Sekolah Dibuka 24 Jun, Libat Pelajar Peperiksaan Awam, Antarabangsa – Radzi Jidin

PUTRAJAYA, 10 Jun – Semua sekolah di seluruh negara akan dibuka semula mulai 24 Jun ini namun hanya melibatkan pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam dan antarabangsa yang setara pada tahun ini, kata Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidin. Beliau berkata ini membabitkan pelajar yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan […]

» Read more

Pahang Benar Kedai Gunting Rambut, Salon, Pasar Malam Beroperasi Semula

KUANTAN, 10 Jun – Pahang membenarkan perkhidmatan kedai gunting rambut, salon kecantikan, pasar malam dan hotel beroperasi semula, tertakluk kepada pematuhan garis panduan oleh kerajaan negeri, berkuat kuasa serta-merta. Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata bagaimanapun operasi pub, kelab malam, pusat refleksologi, pusat karaoke dan taman tema masih tidak dibenarkan. Begitu juga dengan penganjuran kenduri, rumah terbuka […]

» Read more

Jumlah Penumpang Kenderaan Persendirian Masih Sama Seperti PKPB – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Prosedur operasi standard (SOP) menaiki kenderaan persendirian iaitu empat penumpang atau mengikut kapasiti kenderaan dengan syarat dari rumah dan keluarga yang sama, kekal walaupun ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata buat masa ini kerajaan masih menggunakan SOP itu dan akan memaklumkannya sekira terdapat perubahan. […]

» Read more

PDRM Tarik Balik Sekatan Jalan Raya, Hanya Tumpu Lorong Tikus – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 10 Jun – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menarik balik semua sekatan jalan raya kecuali di kawasan lorong tikus bagi mengekang kemasukan pendatang tanpa izin (PATI). Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata setakat ini, Op Benteng diteruskan bagi memastikan cubaan menceroboh masuk oleh PATI ke negara ini dapat dipatahkan. “Bermula hari ini, tiada lagi […]

» Read more

Sebanyak 35,800 Permohonan GKP Daripada Semakan Lanjut Diluluskan, Bayaran Dibuat Akhir Jun – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Sebanyak 35,800 permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) daripada 81,260 permohonan yang melalui semakan lanjut untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro telah diluluskan setakat 5 Jun, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Beliau berkata semakan kelulusan boleh dibuat mulai 9 Jun dan bayaran akan dibuat pada akhir bulan ini. Menurutnya, permohonan dan […]

» Read more

Peraturan PKPP Diwartakan

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Peraturan-peraturan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang mula berkuat kuasa hari ini telah diwartakan sebagai Warta Kerajaan Persekutuan. Mengikut warta berkenaan yang kini boleh dimuat turun daripada laman web rasmi Jabatan Peguam Negara, aktiviti yang dilarang dalam tempoh penguatkuasaan PKPP sehingga 31 Jun ini ialah: 1.Penganjuran acara dan pertandingan sukan. 2. Sukan sentuh. […]

» Read more

COVID-19: Rancang Aktiviti Luar, Amal Normal Baharu – Dr Adham Baba

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Orang ramai dinasihatkan merancang segala aktiviti luar termasuk rentas negeri sepanjang tempoh Pelaksanaan Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Walaupun teruja dengan kelonggaran yang diberikan kerajaan, rakyat tetap perlu membiasakan diri dengan normal baharu untuk mengawal penularan COVID-19. Nasihat itu dikongsikan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba bagi memastikan zon hijau terus berkekalan kerana rakyat kini […]

» Read more

Agong Kurnia Sumbangan Pada Komuniti Gelandangan

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan sumbangan kepada komuniti gelandangan di Pusat Penempatan Gelandangan Desa Tasik Cheras di sini. Pemberian sumbangan yang disempurnakan Al-Sultan Abdullah itu adalah bersempena dengan Majlis Pengurniaan Sumbangan Ampun Kurnia. Ini aktiviti pertama Al-Sultan Abdullah berkenan berangkat hadir, yang diadakan di luar Istana Negara, sejak pelaksanaan […]

» Read more

Kekal Patuh SOP, PKPP Ruang Pulih Ekonomi

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Bermula hari ini, hampir semua aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan, perniagaan, sektor ekonomi dan sebagainya akan kembali beroperasi secara berperingkat di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Dalam keghairahan rakyat dan kebanyakan sektor untuk kembali meneruskan aktiviti harian dan kelangsungan perniagaan masing-masing, perkara utama yang perlu dititikberatkan pastinya pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan […]

» Read more

Pelaksanaan PKPP Tumpu SOP Di Premis Perniagaan, Kawasan Awam – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 9 Jun – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menumpukan pemantauan kepada pematuhan prodesur operasi standard (SOP) di premis-premis perniagaan dan kawasan awam selaras dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula esok. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pada masa sama PDRM akan menarik balik sekatan jalan raya rentas sempadan negeri. “PDRM akan menumpukan […]

» Read more
1 1,487 1,488 1,489 1,490 1,491 1,936