BN Sayang Rakyat, Terus Semarakkan Gelombang Biru Di Melaka

MELAKA, 28 Okt – Semangat BN Sayang Rakyat terus menjadi antara mesej utama Barisan Nasional (BN) dengan menyemarkkan ‘Gelombang Biru’ dalam usaha mendekati masyarakat serta memperkukuh persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Exco Pemuda UMNO Malaysia, Muhammed Hafiz Tengku Adnan berkata, kekuatan BN bukan sekadar bergantung kepada jentera pilihan raya, sebaliknya turut ditentukan oleh keupayaan parti membina keyakinan rakyat […]

» Read more

Peluang Kerja Rakyat Tempatan Kekal Jadi Keutamaan

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Kerajaan akan terus mengutamakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan, di samping memastikan keperluan sebenar industri diambil kira bagi menjamin keseimbangan dalam pengurusan penggajian pekerja asing. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan komited mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing secara berperingkat, selaras dengan hala tuju Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). “Peluang […]

» Read more

RTB Sungai Air Salak Masuk Fasa Pra-Pelaksanaan – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Air Salak, Melaka Tengah mendapat kelulusan di bawah Rolling Plan Kedua (RP2), Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) dan kini berada pada peringkat pra-pelaksanaan. Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, (PETRA) Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, peringkat pra-pelaksanaan itu melibatkan kerja-kerja awalan termasuk pelantikan perunding, jurukur serta pengambilan […]

» Read more

Waspada Akaun Palsu Menjelang PRN Melaka – Nooryana Najwa

MELAKA, 28 Okt – Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia, Nooryana Najwa Najib, mengingatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap kewujudan akaun palsu dan penyebaran berita tidak sahih di media sosial menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Beliau berkata, perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan penggunaan akaun tidak autentik boleh mempengaruhi persepsi masyarakat, sekali gus menimbulkan tanggapan bahawa sesuatu pandangan mendapat sokongan […]

» Read more

Kerja Awalan Projek Lingkaran Tengah Selatan Bentong Diluluskan Dibawah RMK-13

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Kerajaan meluluskan peruntukan RM120 juta bagi kerja-kerja awalan projek Lingkaran Tengah Selatan melibatkan pembinaan jalan baharu dari persimpangan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) / Lebuhraya Pantai Timur (LPT) KM79 ke Kampung Sungai Perdak, Bentong, Pahang di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, projek yang diluluskan […]

» Read more

‘Rakyat Luar Bandar Tidak Wajar Terbeban Isu Peruntukan’ – Dr Azhar

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Rakyat luar bandar, khususnya masyarakat di pedalaman tidak seharusnya menjadi pihak yang menanggung kesan daripada sebarang isu berkaitan peruntukan pembangunan, kata Ketua UMNO Bahagian Beruas, Datuk Dr Azhar Ahmad. Beliau berkata, peruntukan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) amat penting bagi memastikan keperluan asas penduduk luar bandar terus diberi perhatian, termasuk kemudahan jalan […]

» Read more

UMNO Sabah Lipat Ganda Usaha Demi Kemenangan PRN Melaka

MELAKA, 28 Okt – UMNO Sabah terus melipatgandakan usaha bagi membantu calon Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang bakal memasuki tempoh berkempen pada Sabtu ini. Komitmen itu dizahirkan menerusi pertemuan Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat, bersama Datuk Ibrahim Fadzil selaku Pengerusi Penyelaras Pusat Daerah Mengundi (PDM) Alai merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota […]

» Read more

PRN Melaka: Perkukuh Kesatuan, Gandakan Usaha Dekati Rakyat

MASJID TANAH, 28 Okt – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menyeru seluruh jentera Barisan Nasional (BN) agar terus memperkukuh kesatuan, menggandakan usaha dan komited turun padang mendekati rakyat bagi memastikan kesejahteraan masyarakat terus terbela menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Seruan itu dizahirkan beliau selepas menyaksikan sambutan kehadiran gelombang biru memenuhi segenap ruang halaman Villa D’Acqua, Kampung […]

» Read more

Jangan Gagalkan Harapan Rakyat, Projek Luar Bandar Mesti Diteruskan – Suraya

PENDANG, 28 Okt – Pembangunan luar bandar perlu dilaksanakan secara terancang, konsisten dan berterusan bagi memastikan rakyat menikmati manfaat sebenar, bukannya sekadar melihat projek diumumkan dan peruntukan diluluskan tanpa pelaksanaan yang sewajarnya. Ketua UMNO Bahagian Pendang, Datuk Suraya Yaacob, menegaskan bahawa setiap projek pembangunan yang dirancang untuk masyarakat perlu diberikan perhatian serius, khususnya apabila melibatkan keperluan rakyat yang sekian lama […]

» Read more

UMNO/BN Melaka Buka Pintu, Sedia Terima Ahli PKR Sertai Perjuangan

MASJID TANAH, 28 Okt – UMNO terbuka menerima penyertaan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahu bersama UMNO/Barisan Nasional (BN), kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, kesediaan mereka untuk kembali bersama UMNO/BN merupakan perkembangan yang amat dihargai. Terdahulu, seramai 104 ahli PKR dari Tanjung Bidara mengambil keputusan […]

» Read more
1 … 8 9 10 11 12 … 2,350