PRK Batu Sapi Pada 5 Dis

PUTRAJAYA, 13 Okt – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Batu Sapi pada 5 Disember. Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh ketika mengumumkan urusan PRK Batu Sapi dalam sidang media di Menara SPR di sini hari ini, berkata hari penamaan calon ditetapkan pada 23 Nov manakala hari pengundian awal pada 1 Dis. […]

» Read more

PKPB Benarkan Ekonomi Dan Rantaian Bekalan Diteruskan Tanpa Gangguan

KUALA LUMPUR, 13 Okt – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membenarkan ekonomi dan rantaian bekalan diteruskan meskipun terdapat sekatan pada sektor sosial dan pendidikan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau mengakui usaha untuk melindungi dan mencapai keseimbangan antara kesihatan dan ekonomi berikutan COVID-19 ini merupakan satu cabaran. “(Tetapi) kehilangan keseimbangan bermakna kehilangan nyawa dan mata […]

» Read more

PKPB Di Seluruh Sabah Bermula Tengah Malam Ini Hingga 26 Okt

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di seluruh Sabah berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam ini sehingga 26 Okt ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) dan mengambil kira peningkatan kes serta penularan yang berlaku di negeri itu. “Dengan pelaksanaan PKPB […]

» Read more

KWSP Jalankan Kaji Selidik Rundingan Awam Untuk Tambah Baik Skim Persaraan

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang menjalankan Kaji Selidik Rundingan Awam KWSP 2020 untuk mendapatkan pandangan dan pendapat orang ramai mengenai skim KWSP sedia ada serta penambahbaikan yang telah dilaksanakan. Menurut kenyataan KWSP hari ini, kaji selidik itu dibuka hingga 30 Nov, 2020 kepada semua warganegara Malaysia dan bukan warganegara yang bekerja di negara ini […]

» Read more

KKM Mohon Tambahan 1,899 Petugas Kesihatan Kontrak – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Kementerian Kesihatan (KKM) mengemukakan permohonan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan bagi melantik seramai 1,899 petugas kesihatan secara kontrak. Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata permohonan itu dihantar pada 9 Okt bertujuan menyokong perkhidmatan kesihatan dalam tempoh penularan wabak COVID-19. “Permohonan dikemukakan itu selaras dengan persetujuan kerajaan agar Kementerian Kesihatan dipertimbangkan untuk menambah […]

» Read more

MB, Exco Pahang Selesai Jalani Kuarantin, Negatif COVID-19

KUANTAN, 12 Okt – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan 10 ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) disahkan negatif COVID-19 selepas tamat menjalani tempoh kuarantin kendiri selama dua minggu. Menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar Pahang hari ini, kuarantin kendiri yang bermula pada 28 Sept lalu merupakan langkah berjaga-jaga selepas beberapa Exco negeri itu berkunjung ke Sabah […]

» Read more

ADUN Pengkalan Hulu Dilantik Setiausaha Politik MB Perak

IPOH, 12 Okt – Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu, Datuk Aznel Ibrahim sebagai Setiausaha Politik beliau yang baharu berkuat kuasa serta-merta. Ahmad Faizal berkata pelantikan Aznel bertujuan menggantikan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang kini bertanggungjawab menguruskan hal ehwal berkaitan peranan beliau selaku Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia […]

» Read more

Pendekatan Lebih Mampan Dalam Belanjawan 2021 Untuk Kembangkan Ekonomi – Zafrul

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Belanjawan 2021 memberi peluang yang tepat pada masanya bagi kerajaan mempertimbangkan dan menerima pakai pendekatan lebih mampan untuk mengembangkan ekonomi di samping membina daya tahan negara, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Beliau berkata pandemik COVID-19 masih menjadi satu ancaman kepada pemulihan, pembangunan dan pertumbuhan sosio-ekonomi masa depan Malaysia. “Justeru, dalam […]

» Read more

KKM Usaha Pastikan RT Tidak Cecah 2.2 – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 11 Okt -Kementerian Kesihatan (KKM) akan berusaha memastikan kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) atau R-naught (R0) tidak mencecah 2.2 kerana kemudahan kesihatan KKM mungkin tidak mampu menampung jumlah pesakit COVID-19 jika Rt mencecah paras itu. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata nilai Rt pada ketika ini berada pada kadar 1.3 dan ia berjaya dilandaikan daripada 2.3 ketika […]

» Read more

COVID-19 : ICU Hospital Queen Elizabeth II Masih Beroperasi Seperti Biasa

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Perkhidmatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) di Sabah masih beroperasi seperti biasa, namun jumlah pesakit dikurangkan daripada lapan kepada enam orang selepas seorang jururawat di situ dikesan positif COVID-19 pada 6 Okt lepas. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata susulan itu, saringan menggunakan RTK Antigen dan RT-PCR […]

» Read more
1 1,406 1,407 1,408 1,409 1,410 1,946