Taska Persendirian Digesa Daftar Dengan KPWKM, Patuhi SOP – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 4 Jun – Taman Asuhan Kanak-Kanak (taska) dan pusat asuhan persendirian digesa berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa membuat gesaan itu berkata kerajaan sedar terdapat taska swasta dan rumah-rumah persendirian yang […]

» Read more

Kenapa Najib Perlu Buat Laporan Polis Jika Tiada Unsur Penyewelengan?

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Pastinya sesuatu yang ironi apabila pasukan pendakwaan berterusan melontarkan persoalan kenapa Datuk Seri Najib Razak tidak membuat laporan polis mengenai penyewelengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. Menurut peguambela bekas Perdana Menteri, Harvinderjit Singh ketika penggulungan akhir kes pembelaan hari ini, hakikatnya Najib tidak membuat laporan kerana pihak berwajib termasuk termasuk Jabatan Peguam […]

» Read more

93 Kes Baharu COVID-19, Hanya Dua Warganegara – KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 3 Jun –  Sebanyak 93 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan hari ini membabitkan hanya dua warganegara dan selebihnya bukan warganegara Malaysia, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif terkini ialah 7,970 dan tiada kematian dicatatkan. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kesemua 93 kes baharu itu adalah penularan di dalam negara. “Daripada 91 kes melibatkan bukan warganegara, 55 […]

» Read more

Syarikat Produksi Perlu Lantik Penyelia Keselamatan Pantau SOP – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 3 Jun – Syarikat produksi yang dibenarkan beroperasi bermula 10 Jun ini dan ingin menjalani penggambaran filem, iklan, serta drama, perlu melantik seorang penyelia keselamatan khusus, untuk memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) krew dan pelakon. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun, pelakon dan krew syarikat yang berkenaan, tidak perlu menjalani ujian swab. “Ujian […]

» Read more

Taman Langat Murni, Kuala Langat Dikenakan PKP Pentadbiran – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 3 Jun – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara pentadbiran dikenakan di Taman Langat Murni, Kuala Langat berikutan wujudnya kes positif COVID-19 di kawasan itu, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Semasa menafikan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikenakan di kawasan berkenaan seperti dilapor sesetengah media, Ismail Sabri berkata penduduk di kawasan itu masih boleh keluar […]

» Read more

Garis Panduan Pembukaan Semula Sekolah Diedar Mulai Khamis

KAJANG, 3 Jun – Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah akan diedarkan mulai esok bagi membolehkan pihak sekolah dan guru-guru membuat persediaan sewajarnya, kata Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin. Beliau berkata garis panduan berhubung pergerakan pelajar di dalam sekolah bermula daripada setibanya pelajar itu di sekolah hingga mereka pulang telah dihasilkan secara terperinci bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) […]

» Read more

Sabah Lanjut Perintah Berkurung Di ESSZone Sehingga 19 Jun

KOTA KINABALU, 3 Jun – Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir pukul 6.00 petang esok dilanjutkan sehingga 19 Jun, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass. Beliau berkata susulan pelanjutan itu, penduduk diminta berada di dalam rumah dan tidak dibenarkan memasuki kawasan perairan itu antara pukul 6.00 petang sehingga 6.00 pagi […]

» Read more

PKPB: Sedikit Sinar Penghujungnya Sudah Kelihatan, Khabar Gembira Dinanti

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Malaysia dilihat semakin menghampiri situasi bebas COVID-19 apabila kes positif terus menunjukkan penurunan, sekali gus membolehkan pembukaan beberapa sektor ekonomi lagi untuk dimanfaatkan segenap lapisan masyarakat di negara ini. Menuju kira-kira enam hari sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dijadual berakhir, negara terus mencatatkan hanya satu digit kes COVID-19 untuk tiga hari berturut-turut sekali […]

» Read more

Jumlah Penerima BPN 10.77 Juta, Peruntukan Sebanyak RM11.5 Bilion – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 2 Jun- Jumlah penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) daripada kumpulan pertama hingga ketiga dianggarkan seramai 10.77 juta, melibatkan peruntukan sebanyak RM11.5 bilion pada akhir Jun, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. “Ini merupakan peruntukan tambahan sebanyak RM1.5 bilion,” katanya semasa membentangkan Laporan Ketujuh Pencapaian Prihatin-Laksana hari ini. Beliau berkata sehingga 31 Mei, status pencapaian bagi […]

» Read more

DBKL Bekukan Permohonan Baharu Lesen Minuman Keras

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur membekukan semua permohonan baharu lesen minuman keras di sekitar ibu kota berkuat kuasa serta-merta. Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Penjaja DBKL dalam kenyataan hari ini memaklumkan tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mana-mana premis yang menjalankan aktiviti jualan minuman keras tanpa lesen. Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa mencadangkan supaya kerajaan […]

» Read more
1 1,492 1,493 1,494 1,495 1,496 1,936