ADUN Pengkalan Hulu Dilantik Setiausaha Politik MB Perak

IPOH, 12 Okt – Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu, Datuk Aznel Ibrahim sebagai Setiausaha Politik beliau yang baharu berkuat kuasa serta-merta.

Ahmad Faizal berkata pelantikan Aznel bertujuan menggantikan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang kini bertanggungjawab menguruskan hal ehwal berkaitan peranan beliau selaku Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan lain-lain urusan di peringkat Persekutuan.

Katanya pelantikan Aznel yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gerik merupakan manifestasi komitmen beliau terhadap kerjasama dengan UMNO dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) bagi memastikan tadbir urus dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan utuh.

“Saya yakin pelantikan Aznel akan mengukuhkan lagi hubungan baik dan kerjasama yang sedia terjalin di antara kepimpinan Bersatu, UMNO dan rakan-rakan dalam PN,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.