Sampai Bila… Sudah Setahun Setengah Rakyat Hadapi Situasi Sukar – Zahida

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan menzahirkan kekesalan kerana sudah setahun setengah rakyat terpaksa hadapi situasi sukar sejak pandemik COVID-19 menular.

Beliau berkata demikian dengan merujuk kepada laporan lebih 6,300 pengusaha kedai gunting ‘bungkus’ akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ini baru sebahagian kecil peniaga menderita akibat daripada krisis yang berlaku hari ini.

“Sedang pengusaha restoren pun ramai yang bungkus apabila pendapatan jatuh merudum, inikan pula sektor lain yang 100% tidak dapat beroperasi,” katanya dalam ulasan berkaitan isu terbabit menerusi laman facebooknya.

Ujarnya pelbagai pendekatan dilaksana namun tetap menemui kegagalan.

“Sampai bila nak biar rakyat merana? Tergamak lihat angka bunuh diri meningkat tiap masa?” soalnya lagi.

Dilaporkan, sebanyak 20,670 kes baharu COVID-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah kumulatif kes di negara kini 1,384,353. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.