Ketua PPBM Temerloh Kembali Ke Pangkuan UMNO, Yakin UMNO Tunjang Orang Melayu, Islam

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Tan Sri Tengku Azlan Almarhum Sultan Abu Bakar mengumum peletakan jawatannya sebagai Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Temerloh serta merta dan kembali ke pangkuan UMNO. Dalam sidang medianya hari ini, beliau turut menyerahkan borang permohonannya untuk menyertai UMNO melalui Bahagian Paya Besar kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Katanya, beliau […]

» Read more

Kadar Kematian COVID-19 Paling Tinggi, Sudah Tiba Masa Kerajaan Mengaku Gagal – Najib

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata seluruh dunia mencatat 8,022 kematian akibat COVID-19 (COVID) semalam dan Malaysia menyumbang 4.5% (360) daripada angka itu. Kesal Ahli Parlimen Pekan itu, lagi seram ialah 85 daripada 360 kematian dicatat semalam adalah ‘Bought In Dead’ (BID) atau meninggal dunia di luar hospital sebab tidak […]

» Read more

Lebih 24.5 Juta Dos Vaksin COVID-19 Diberikan Setakat Semalam – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Sebanyak 24,542,437 dos vaksin COVID-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitternya memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 15,772,101 orang menerima suntikan dos pertama manakala 8,770,336 orang menerima dos kedua. “Mengikut peratusan, 48.3 peratus daripada populasi negara telah mendapat dos pertama, […]

» Read more

Ahli Parlimen Jerantut Dan Cameron Highlands Tegas Ulangi Pendirian Pegang Teguh Keputusan MKT

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Ahli Parlimen Jerantut Datuk Ahmad Nazlan Idris dan Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Mohd Nor dengan tegas mengulangi pendirian mereka tetap memegang teguh keputusan yang dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 7 Julai lalu. Menurut Ahmad Nazlan, beliau membuat kenyataan semula bagi menangkis tindakan sesetengah pihak yang berkata kononnya beliau telah mengubah pendirian. […]

» Read more

COVID-19 Ragut 360 Nyawa Lagi Hari Ini – KP Kesihatan

KUALA KUMPUR, 8 Ogos  -Malaysia merekodkan sejumlah 360 kematian akibat COVID-19 hari ini iaitu angka tertinggi sejak pandemik tersebut melanda negara tahun lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata angka baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat virus berbahaya tersebut di negara ini ialah 10,749 orang. Pecahan kes kematian itu membabitkan 296 warganegara dan 64 […]

» Read more

Kelonggaran Rentas Negeri Beri Manfaat Kepada Institusi Kekeluargaan – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Kelonggaran merentas daerah dan negeri bagi pasangan jarak jauh dan ibu bapa yang telah melengkapkan vaksinasi untuk berjumpa anak-anak di bawah umur 18 tahun bermula Selasa depan memberi banyak manfaat kepada institusi kekeluargaan di negara ini.  Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata anak-anak yang sedang membesar tidak seharusnya terpisah terlalu lama daripada […]

» Read more

Penangguhan Pemilihan UMNO : Penjelasan SUA Jelas, Tidak Timbul Pertikaian

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan memuatnaik kronologi isu penangguhan pemilihan parti yang diperjelaskan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan sebelum ini. Dipendekkan cerita tambahnya, jika MKT buat keputusan untuk menangguh pemilihan pada 7 Julai, ya, mungkin ROS ada sebab hendak menimbulkan isu. “Tetapi semak penjelasan SUA di bawah…adakah bunyinya keputusan MKT untuk menangguh […]

» Read more

Kes Baharu COVID-19 Menurun Kepada 18,688 – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Kes baharu positif COVID-19 hari ini menurun kepada 18,688 kes berbanding 19,257 kes semalam.  Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitter berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara kini 1,262,540. Selangor kekal penyumbang utama kes dengan 6,565 kes dilaporkan, diikuti Kuala Lumpur dengan 1,883 kes, Kedah […]

» Read more

Permudahkanlah Urusan Untuk Bantu Rakyat – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berpandangan jika ikhlas mahu membantu rakyat, permudahkanlah dan usah persulitkan. Baginya rakyat makin terdesak dan tertekan saban hari kerana simpanan sudah hampir licin, komitmen bulanan sudah mula tertunggak. “Harapkan wang caruman KWSP sendiri melalui i-Citra RM10,000 secara one-off pun langsung tidak dilayani Kerajaan. Moratorium tetap dikenakan faedah […]

» Read more

Sekiranya Benar-Benar Ada Sokongan Majoriti, Sesiapa Akan Buat Undian Serta-Merta Untuk Selesaikan Segala Keraguan

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najub Razak percaya sekiranya benar-benar ada sokongan majoriti, sesiapa akan buat undian serta-merta untuk menyelesaikan segala keraguan berhubung keabsahannya dan bukan menunggu hingga tempoh sebulan. Kenyataan menerusi Facebook beliau turut melontarkan jumlah  sokongan yang diterima oleh Perdana Menteri dan percaya menggantikan Perdana Menteri tidak bermaksud seluruh kerajaan akan henti berfungsi. […]

» Read more
1 1,205 1,206 1,207 1,208 1,209 1,946