Dewan Rakyat Sentuh Krisis Jiwa Dan Mental Hari Ini

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Krisis jiwa dan mental yang kian meningkat dalam kalangan masyarakat yang tertekan kerana kehilangan pendapatan, berjauhan daripada keluarga dan kegelisahan kesan pandemik COVID-19, adalah antara isu dijangka dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, perkara itu terkandung dalam Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri yang akan diajukan Shaharizukirnain Abd Kadir (PAS-Setiu) kepada Menteri Pembangunan […]

» Read more

NTF Bincang Strategi Perkukuh Kawalan Sempadan Negara Minggu Ini – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Berikutan insiden anggota pasukan keselamatan di sempadan negara ditembak penyeludup, Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) akan membincangkan strategi memperketat, mengukuh dan memperkasa kawalan di sempadan negara dalam minggu ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata terdapat kemungkinan keperluan untuk menambah anggota pasukan unit beruniform iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sempadan negara. […]

» Read more

Kerajaan Pertimbang Cadang Darurat Di Parlimen Gerik, Dun Bugaya Jika Ada Risiko Penularan COVID-19

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Kerajaan akan mempertimbang untuk mencadangkan pengisytiharan darurat di Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah sekiranya kawasan itu mempunyai risiko penularan COVID-19, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan berkata keputusan itu akan dibuat selepas merujuk kepada Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara […]

» Read more

Rizab Air Johor Terus Meningkat Menjelang 2026 Menerusi Pembinaan Loji Baharu

ISKANDAR PUTERI, 30 Nov – Rizab bekalan air di Johor dijangka terus meningkat menjelang 2026 menerusi beberapa lagi rancangan projek pembinaan loji baharu di negeri ini. Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata ketika ini, empat pembinaan loji baharu dan menaik taraf loji sedia ada sudah berjaya disiapkan termasuk Loji Rawatan Air (LRA) Buloh Kasap, LRA Bukit Serampang, LRA Sungai […]

» Read more

Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 Bagi JPM Lulus Peringkat Jawatankuasa

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 peringkat Jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM) menerusi undi belah bahagian. Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun ketika mengumumkan keputusan undian berkata sejumlah 105 undi menyokong, 95 tidak bersetuju, manakala 20 Ahli Parlimen tidak hadir. Undi belah bahagian itu diadakan selepas lebih 15 Ahli […]

» Read more

Pindaan Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan COVID-19 Dibentang Di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Pindaan Akta Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019) (COVID-19)) 2020 bagi perbelanjaan tambahan RM20 bilion dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini. Rang Undang-undang Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019) (COVID-19)) (Pindaan) 2020 itu dibentang Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz. Pindaan itu meliputi amaun bagi […]

» Read more

Johor Kenal Pasti Sumber Baharu Tampung Hasil Tahun Depan

ISKANDAR PUTERI, 30 Nov – Kerajaan Negeri Johor sedang mengenal pasti beberapa langkah dan sumber baharu bagi menampung hasil yang terjejas pada tahun hadapan. Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata antara langkah itu termasuk pihak Badan Kawalselia Air Johor (BAKAJ) akan meningkatkan bayaran lesen, kompaun dan denda berdasarkan Enakmen Air 1921. “Langkah lain, Jabatan Perhutanan Negeri sedang dalam perancangan […]

» Read more

KKM Belanja RM2.8 Juta Rawat 9,222 Perokok Tahun Lepas – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Kementerian Kesihatan (KKM) membelanjakan sejumlah RM2.8 juta bagi memberikan rawatan berhenti merokok atau rawatan farmakologi kepada 9,222 perokok pada tahun lepas. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding RM2 juta yang dibelanjakan pada tahun sebelumnya untuk merawat seramai 12,640 perokok. “Jumlah perbelanjaan ini meningkat kepada RM2.8 juta pada tahun […]

» Read more

Dewan Rakyat: Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 Mula Di Bahas Peringkat Jawatankuasa Hari Ini

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Selepas diluluskan di peringkat dasar, Ahli-ahli Parlimen akan mula membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 di peringkat jawatankuasa pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Mengikut jadual giliran kementerian, perbahasan hari ini akan tertumpu kepada kementerian-kementerian di bawah Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan. Berdasarkan takwim Dewan Rakyat sesi perbahasan berkenaan akan berlanjutan selama 10 hari sehingga […]

» Read more

Tangani Isu Penginapan Sempit Pekerja Asing Cegah COVID-19- KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 29 Nov – Masalah penginapan pekerja warga asing yang sempit dan sesak perlu ditangani dengan segera bagi memastikan isu itu tidak menjadi punca penularan jangkitan COVID-19 dan lain-lain penyakit berjangkit, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata perkara itu adalah selaras dengan Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446). “Memandangkan isu penularan COVID-19 […]

» Read more
1 1,384 1,385 1,386 1,387 1,388 1,952