Warganegara Asing Perlu Lunas Kos Kuarantin Di Pintu Masuk Antarabangsa Malaysia

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Warganegara asing yang dibenarkan memasuki Malaysia perlu membayar caj kuarantin dan fi ujian pengesanan COVID-19 terlebih dahulu sebaik tiba di pintu masuk antarabangsa Malaysia, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ini kerana terdapat warganegara asing yang dibenarkan masuk ke negara ini enggan membayar kos tersebut setelah dihantar ke hotel atau Institut […]

» Read more

PKPP: Jumlah Besar Individu Dikenakan Tindakan Menunjukkan Rakyat Masih Ingkar SOP

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Jumlah besar individu yang dikenakan tindakan akibat ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) menunjukkan masih ramai rakyat Malaysia ingkar terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 184 individu atas kesalahan ingkar PKPP dengan 135 dikompaun manakala 49 […]

» Read more

Kapal Ceroboh Perairan Negara, Malaysia Hantar Nota Bantahan

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Malaysia konsisten mengemukakan nota-nota bantahan kepada negara yang kapal-kapal mereka didapati menceroboh perairan negara, kata Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau berkata langkah konstruktif menggunakan forum dan saluran diplomatik yang bersesuaian ini adalah selaras dengan undang-undang antarabangsa dan pendirian Malaysia mempertahankan hak tuntutan perairan negara. “Malah dalam beberapa bulan ini, saya telah menyuarakan […]

» Read more

Kerajaan Komited Jayakan Agenda Bumiputera Menerusi WKB2030 Dan RMK12

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Kerajaan komited untuk menjayakan agenda Bumiputera melalui Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang akan dibentangkan awal tahun hadapan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata bagi memperkasa pembangunan sosio-ekonomi Bumiputera, kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) yang dipengerusikannya, selain memutuskan supaya Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) menjadi Agensi […]

» Read more

Kerajaan Kaji Tubuh Semula Jawatankuasa Memperkasa Mahkamah Syariah

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Kerajaan sedang mengkaji untuk menubuhkan semula Jawatankuasa Memperkasa Mahkamah Syariah bagi memartabatkan institusi kehakiman syariah negara secara holistik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Beliau berkata jawatankuasa itu pernah diwujudkan pada 2017, namun dihentikan susulan pertukaran kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14. “Selain itu, penyeragaman pentadbiran […]

» Read more

Calon BN PRK Slim Tepat, Usaha Dipergiat Bantu Kekalkan Kemenangan

TANJUNG MALIM, 13 Ogos – Pemuda UMNO Bahagian Tanjung Malim bertekad untuk sama-sama membantu parti dalam usaha mengekalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim nanti. Sehubungan itu, Ketuanya Mohd Amin Othman melihat pemilihan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Mohamad Zaidi Aziz sebagai calon BN pada PRK DUN berkenaan hujung bulan nanti […]

» Read more

Mansuh Hukuman Mati Kesalahan Pengedaran Dadah Antara Tumpuan Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Persoalan sama ada kerajaan akan memansuhkan hukuman mati atas kesalahan pengedaran dadah antara perkara yang bakal dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman rasmi Parlimen, isu berkenaan terkandung dalam sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan yang diajukan oleh Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) kepada Perdana Menteri. Ramkarpal juga ingin tahu sekiranya […]

» Read more

182 Individu Ingkar PKPP Ditahan Semalam – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Seramai 182 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata daripada jumlah itu, 18 direman, dua dijamin manakala 162 individu lagi dikenakan kompaun kerana terlibat dalam aktiviti melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal. Polis Diraja Malaysia (PDRM) […]

» Read more

RUU Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 Dibentang

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020, dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, hari ini. Rang undang-undang itu dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan termasuk mengubah suai 16 perundangan iaitu Akta Had Masa 1953; Ordinan Had Masa Sabah dan Ordinan Had Masa […]

» Read more

PRN Sabah: SPR Diminta Sediakan SOP Yakinkan Rakyat Keluar Mengundi

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta menyediakan prosedur operasi standard (SOP) yang mampu meyakinkan rakyat untuk keluar mengundi dan memudahkan semua pihak yang terlibat dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata ini bagi meredakan kebimbangan banyak pihak terutamanya rakyat di negeri itu berikutan pandemik COVID-19 masih belum berakhir. “Saya […]

» Read more
1 1,465 1,466 1,467 1,468 1,469 1,958