Banyak Dana Untuk Rakyat…Najib Secara Sinis Minta Wan Saiful Jawab Persoalan

KUALA LUMPUR, 3 Feb – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak secara sinis menimbulkan persoalan berhubung apa yang diperkatakan oleh Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Wan Saiful Wan Jan bahawa bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden PPBM adalah contoh terbaik dalam menjaga kebajikan rakyat apabila memperuntukkan banyak dana untuk rakyat.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, Najib memperosoalkan daripada manakah sumber Perdana Menteri kelapan dan PN mendapat dana untuk dibelanjakan sehingga mencecah RM600 bilion dalam masa satu setengah tahun sedangkan sebelum itu dicanang kononnya negara sudah bankrap di bawah Najib.

“Semalam, Ketua Penerangan PPBM merangkap penulis buku manifesto bukan kitab kecil kata dalam ceramah bahawa: ‘Bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang juga Presiden PPBM adalah contoh  terbaik dalam menjaga kebajikan rakyat.

“Tak pernah ada jumlah dana banyak diperuntukkan untuk membantu rakyat dalam sejarah negara. Tetapi Muhiyddin buat, itu yang kita nak Ismail teruskan. Ya, Muhyiddin sendiri pernah kata dia berbelanja sebanyak RM600 bilion dalam tempoh 1 1/2 tahun (tanpa hasil yang nyata) sehingga kerajaan dah tak ada banyak wang.

“Kerajaan dah tak ada banyak wang, kata PM8” Memandangkan Atok dari dulu lagi kata negara sudah bankrap bawah Najib dan Muhyiddin sendiri pun pernah kata bukan cari dalih tapi PH memang warisi kerajaan hampir bankrap’ sebagai alasan kenapa manifesto PH tidak dapat dipenuhi…

“Saya ingin sekali lagi tanya soalan pokok kepada Wan Saiful yang pernah saya tanya beberapa kali tetapi tidak pernah dijawab sesiapa dari geng sebelah sana.

Dari mana PM8 dan kerajaan PN dapat dana RM600 bilion untuk mereka belanja sedangkan Muhyiddin pernah kata PH mewarisi kerajaan yang sudah bankrap dari BN?” katanya.

Katanya lagi adakah Perdana Menteri kelapan menabung daripada kecil atau Lim Guan Eng mengumpulkan untuk beliau.

“Atau adakah PPBM dan PH menipu ataupun Mahathir akhirnya jujur apabila dia mengaku bahawa kerajaan BN dahulu tinggalkan rizab sebanyak RM2 trilion (yang dinaikkan RM1.2 trilion dari RM800 bilion dalam tempoh saya PM)?

‘Dr M: Govt to tap RM2 trillion ‘war chest’. Minta jawapan dari Ketua Penerangan PPBM,” ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.