

» Read more

Sokong Belanjawan 2021 Demi Kelangsungan Kesejahteraan Rakyat – Ahli Parlimen

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 peringkat dasar yang berakhir hari ini menyaksikan pemimpin blok kerajaan menyeru sokongan daripada semua pihak demi kelangsungan kesejahteraan rakyat. Seramai 82 Ahli Parlimen mengambil bahagian membahaskan rang undang-undang itu sejak 9 Nov lepas selepas pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 Nov. Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) menarik perhatian dewan […]

» Read more

Keputusan Polisi DBKL Berkaitan Penjualan Alkohol Di Kuala Lumpur Disambut Baik – Nizham

KUALA LUMPUR, 19 Nov- Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan memberi sokongan penuh terhadap isu penjualan alkohol yang dicadangkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa. Ketuanya, Mohamed Nizham Abdullah Hamidi berkata garis panduan baru Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenai penjualan dan penggunaan alkohol di Kuala Lumpur juga merupakan langkah tepat dalam waktu ini oleh kerajaan. Ini kerana katanya, […]

» Read more
1 … 1,838 1,839 1,840 1,841 1,842 … 2,372