PM, Menteri Undang-undang Mesti Henti Manipulasi Kenyataan Dan Tindakan – Puteri UMNO Johor

JOHOR BAHRU, 30 Julai – Pergerakan Puteri UMNO Negeri Johor memandang serius titah Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan rasa amat dukacita mengenai kekeliruan berkenaan pembatalan semua Ordinan Darurat melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Negara.

Katanya Ketuanya Nur Ain A.Rahman, Pergerakan Puteri UMNO negeri melihat pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat sebagaimana yang diumumkan Menteri Undang-undang pada Isnin lalu di Parlimen amat mengelirukan kerana hakikatnya belum lagi mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Lebih mengejutkan, Istana Negara mendedahkan kerajaan dengan sengaja ingkar dan melanggar titah Seri Paduka Baginda yang jelas mahu cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan pengundian,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru tegasnya, Pergerakan Puteri UMNO negeri mendesak pertanggungjawaban Perdana Menteri dan Menteri Undang-Undang atas apa yang terjadi, bukan hanya memanipulasi tindakan dan kenyataan.

“Raja Adil Raja Disembah, Raja Adil Ditaat Titah, Titah baginda berdukacita, Turunlah Tuan yang telah derhaka,” katanya lagi dalam satu nukilan pantun. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.