Jangan Gusar, Jangan Sedih, Ambil Peluang Pelajari Hikmah Di Sebalik COVID-19, Titah Agong

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar rakyat jangan gusar dan bersedih kerana tidak dapat meraikan Aidilfitri seperti kelaziman, sebaliknya mengambil peluang itu untuk mempelajari hikmah daripada wabak COVID-19. Walaupun kedatangan Ramadan dan Syawal kali ini terpaksa disambut dengan pelbagai peraturan dan larangan, Seri Paduka bertitah rakyat perlu bersyukur dan bergembira […]

» Read more

COVID-19: 48 Kes Baharu, 53 Pulih, Tiada Kematian – KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 23 Mei – Sebanyak 48 kes baharu positif COVID-19 direkod hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kini 7,185 kes, dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,158 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata daripada 48 kes baharu yang dilaporkan, empat adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala 44 kes adalah […]

» Read more

Kawalan Sempadan Terus Diperketat Sekat Kemasukan Pendatang Tanpa Izin

PUTRAJAYA, 23 Mei – Pengoperasian kawalan di sempadan negara terus diperketatkan lagi termasuklah di setiap lorong-lorong tikus yang dikenal pasti, bagi menyekat kemasukan pendatang tanpa izin selepas tamat sambutan Hari Raya Aidilfitri demi mengekang penularan wabak COVID-19. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan telah bersetuju dan mengeluarkan arahan kepada agensi-agensi yang menguatkuasakan kawasan sempadan negara, […]

» Read more

Penghantaran Pulang Penuntut Dipercepatkan Kepada 26 Mei – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 23 Mei – Proses penghantaran pulang penuntut yang masih berada di kampus akan dipercepatkan kepada 26 Mei membabitkan seramai 1,480 orang, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata Kementerian Pengajian Tinggi telah berbincang dan mendapat persetujuan pihak Malaysia Airlines untuk menyediakan penerbangan bagi menghantar mereka pulang pada hari berkenaan. “Sebanyak empat penerbangan dari Kuala […]

» Read more

Terima Kasih Petugas Barisan Hadapan, Pasukan Produksi PPE – Wan Rosdy

KUANTAN, 23 Mei- Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail merakamkan ucapan terima kasih kepada petugas barisan hadapan dan produksi Peralatan Perlindungan Diri (PPE) dalam membendung penularan wabak COVID-19. Dalam perutusan Aidilfitri, beliau berkata kerajaan negeri Pahang amat menghargai usaha dan khidmat petugas barisan hadapan seperti kakitangan kesihatan, polis, tentera, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan media dalam membantu […]

» Read more

Umat Islam Di Malaysia Sambut Aidilfitri Ahad Ini

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Ahad ini, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad malam ini. “Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa […]

» Read more

Penggabungan UMT-UniSZA Tidak Diteruskan – Menteri Pengajian Tinggi

PUTRAJAYA, 22 Mei – Rancangan penggabungan antara Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) tidak akan diteruskan, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata keputusan mesyuarat jemaah menteri itu dibuat setelah mengambil kira beberapa faktor dan cabaran semasa. Antaranya perbezaan fokus tujahan yang ketara, penyelarasan fakulti akademik dan institusi […]

» Read more

COVID-19: 78 Kes Baharu, 63 Pulih, Satu Kematian – KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 22 Mei – Sebanyak 78 kes baharu positif COVID-19 direkod hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 7,137 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,163 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata daripada 78 kes baharu yang dilaporkan, 25 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala 53 kes […]

» Read more

Semua Acara Sambutan Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong Ditangguhkan – Istana Negara

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Semua acara sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Jun ini ditangguhkan. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan hari ini berkata, Yang di-Pertuan Agong menitahkan penangguhan itu adalah selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 […]

» Read more

PM Mahu Isu Kelewatan Bayaran Elaun Bulanan Khas Barisan Hadapan Diurus Secepat Mungkin

PUTRAJAYA, 22 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu supaya isu tuntutan elaun bulanan khas petugas barisan hadapan yang berkhidmat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dipermudahkan dan diuruskan secepat mungkin. Perdana Menteri berkata beliau sendiri telah memberikan arahan berkenaan pada sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam. “Saya nak maklum tadi, (semalam) kita ada bincang dalam mesyuarat itu, ada sedikit […]

» Read more
1 1,496 1,497 1,498 1,499 1,500 1,934