Vaksinasi Harian COVID-19 Melebihi 500,000 Dos Empat Hari Berturut-Turut

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Jumlah vaksinasi harian COVID-19 di negara ini mencatat angka melebihi 500,000 dos selama empat hari berturut-turut dengan 556,404 dos suntikan diberikan semalam. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitternya berkata jumlah pemberian vaksin itu adalah yang tertinggi sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dimulakan pada 24 Feb lepas. Katanya daripada […]

» Read more

Semua Ahli UMNO Tanpa Mengira Kedudukan, Pangkat Wajib Akur Dan Patuh Pendirian Rasmi Parti – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Pendirian rasmi UMNO telahpun dinyatakan oleh Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kelmarin dan semua ahli serta pendokong setia parti walau apa pun kedudukan, jawatan dan pangkat mereka di dalam dan di luar kerajaan, wajib akur dan patuh terhadap pendirian tersebut. Menurut Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan, pendirian rasmi UMNO adalah keputusan kolektif […]

» Read more

PM, Menteri Undang-undang Mesti Henti Manipulasi Kenyataan Dan Tindakan – Puteri UMNO Johor

JOHOR BAHRU, 30 Julai – Pergerakan Puteri UMNO Negeri Johor memandang serius titah Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan rasa amat dukacita mengenai kekeliruan berkenaan pembatalan semua Ordinan Darurat melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Negara. Katanya Ketuanya Nur Ain A.Rahman, Pergerakan Puteri UMNO negeri melihat pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat sebagaimana yang diumumkan Menteri Undang-undang pada Isnin lalu di Parlimen amat […]

» Read more

Malaysia Berada Dalam Krisis Perlembagaan, Jalan Keluar Adalah Kerajaan Interim – Khaled

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Malaysia sedang berada dalam suatu krisis perlembagaan dan kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam tidak menjernihkan keadaan malah akan menjadikan ia semakin meruncing. Menurutnya, wakil rakyat UMNO hanya mempunyai satu pilihan iaitu mendukung titah Seri Padukan Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan sepenuh jiwa dan […]

» Read more

Batal Ordinan Darurat Tanpa Perkenan Agong Jelas Cabuli Prinsip Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen

IPOH, 30 Julai – Barisan Nasional (BN) Negeri Perak menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menzahirkan perasaan amat dukacita berhubung pembatalan Ordinan-ordinan Darurat. Kata Pengerusinya Datuk Saarani Mohamad, adalah amat malang apabila keprihatinan Seri Paduka Baginda dalam soal menangani krisis COVID-19 yang mencengkam kehidupan rakyat bukan sahaja dikesampingkan, malah tindakan kerajaan membatalkan Ordinan […]

» Read more

Kenyataan Istana : Hari  Yang Sangat Mengecewakan Buat Rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR, 29 Julai –  Hari ini merupakan hari yang sangat mengecewakan buat rakyat Malaysia apabila Kerajaan pimpinan Perdana Menteri telah terbukti membelakangi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tindakan membelakangkan Institusi Diraja ini merupakan satu bentuk penderhakaan dan perlu ditentang habis-habisan. Sebagai rakyat yang setia kepada Rajanya, penderhakaan ini tidak boleh diterima sama sekali, demikian pandangan Ketua Pemuda UMNO […]

» Read more

Johor Umum Peruntukan Tambahan RM50,000 Kepada ADUN, JPKD Untuk Bantu Rakyat

JOHOR BAHRU, 29 Julai – Kerajaan negeri Johor mengumumkan peruntukan tambahan dengan kos keseluruhan RM4.15 juta bagi melancarkan usaha pemberian bantuan kepada rakyat yang memerlukan susulan pandemik COVID-19. Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad berkata kerajaan negeri semalam bersetuju untuk memberikan peruntukan itu kepada 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan 27 Jawatankuasa Penyelaras Khas Dewan Undangan Negeri (JPKD) sebagai tambahan […]

» Read more

19 Lokaliti Di Sabah, Kelantan, Perak, Pahang, Terengganu Dan Kedah Dikenakan PKPD Mulai Sabtu

KUALA LUMPUR, 29 Julai – Sebanyak 19 lokaliti di Sabah, Kelantan, Perak, Pahang, Terengganu dan Kedah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Sabtu ini hingga 13 Ogos. Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ia membabitkan lapan lokaliti di Sabah, Kelantan (dua), Perak (empat), Pahang (tiga) manakala masing-masing satu lokaliti di Terengganu dan Kedah. […]

» Read more

COVID: Dua Hari Berturut-Turut Kes Baharu Melebihi 17,000

KUALA LUMPUR, 29 Julai – Kes baharu positif COVID-19 hari ini dilaporkan sebanyak 17,170 menjadikannya hari kedua berturut-turut negara ini merekodkan kes melebihi 17,000. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitter berkata jumlah kumulatif kes dalam negara kini meningkat kepada 1,078,646. Selangor kekal menjadi negeri mencatatkan pertambahan kes tertinggi iaitu sebanyak 7,163 kes, diikuti Kuala Lumpur […]

» Read more

Rentas Negeri, Daerah Masih Tidak Dibenarkan – KPN

KUALA LUMPUR, 29 Julai – Perjalanan rentas negeri dan daerah masih dilarang bagi negeri yang berada di Fasa Satu dan Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) kecuali untuk tujuan yang dibenarkan termasuk bagi mendapatkan vaksinasi COVID-19. Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata individu yang mahu merentas negeri dan daerah bagi tujuan vaksinasi perlu menunjukkan butiran janji […]

» Read more
1 1,222 1,223 1,224 1,225 1,226 1,952