Johor Beri Rebat Cukai Tanah 15 Peratus Bermula Oktober

JOHOR BAHRU, 29 Sept – Bermula 1 Okt, semua pemilik hartanah di negeri Johor akan menikmati pemberian rebat cukai tanah 15 peratus bagi tahun 2020, kata Menteri Besar Datuk Ir Hasni Mohammad. Katanya selain itu, rebat cukai 10 peratus akan diberikan pada 2021 dan lima peratus pada 2022, seperti yang telah diumumkan dalam penggulungan Rundingan Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor […]

» Read more

75,000 Graduan Terjejas Peluang Pekerjaan Tahun Ini

BANGI, 29 Sept – Kira-kira 25 peratus atau 75,000 orang daripada 300,000 graduan pada tahun ini diunjurkan terjejas peluang mendapatkan pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian, akibat impak daripada COVID-19, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad. Beliau berkata Kajian Pengesanan Graduan 2019 yang dilaksanakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menunjukkan 41,161 graduan pada tahun lepas masih belum […]

» Read more

PKPDB Dilaksanakan Di Lahad Datu, Tawau, Kunak Dan Semporna Mulai Tengah Malam Ini

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Empat daerah di Sabah iaitu Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara pentadbiran berkuat kuasa 12.01 tengah malam ini (29 Sept) sehingga 12 Okt depan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PKPDB yang melibatkan 962,661 penduduk itu dilaksanakan bagi membendung jangkitan dan penularan COVID-19 […]

» Read more

Individu Ingkar PKPP Kekal Tinggi Dengan 661 Ditahan Semalam – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Bilangan individu ditahan atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kekal tinggi dengan 661 orang lagi ditahan semalam termasuk 577 kerana melakukan aktiviti dalam pub dan kelab malam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Katanya kesalahan lain ialah tidak mengamalkan penjarakan fizikal (42), tidak memakai pelitup muka (30), gagal menyediakan […]

» Read more

Sulaiman Seru Lebih Ramai Bukan Melayu Sertai Askar Wataniah Melaka

MELAKA, 28 Sept – Kaum bukan Melayu di Melaka digalakkan menyertai Rejimen 514 Askar Wataniah Melaka yang pada masa ini mempunyai kira-kira 3,000 anggota dan pegawai. Ketua Menteri yang juga Penaung Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata daripada jumlah itu, anggota bukan Melayu hanya sekitar lima peratus. “Kita melihat penyertaan kaum lain agak kurang dan […]

» Read more

Penyesuaian Insentif Bantu Rakyat Di Sempadan Negara

PADANG BESAR, 28 Sept – Kerajaan sedang melakukan penyesuaian insentif yang diberikan khususnya kepada peniaga di kawasan sempadan yang terkesan oleh penularan pandemik COVID-19, kata Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah. “Tujuan kami turun padang hari ini adalah bagi mendengar apa sebenarnya sedang berlaku dan bagaimana rakyat sedang menghadapi keadaan ini. Input yang diperoleh akan diguna dalam merangka dasar […]

» Read more

KKM Sambung Kontrak Enam Bulan Kepada 2,070 Pegawai – DR Adham

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Kontrak seramai 2,070 pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi Kementerian Kesihatan (KKM) disambung selama enam bulan lagi, kata Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini. Beliau berkata penyambungan kontrak itu yang bernilai RM81 juta akan ditampung menerusi Kumpulan Wang COVID-19 (Tabung COVID-19) “KKM telah menerima makluman bahawa Kementerian Kewangan pada 18 Sept bersetuju […]

» Read more

PSU Selamatkan 150,000 Syarikat, Lebih Sejuta Pekerjaan – Saravanan

PUTRAJAYA, 28 Sept- Kementerian Sumber Manusia hari ini mendedahkan tanpa Program Subsidi Upah (PSU) yang dilaksanakan kerajaan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) berikutan pandemik COVID-19, kemungkinan 150,000 syarikat terpaksa gulung tikar dan mengakibatkan lebih sejuta hilang pekerjaan. Menterinya Datuk Seri M. Saravanan berkata PSU telah membantu mengurangkan pengangguran di negara ini susulan penularan COVID-19 dengan kadar pengangguran menurun […]

» Read more

GRS Namakan Hajiji Sebagai Ketua Menteri Sabah

KOTA KINABALU, 28 Sept – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebulat suara menamakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Hajiji Noor sebagai calon Ketua Menteri Sabah yang baharu. Hajiji yang juga Ahli Dewan undangan negeri (ADUN) Sulaman mengesahkan perkara itu dan beliau akan mengangkat sumpah jawatan di Istana Negeri pada 10.30 pagi esok. “Saya ingin memaklumkan kami GRS, terdiri daripada PN […]

» Read more

COVID-19: Kelewatan Di Klia Kerana Jumlah Penumpang Yang Ramai – KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 28 Sept – Waktu menunggu yang panjang bagi penumpang dari Sabah menjalani saringan COVID-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bukan disebabkan kekurangan petugas Kementerian Kesihatan (KKM) tetapi jumlah penumpang yang ramai. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata setiap penumpang akan menjalani saringan antara 10 hingga 15 minit sahaja tetapi gilirannya mungkin mengambil masa […]

» Read more
1 1,386 1,387 1,388 1,389 1,390 1,918