RUU URA: Puteri UMNO Damansara Suarakan Kebimbangan

DAMANSARA, 28 Ogos – Puteri UMNO menyuarakan kebimbangan terhadap pelaksanaan Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) yang dilihat berisiko menjejaskan hak pemilikan rumah masyarakat Melayu di kawasan bandar sekiranya tidak dilaksanakan secara telus. Ketua Puteri UMNO Cawangan Ara Jaya, Nur Yuzlieana Mohd Yusoff berkata pihaknya melihat isu ini sebagai satu perkara yang dekat di hati, memandangkan ramai pemilik rumah di kawasan bandar […]

» Read more

RUU Akta Pendaftaran Negara: Tampin Bangkit Isu Keselamatan Pangkalan Data

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa telah membangkitkan isu mengenai keselamatan pangkalan data ketika sesi perbahasan Akta Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pendaftaran Negara (Pindaan 2005). Ujarnya, data yang terlibat adalah jenis biometrik dan ia tidak boleh ditukar ganti seumur hidup sekiranya berlaku kes kebocoran maklumat. “Umum mengetahui, rakyat masih trauma dengan pelbagai kes […]

» Read more

UMNO Sabah Tekankan Peranan Media Sosial, Aktifkan Gerak Kerja Hadapi PRN

KOTA KINABALU, 27 Ogos – Ketua Penerangan UMNO Negeri Sabah, Datuk Suhaimi Nasir menekankan kepentingan jentera penerangan parti untuk lebih agresif memanfaatkan media sosial sebagai medium utama penyampaian maklumat kepada rakyat menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Menurut beliau, pendekatan ceramah yang lazim digunakan pada setiap pilihan raya kini bukan lagi keutamaan, sebaliknya media sosial perlu dijadikan medan utama bagi […]

» Read more

Teliti Secara Mendalam Implikasi URA, Mampu Bebankan Warga Bandar – Armand Azha

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Armand Azha Abu Hanifah membantah sekeras-kerasnya Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA) yang disifatkannya sebagai satu bentuk penindasan terhadap rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) di bandar. Menurutnya, cadangan pengambilan semula tanah dalam tempoh 30 tahun adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan hanya merompak maruah rakyat atas nama […]

» Read more

Ops Sekat Fasa 4: Kerajaan Negeri Pahang Terus Tegas Banteras Pencerobohan Tanah Secara Haram

KUANTAN, 27 Ogos – Kerajaan Negeri Pahang menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menceroboh tanah kerajaan atau Hutan Simpan Kekal secara haram, termasuk aktiviti penanaman durian haram di daerah Raub. Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata tiada sesiapa pun berada di atas undang-undang dan tindakan tegas akan diteruskan sehingga kegiatan ini dihapuskan sepenuhnya. “Operasi […]

» Read more

Bendera Lambang Maruah Bangsa, Jangan Ada Pihak Cuba Alih Isu

PARIT SULONG, 27 Ogos – Pemuda UMNO Johor mengambil maklum dan memandang serius berkenaan insiden kesilapan pengibaran bendera Johor di Pekan Nenas baru-baru ini yang telah mengguris sensitiviti rakyat Johor. Naib Ketuanya Dr. Mohammad Aswad Ithnain menyokong penuh Majlis Perbandaran Pontian juga telah mengambil langkah tegas dengan mengenakan tindakan penutupan premis selama 30 hari. “Langkah ini bukan sahaja memberi mesej […]

» Read more

RUU URA: ‘Jangan Nanti Bumi Dipijak Milik Orang’ – Tengku Azman

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang Datuk Tengku Azman Tengku Zainol Abidin menyifatkan ‘pembangunan semula’ dalam Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA) sebagai bahasa halus dan cantik. Namun kata beliau jika diteliti dan diperhalusi mengakibatkan perubahan diaspora terutamanya di kawasan bandar. “Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) hanya berperanan sebagai menetapkan dasar dan perancangan bandar tetapi […]

» Read more

myWaqafPTPTN Bukti Komitmen Perjuangan Bela Pendidikan Anak Bangsa – Norliza

PETALING JAYA, 27 Ogos – Inisiatif myWaqafPTPTN yang dilaksanakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membuktikan komitmen kerajaan selari dengan kesinambungan perjuangan dalam memastikan agenda pendidikan rakyat terus diperkasa. Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, menegaskan bahawa kerajaan sentiasa konsisten dalam memperjuangkan pendidikan sebagai wadah mobiliti sosial terbaik untuk anak bangsa. […]

» Read more

Malaysia Dan Negara Sepemikiran Tekad Tangani Isu Islamofobia – Mohamad Alamin

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Malaysia mengambil pendirian tegas dengan mengutuk sekeras-kerasnya sebarang insiden Islamofobia dan menggesa masyarakat antarabangsa mengukuhkan usaha bagi mencari jalan penyelesaian bersama untuk memerangi Islamofobia dengan lebih berkesan. Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin berkata, Malaysia secara konsisten menegaskan komitmen tidak berbelah-bahagi dan telah menaja bersama beberapa Resolusi Perhimpunan Agung PBB dan Majlis Hak Asasi […]

» Read more

Keputusan RUU URA Menentukan Masa Depan Anak, Cucu

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyifatkan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA) 2025 sebagai bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Katanya ini kerana melalui RUU URA ini ia memberikan kesan kepada pemilikan rumah. “Esok akan dibentangkan RUU URA. Antara perkara yang kita tak boleh terima adalah untuk menurunkan ambang persetujuan. Kalau dulu […]

» Read more
1 10 11 12 13 14 1,976