Titah Agong Beri Kelegaan Untuk Rakyat, Berdepan Kemelut COVID-19 – Haryaty Hamdzah

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Wanita UMNO Bahagian Kota Melaka menjunjung kasih dan menyokong sepenuhnya titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan DYMM Raja-Raja Melayu yang telah menzahirkan pandangan dalam Perbincangan Raja-Raja Melayu yang berlangsung di Istana Negara semalam. Ketuanya, Haryaty Hamdzah berkata titah ini memberi kelegaan bagi rakyat Malaysia yang berhadapan dengan keresahan akibat pandemik COVID-19 dari […]

» Baca lanjut

Hishammuddin Adakan Lawatan Kerja Ke Turki, Mesir Bermula Esok

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan mengadakan lawatan kerja ke Turki dan Mesir bermula 18 Jun-21 Jun. Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan berkata Hishammuddin akan mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Diplomasi Antalya di Antalya, Turki. Forum dua hari itu bakal dirasmikan Presiden Recep Tayyip Erdogan pada Jumaat. “Bertemakan “Inovatif Diplomasi: Era […]

» Baca lanjut

Masalah Kesihatan Mental Membimbangkan, Kehidupan Rakyat Kian Tertekan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan kebimbangan beliau berkenaan penularan sebuah video yang memaparkan cubaan seorang lelaki yang bertindak mahu membunuh diri dengan terjun dari sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR). Menurut laporan media, siasatan awal pihak polis mendapati mangsa yang berasal dari Ipoh bertindak demikian kerana tekanan emosi. “Kita pernah dimaklumkan […]

» Baca lanjut

Parlimen Wajar Dibuka Awal Julai, Beri Peluang Ahli Parlimen Bawa Hujah Bernas Tangani COVID-19 – Noor Hariri

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menzahirkan pandangan bahawa Parlimen perlu bersidang secepat mungkin membuktikan bahawa fungsi institusi itu adalah amat penting, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor. Jelas Hariri, beliau juga turut merafak sembah setinggi-tingginya dengan kebijaksanaan pandangan kesemua Raja-Raja […]

» Baca lanjut

Persidangan Parlimen: Pemuda BN Beri Empat Fokus Utama Bantuan Keperluan Kepada Rakyat

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mencadangkan beberapa fokus utama yang boleh dibawa oleh ahli Parlimen BN semasa menghadiri persidangan Parlimen nanti. Katanya, isu tersebut adalah lebih kepada aspek membantu rakyat yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan. “Mewakili Pemuda BN/UMNO, saya sudah suarakan kepada Presiden UMNO merangkap […]

» Baca lanjut

Kerajaan Wajar Panggil Persidangan Parlimen, Jangan Bertindak Secara Berdolak Dalih – Tok Mat

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Kerajaan wajar memanggil persidangan Parlimen dengan segera serta jangan bertindak secara berdolak-dalih dengan alasan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak bertitah bulan berapa Parlimen harus bersidang, tegas Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan. Malah katanya, pengumuman kerajaan sebelum ini melalui Pelan Pemulihan Negara bahawa Parlimen boleh […]

» Baca lanjut

Titah Agong Sentiasa Dijunjung… Parlimen Penting Sebagai Wadah Demokrasi – Azhari Shaari

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Institusi Parlimen adalah penting sebagai wadah demokrasi yang dibuka bagi membolehkan wakil rakyat menyampaikan permasalahan rakyat, kata Ketua UMNO Bahagian Shah Alam Datuk Azhari Shaari. Jelas beliau sesungguhnya sebagai rakyat, dengan titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam untuk memutuskan Parlimen segera bersidang seharusnya dijunjung. “Seri Paduka […]

» Baca lanjut

Titah Agong Bukti Keprihatinan, Negara Perlukan Proses Semak Dan Imbang – Khaled Nordin

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berpendapat negara berada di situasi yang kritikal untuk diuruskan tanpa mengabaikan proses semak dan imbang. Katanya, dengan titah oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam beliau melahirkan rasa setuju dan menyokong penuh keputusan tersebut. “Demokrasi tidak boleh ditewaskan kerana […]

» Baca lanjut

Abdul Rahman Cadang Ahli Parlimen Bawa RUU Persendirian, Fokuskan Bantuan Kepada Rakyat Dan Ekonomi Negara

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mencadangkan agar mana-mana ahli Parlimen biasa dibolehkan untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian atau Private Member’s Bill dalam sidang Parlimen yang bakal diadakan nanti. Katanya, ahli Parlimen tersebut boleh mengusulkan RUU mengenai bantuan kerajaan yang perlu diberi kepada rakyat termasuk moratorium pukal dan skop Perintah […]

» Baca lanjut

Sidang Parlimen : BN Sabah Sambut Baik Titah Agong

KOTA KINABALU, 17 Jun – Barisan Nasional (BN) Sabah menyambut baik titah Yang Dipertua Agong ,Al Sultan Abdullah Ri”ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang membenarkan Parlimen bersidang dalam tempoh darurat. Pengerusinya Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata perkenan tersebut membuktikan Baginda ,sebagai Ketua Negara telah meletakan sistem demokrasi berparlimen pada tahap yang tinggi sekali gus Banginda turut mengutamakan prinsip keluhuran perlembagaan. […]

» Baca lanjut
1 1,191 1,192 1,193 1,194 1,195 1,882