Johor Pertimbang Wajibkan Penyediaan Kemudahan Telekomunikasi Dalam Pelan Bangunan

JOHOR BAHRU, 20 Nov – Kerajaan negeri sedang mempertimbang untuk menjadikan penyediaan kemudahan telekomunikasi adalah syarat mandatori yang perlu dipatuhi pemaju dalam merangka setiap pelan bangunan mereka di Johor pada masa depan. Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata perbincangan awal ke arah usaha itu telah pun dimulakan hari ini menerusi mesyuarat Majlis Digital Johor yang membolehkan kerajaan negeri turut […]

» Read more

Ingkar PKP: Tidak Pakai Pelitup Muka Rekod Kesalahan Tertinggi

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Seramai 108 individu dikenakan tindakan kerana tidak memakai pelitup muka sekali gus mencatat jenis kesalahan tertinggi direkodkan berkaitan kesalahan mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semalam. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jumlah itu sebahagian daripada keseluruhan 289 individu yang dikenakan tindakan semalam, dengan 277 daripada mereka dikenakan kompaun diikuti 11 direman dan […]

» Read more

LHDN Diharap Capai Sasaran Kutipan Cukai RM127 Bilion Tahun Ini

PUTRAJAYA, 19 Nov – Kerajaan menaruh harapan tinggi agar Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dapat mengutip cukai berjumlah RM127 bilion yang ditetapkan pada tahun ini selain kutipan cukai langsung sebanyak RM143.9 bilion bagi 2021. Ketika berkongsi harapan itu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata LHDN berperanan penting untuk memastikan kutipan cukai sentiasa di tahap optimum walaupun usaha […]

» Read more

Sokong Belanjawan 2021 Demi Kelangsungan Kesejahteraan Rakyat – Ahli Parlimen

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 peringkat dasar yang berakhir hari ini menyaksikan pemimpin blok kerajaan menyeru sokongan daripada semua pihak demi kelangsungan kesejahteraan rakyat. Seramai 82 Ahli Parlimen mengambil bahagian membahaskan rang undang-undang itu sejak 9 Nov lepas selepas pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 Nov. Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) menarik perhatian dewan […]

» Read more

Keputusan Polisi DBKL Berkaitan Penjualan Alkohol Di Kuala Lumpur Disambut Baik – Nizham

KUALA LUMPUR, 19 Nov- Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan memberi sokongan penuh terhadap isu penjualan alkohol yang dicadangkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa. Ketuanya, Mohamed Nizham Abdullah Hamidi berkata garis panduan baru Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenai penjualan dan penggunaan alkohol di Kuala Lumpur juga merupakan langkah tepat dalam waktu ini oleh kerajaan. Ini kerana katanya, […]

» Read more

KKM Dan GAVI Muktamad Tarikh Tandatangani Penjanjian COVAX

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Kementerian Kesihatan (KKM) dan ‘The Global Alliance for Vaccine and Immunisation’ (GAVI) sedang memuktamadkan tarikh bagi menandatangani perjanjian ‘Optional Purchase Arrangement’ bagi menyertai pelan peruntukan vaksin COVID-19 vaccine global access (COVAX). Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata, Jemaah Menteri pada 14 Okt telah bersetuju agar Malaysia menyertai fasiliti COVAX, yang bakal memberi jaminan […]

» Read more

Permohonan GKP 2.0 Lebih 512,000, Atasi Sasaran Awal – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Lebih 512,000 permohonan Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) diterima daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan mikro, sekali gus mengatasi sasaran awal sebanyak 200,000, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Menurutnya, permohonan GKP 2.0 yang diterima oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), telah dibuka pada 1-31 Okt 2020 lepas. Beliau berkata, […]

» Read more

Pengisytiharan Darurat Di Batu Sapi Jalan Terbaik Kekang Penularan COVID-19

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Pengisytiharan darurat di Parlimen Batu Sapi adalah langkah pencegahan terbaik untuk kerajaan mengekang penularan pandemik COVID-19 yang kini memasuki gelombang ketiga dengan mengelak Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu diteruskan. Pakar perlembagaan Profesor Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata sekiranya darurat tidak diisytihar maka PRK Parlimen Batu Sapi mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas wujud […]

» Read more

Selamilah Permasalahan Rakyat… Kerajaan, KWSP Perlu Longgarkan Syarat Skim I-Sinar

JEMPOL, 19 Nov – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan menggesa kerajaan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempertimbangkan semula syarat-syarat bagi Skim i-Sinar. Kata Ketuanya, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir, ini supaya semua pencarum KWSP dapat membuat pengeluaran wang yang kini berada dalam keadaan terdesak. “Hairan, mengapa KWSP begitu susah untuk membenarkan pencarumnya mengeluarkan duit. Ingat, kerajaan hari ini adalah […]

» Read more

Darurat Di Batu Sapi: Tiada Perintah Berkurung, Tiada Pemerintahan Ala Tentera

KUALA LUMPUR, 18 Nov – Kehidupan rakyat tidak terjejas, tiada perintah berkurung atau pemerintahan ala tentera susulan pengisytiharan darurat di Parlimen Batu Sapi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. Perdana Menteri berkata pentadbiran kerajaan, kegiatan ekonomi dan aktiviti sosial dapat diteruskan tertakluk kepada amalan norma baharu dan peraturan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang berkuat kuasa […]

» Read more
1 1,389 1,390 1,391 1,392 1,393 1,951