Sampai Bila PN Hendak Main Wayang Untuk Nampak Hero? – Fairuz Jamaludin

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Fairuz Jamaludin mengingatkan segelintir pihak untuk tidak mengelirukan rakyat dengan kenyataan seolah-olah usaha memerangi COVID-19 akan terhenti jika ada pertukaran Perdana Menteri. Jelas beliau fakta menjelaskan segalanya kerana setelah rakyat diseksa, dikurung dan ditekan dengan naratif ‘darurat melawan COVID-19’ ternyata ianya dusta kerana Proklamasi Darurat hanya untuk mengekalkan kuasa. “Sampai […]

» Read more

28.3 Peratus Populasi Malaysia Lengkap Dua Dos Vaksin – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Sebanyak 28.3 peratus atau 9,246,295 populasi negara ini telah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Menerusi perkongsian infografik di Twitter rasminya, beliau memaklumkan seramai 16,119,916 orang telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 25,366,211 […]

» Read more

11 Lagi Lokaliti Di Sabah, Satu Di Pahang Dikenakan PKPD Mulai Khamis- Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Sebanyak 11 lagi lokaliti di Sabah dan satu di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), berkuat kuasa Khamis ini sehingga 25 Ogos. Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, di Sabah ia termasuk tiga lokaliti di Kota Kinabalu iaitu Kuarters Kilang J & L, Jalan Kokol; Kampung Gudon, Manggatal […]

» Read more

Sultan Johor Zahir Penghargaan Kepada Kerajaan Atas Tambahan Vaksin

JOHOR BAHRU, 10 Ogos – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan penghargaan kepada kerajaan atas penambahan bekalan dua juta dos vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Baginda bertitah tambahan bekalan dos vaksin itu akan mempercepatkan lagi sasaran mencapai imuniti kelompok di Johor. “Keadaan penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan rakyat amat membimbangkan…dengan penambahan dos vaksin ini, kita berupaya […]

» Read more

Bersatu Padu, Bukan Masa Rebut Kuasa – Pemangku Raja Pahang

KUALA LUMPUR,10 Ogos – Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah bahawa bukan masa sesuai untuk berebut kuasa dan bersengketa semasa sendiri ketika negara bergelut dengan pandemik COVID-19. Sebaliknya, baginda bertitah ini adalah masa untuk semua pihak bersatu padu tanpa mengira anutan agama, warna kulit mahupun fahaman politik serta mengamalkan sikap tolong […]

» Read more

Lebih 25 Juta Dos Vaksin COVID-19 Diberikan Setakat Semalam – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Sebanyak 25,008,230 dos vaksin COVID-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Menerusi perkongsian infografik di Twitternya, beliau memaklumkan jumlah yang terima dos pertama ialah 15,959,596 orang manakala 9,048,634 orang terima dos kedua. “Mengikut peratusan, 68.2 peratus daripada populasi dewasa negara telah mendapat dos […]

» Read more

Agong Ajak Rakyat Lakukan Hijrah Hadapi Pandemik COVID-19

PUTRAJAYA, 10 Ogos – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengajak seluruh rakyat Malaysia bersempena tahun baharu Hijrah untuk melakukan hijrah dalam mendepani pandemik COVID-19. Dalam titah baginda sempena sambutan Maal Hijrah peringkat Kebangsaan 2021/1443 semalam, Seri Paduka mengajak seluruh rakyat Malaysia bekerjasama dengan mematuhi Pelan Pemulihan Negara yang merupakan strategi peralihan keluar secara berfasa daripada kemelut […]

» Read more

COVID: Kes Baharu Menurun, 17,236 Kes Hari Ini – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Kes baharu positif COVID-19 hari ini sekali lagi mencatatkan penurunan kepada 17,236 kes berbanding 18,688 semalam. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitter berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara kini 1,279,776. Selangor kekal penyumbang tertinggi dengan 5,740 kes dilaporkan, diikuti Kuala Lumpur 1,567 kes, Kedah […]

» Read more

Sektor Pelancongan Pahang Dijangka Dibuka Dua Minggu Lagi – Sharkar

KUANTAN, 9 Ogos – Tourism Pahang menjangkakan sektor pelancongan di negeri ini dapat kembali dibuka dalam tempoh dua minggu lagi, melibatkan beberapa destinasi pelancongan terpilih yang bersesuaian. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata pembukaan semula sektor itu melibatkan destinasi yang telah mencapai lebih 80 peratus penduduknya lengkap menerima dos suntikan […]

» Read more

Ketua PPBM Temerloh Kembali Ke Pangkuan UMNO, Yakin UMNO Tunjang Orang Melayu, Islam

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Tan Sri Tengku Azlan Almarhum Sultan Abu Bakar mengumum peletakan jawatannya sebagai Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Temerloh serta merta dan kembali ke pangkuan UMNO. Dalam sidang medianya hari ini, beliau turut menyerahkan borang permohonannya untuk menyertai UMNO melalui Bahagian Paya Besar kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Katanya, beliau […]

» Read more
1 1,201 1,202 1,203 1,204 1,205 1,943