Majlis TVET Negara Peraku Penubuhan Badan Koordinasi TVET Kerajaan-Industri – PM

KUALA LUMPUR, 3 Feb – Mesyuarat Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Negara (MTVET) hari ini memperakukan penubuhan Badan Koordinasi TVET Kerajaan-Industri (GITC) dalam usaha kerajaan memperkasa ekosistem aliran berkenaan, seterusnya menjadikannya pilihan utama belia. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata buat julung kalinya, badan diterajui industri itu akan terlibat secara langsung dalam pembangunan modal insan TVET […]

» Read more

SOP PRN Johor Hampir Selesai – Khairy

KUALA LUMPUR, 3 Feb – Prosedur operasi standard (SOP) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kini berada di fasa akhir penelitian Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum dibawa ke Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata kementeriannya masih meneliti SOP PRN Johor dari segi penilaian risiko memandangkan pilihan raya itu akan dilaksanakan dalam persekitaran berbeza berbanding PRN Melaka dan Sarawak […]

» Read more

Pengecualian Bayaran UPUOnline Diteruskan – Noraini

KUALA LUMPUR, 3 Feb — Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline/UNIK ID kepada semua pemohon bagi sesi akademik 2022/2023. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata melalui usaha itu, permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) boleh dibuat terus di laman sesawang upu.mohe.gov.my. Beliau berkata tempoh permohonan […]

» Read more

PICKids Sukarela, Tiada Sekatan Untuk Kanak-Kanak Tidak Divaksinasi – Khairy

KUALA LUMPUR, 3 Feb – Pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) akan dilakukan secara sukarela dan tiada sekatan akan dikenakan untuk kanak-kanak tidak divaksinasi. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata perkara itu bagi membina keyakinan ibu bapa kerana pihaknya sedar masih terdapat ramai ibu bapa yang mengambil pendekatan tunggu dan lihat sebelum berdaftar untuk PICKids. “Setakat tempahan […]

» Read more

Banyak Dana Untuk Rakyat…Najib Secara Sinis Minta Wan Saiful Jawab Persoalan

KUALA LUMPUR, 3 Feb – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak secara sinis menimbulkan persoalan berhubung apa yang diperkatakan oleh Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Wan Saiful Wan Jan bahawa bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden PPBM adalah contoh terbaik dalam menjaga kebajikan rakyat apabila memperuntukkan banyak dana untuk rakyat. Menerusi perkongsiannya […]

» Read more

Sejumlah 517,107 Kanak-Kanak Telah Mendaftar Untuk Vaksin COVID-19 – Khairy

KUALA LUMPUR, 2 Feb – Seramai 517,107 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini telah didaftarkan oleh ibu bapa mereka untuk menerima vaksin Pfizer COVID-19 setakat semalam, (Selasa, 1 Feb), kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Khairy menerusi akaun Twitternya berkata angka itu merangkumi kira-kira 15 peratus daripada jumlah keseluruhan kohort 3.6 juta kanak-kanak. “Permulaan yang baik dan @KKMPutrajaya […]

» Read more

COVID : Lebih 12 Juta Populasi Dewasa Terima Dos Penggalak

KUALA LUMPUR, 2 Feb – Sebanyak 12,022,117 individu dewasa atau 51.4 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini telah menerima suntikan dos penggalak COVID-19 setakat semalam. Berdasarkan data di laman web COVIDNOW, sejumlah 22,925,383 individu atau 97.9 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 99.1 peratus atau 23,202,227 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos […]

» Read more

COVID: Kes Baharu Kembali Lepasi Angka 5,000 – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 1 Feb – Jumlah kes baharu harian COVID-19 dalam negara kembali mencatatkan angka melepasi 5,000 apabila merekodkan 5,566 kes hari ini berbanding 4,774 kes semalam, menjadikan jumlah kumulatif 2,876,324 kes setakat 12 tengah hari tadi. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu itu, 51 kes adalah kategori tiga, empat dan lima […]

» Read more

Perjuangkan Silat Olahraga Dipertandingkan Di Olimpik – Sharkar

TEMERLOH, 1 Feb – Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) perlu mengorak langkah memperjuangkan silat olahraga dipertandingkan di peringkat sukan Olimpik akan datang. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, silat olahraga setanding karate, judo dan taekwando yang terlebih dahulu dipertandingan dalam sukan olahraga di kejohanan berprestij dunia itu. Beliau berkata, sebelum […]

» Read more

Malaysia Lebih Bersedia Hadapi Lonjakan Kes Omicron – Khairy

KUALA LUMPUR, 1 Feb – Malaysia dilihat lebih bersedia untuk menangani lonjakan kes COVID-19 varian Omicron selain berpengalaman dalam melindungi golongan rentan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Dalam tweetnya hari ini, Khairy berkata keadaan tidak sama seperti Jun hingga September tahun lepas kerana kini, negara lebih bersedia susulan pelaksanaan vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). “Lebih sebulan lepas, […]

» Read more
1 1,058 1,059 1,060 1,061 1,062 1,952