PKP 3.0 Dilanjut Sehingga 28 Jun – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) yang dijadualkan sehingga Isnin ini, disambung dua minggu lagi hingga 28 Jun berikutan jumlah kes harian COVID-19 yang masih tinggi. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu diputuskan dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini […]

» Read more

Aktiviti Jahat Penularan Infografik Palsu, Sentiasa Rujuk Pimpinan UMNO

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Ibu pejabat UMNO melalui Jabatan Penerangan maklum satu aktiviti jahat penularan infografik palsu mengandungi gambar pimpinan utama parti bersama presiden parti-parti pembangkang (Pakatan Harapan) dengan slogan ‘Jajaran Harapan’. Pasukan Respon JKS Penerangan memaklumkan bahawa, Ibu Pejabat menasihati ahli agar sentiasa rujuk pimpinan peringkat Bahagian, Negeri mahupun Pusat bagi kesahihan sesuatu berita atau info yang diterima. […]

» Read more

Darurat Gagal Segagal-gagalnya, Jangan Teruskan Langkah Yang Terbukti Gagal – Najib

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Jangan diteruskan langkah terbukti gagal yang tidak memberi sebarang manfaat kepada rakyat dan negara. Demikian tegas mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkaitan perkembangan terkini situasi semasa. Katanya, darurat yang kononnya untuk memerangi COVID-19 sudah gagal segagal-gagalnya. “Fokus untuk bantu rakyat sekarang. Simpanan rakyat sudah terhakis sepenuhnya setelah enam bulan PKP 2.0 […]

» Read more

1,267,758 Individu Lengkapkan Dua Dos Vaksin COVID-19 Setakat Semalam – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Seramai 1,267,758 individu telah melengkapkan penerimaan dua dos vaksin COVID-19 di negara ini di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Berdasarkan maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitternya, seramai 2,835,178 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini sebanyak […]

» Read more

UMNO Tolak Darurat, Anggap Cadangan MAGERAN Untuk Kepentingan Pihak Tertentu – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 11 Jun – UMNO mengambil pendirian agar Darurat yang sedang berkuatkuasa sekarang, ditamatkan selepas 1 Ogos dan Parlimen dapat diteruskan seperti biasa. Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu telah disampaikan beliau sendiri sewaktu diperkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Al-Billah Shah di Istana Negara, pagi ini. Ahli Parlimen Bagan Datuk itu […]

» Read more

COVID-19: BN Perak Junjung Kasih Sultan Nazrin Shah Perkenan Lulus Peruntukan

IPOH, 11 Jun – Barisan Nasional (BN) Perak, menjunjung kasih Sultan Perak Sultan Nazrin Shah atas perkenan peruntukan dana berjumlah RM14.6 juta melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), bagi meringankan derita rakyat yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Pengerusinya Datuk Saarani Mohamad berkata, penyediaan dana khas tersebut termasuk bantuan kecemasan kelangsungan hidup berjumlah RM10.9 juta dan RM600,000 bagi […]

» Read more

Baiki Negara: Kerajaan Perlu Utamakan Rakyat Atasi Pandemik, Masalah Ekonomi – Adnan Seman

KUALA LUMPUR: 11 Jun – Dua perkara yang mesti menjadi keutamaan kerajaan dan perlu selesaikan ialah pandemik wabak COVID-19 dan juga masalah ekonomi. Sehubungan itu, Pengamal Undang-Undang Datuk Adnan Seman menekankan bahawa kerajaan perlu mengunakan kuasa Ordinan Darurat yang telah mendapat perkenan dari Yang di-Pertuan Agong untuk menjalankan apa-apa juga perkara demi menyelesaikan masalah ekonomi dan ketenteraman awam hari ini. […]

» Read more

Nahas Tren LRT: J/K Siasatan Saran 23 Cadangan Penambaikan

PUTRAJAYA, 10 Jun – Sebanyak 23 cadangan penambahbaikan harus dilaksanakan secepat mungkin oleh Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) dan Rapid Rail susulan insiden nahas dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) di ibu negara, 24 Mei lalu. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata cadangan penambahbaikan disarankan oleh Jawatankuasa Siasatan itu melibatkan lima cadangan yang perlu dilakukan dalam masa tiga […]

» Read more

Masalah Teknikal, Kegagalan Komunikasi Antara Punca Nahas LRT

PUTRAJAYA, 10 Jun – Masalah teknikal dan kegagalan komunikasi antara Pusat Kawalan Operasi (OCC) dengan pemandu (hostler) adalah antara punca berlakunya pelanggaran tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya pada 24 Mei lepas, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. Beliau berkata dapatan itu terkandung dalam laporan Jawatankuasa Siasatan mengenai insiden nahas dua tren LRT antara stesen […]

» Read more

PKPD Di Beberapa Lokaliti Di Lima Negeri – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti di Pahang, Johor, Sabah, Sarawak dan Terengganu selama dua minggu bermula Sabtu ini bagi membendung penularan COVID-19 di lokaliti berkenaan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan PKPD itu melibatkan tiga taman perumahan di Temerloh, Pahang iaitu Taman Temerloh Jaya, […]

» Read more
1 1,233 1,234 1,235 1,236 1,237 1,918